Dividen Tabung Haji 2018. Hibah Tahunan dan Hibah Haji Yang Di Tunggu-Tunggu
Sebagai pelabur apa yang di tunggu-tunggukan adalah pengumuman dividen dan bonus dari Tabung Haji untuk tahun 2018. Dividen Tabung Haji 2018 akan…

Ringkasan Kunci
- Hibah Haji diberikan kepada pendeposit TH yang belum menunaikan haji
- Simpanan TH tidak perlu bayar zakat kerana sudah dibayar zakat
- Hibah TH berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah mengikut kemampuan kewangan TH
- Akaun simpanan KWSP tidak menerima Hibah Haji
- Hibah Tahunan dikira berdasarkan baki purata minima bulanan
Sebagai pelabur apa yang di tunggu-tunggukan adalah pengumuman dividen dan bonus dari Tabung Haji untuk tahun 2018. Dividen Tabung Haji 2018 akan diumumkan tidak lama lagi. Selalunya akan diumumkan pada suku tahun pertama 2019.
Dividen Tabung Haji 2018.Apa Perlu Anda Tahu Tentang Dividen dan Bonus Tabung Haji
- Untuk pengetahuan anda, bonus tabung haji hanya diberikan kepada kalangan yang menyimpan duit masing-masing di Tabung Haji. Tetapi belum menunaikan ibadah haji lagi. Ini dipanggil Hibah Haji. 2) Tahukah anda setiap simpanan anda dengan Tabung Haji, anda tidak perlu bayar zakat. Ini kerana simpanan anda dengan Tabung haji sudah pun dibayar zakat. 3) Hibah TH adalah “hadiah” yang diisytihar oleh TH. Berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah iaitu mengikut kemampuan kewangan TH pada tahun semasa. 4) Hibah Haji – Hibah khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980). Manakala, akaun simpanan dari KWSP TIDAK akan menerima Hibah Haji. Hibah Haji hanya diberikan pada akaun simpanan biasa TH sahaja.
Cara Pengiraan Hibah Tahunan dan Hibah Haji
Berikut adalah cara pengiraan untuk hibah tahunan dan hibah haji. Semua pendeposit yang mempunyai akaun simpanan TH yang berstatus aktif sehingga 31 Disember setiap tahun, layak menerima hibah tahunan pada kadar yang diisytiharkan. Contoh untuk Tahun 2017
Hibah Tahunan (4.50%) Akaun Pendeposit TH Aktif Kiraan: Baki purata minima bulanan X 4.50% (Januari-Disember 2017/12 Bulan) X 4.50% Bagi Hibah Haji pula, untuk semua pendeposit yang mempunyai akaun simpanan TH yang berstatus aktif sehingga 31 Disember setiap tahun. Dan belum pernah menunaikan haji. Hibah Haji (1.75%) Akaun Pendeposit Belum Tunai Haji Akaun simpanan yang baki purata RM9,980 atau kurang Kiraan: Baki purata minima bulanan (tertakluk kepada maksimum RM9,980.00) X 1.75% (Januari-Disember 2017/12 Bulan) X 1.75% Kedua-dua bayaran hibah ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit.
Sejarah Pembayaran Hibah Tahunan dan Hibah Haji
| TAHUN | HIBAH TAHUNAN (%) | HIBAH HAJI (%) |
| 2011 | 6.0 | 1.5 |
| 2012 | 6.5 | 1.5 |
| 2013 | 6.0 | 2.0 |
| 2014 | 6.25 | 2.0 |
| 2015 | 5.0 | 3.0 |
| 2016 | 4.25 | 1.5 |
| 2017 | 4.5 | 1.75 |
| 2018 | ? | ? |
Segala pertanyaan dan juga maklumat lanjut boleh ke laman sesawang Tabung Haji. Jom kita membuat simpanan di Tabung Haji dari usia muda lagi.
Rujukan
Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.