Nak tak kalau kami kongsikan tips tukaran wang asing supaya dapat nilai berbaloi yang boleh anda praktiskan jika nak menukar duit bila nak bercuti ke luar negara nanti. Jika selama ni anda menukar duit begitu sahaja tanpa ilmu dan tidak mengambil kira nilai yang diperolehi, lepas ni pastinya anda akan mendapat kadar tukaran wang asing dengan nilai yang lebih menguntungkan.

Sumber: Myventurepad

1. Ketahui apa itu base currency

Perkara pertama yang perlu anda tahu ialah base currency. Kadar tukaran berdasarkan matawang yang mana. Sebagai contoh, kalau anda membuat tukaran di Malaysia, base currencynya ialah Ringgit Malaysia. Maka kadar tukaran akan dikira berdasarkan nilai Ringgit Malaysia. Jika anda membuat tukaran wang asing di Tokyo, base currency yang akan digunakan ialah Yen.

2. Ketahui apa maksud we sell atau we selling

We sell atau we selling yang tertulis dipapan maklumat money changer menunjukkan nilai wang yang akan dijual kepada kita. Berikut adalah formula yang boleh anda gunakan untuk membuat kiraan iaitu darabkan duit yang kita nak tukar dalam Base Currrency (MYR) / We Sell  dengan Unit. Contoh kiraan:

  • Katakan anda ingin menukar RM1000.00 kepada USD. Maka anda boleh membuat kiraan berikut: RM1000.00 / 3.3000 x 1 = USD 303.03
  • Katakan anda ingin menukar RM1000.00 kepada Thai Baht. Maka anda boleh membuat kiraan berikut: RM1000.00  / 10.9400 x 100 = THB 9140.76

Untuk mendapat kadar tukaran yang paling menguntungkan, pilihlah money changer yang menawarkan kadar we sell paling rendah.

3. Ketahui apa maksud we buy atau buying

Selain memahami apa yang dimaksudkan dengan we buy, anda juga perlu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan perkataan we buy di money changer. We buy bermaksud kadar tukaran yang diambil jika kita menjual mata wang kepada money changer. Formula yang boleh anda gunakan ialah darabkan duit dalam matawang asing tu (Foreign $) We Buy dengan Unit. Contoh kiraan:

  • Anda ingin menjual USD 100 untuk Ringgit Malaysia. Kiraan yang boleh anda lakukan ialah USD 100 x 3.2140 / 1 = RM 321.40
  • Jika anda ingin menukar THB 1000 kepada Ringgit Malaysia, kiraannya adalah THB 1000 x 9.1400 / 100 = RM91.40

Untuk mendapatkan kadar tukarang wang asing yang paling menguntungkan, pastikan anda memilih money changer yang menawarkan kadar we buy yang paling tinggi.

Sumber: Klia2

4. Buat survey sebelum menukar mata wang

Sebelum melakukan tukaran matawang, pastikan anda survey terlebih dahulu. Ambil masa untuk mendapatkan kadar we sell yang paling rendah dan kadar we buy yang paling tinggi agar mendapat keuntungan daripada kadar tukaran matawang yang dilakukan.

5. Jangan buat tukaran matawang di lapangan terbang

Elakkan daripada membuat tukaran matawang di money changer yang terdapat di lapangan terbang kerana kebiasannya mereka menawarkan kadar yang merugikan kita. Melainkan anda terdesak. Sebaiknya pastikan anda menukar duit secukupnya atau lebih sedikit agar tidak perlu membuat tukaran di lapangan terbang.

6. Pengeluaran duit dari ATM diluar negara

Tahukah anda, jika anda tidak cukup duit semasa berada di luar negara, anda juga boleh melakukan pengeluaran duit dari ATM diluar negara. Sebagai contoh, jika anda mempunyai akaun CIMB, anda boleh mengeluarkan duit dari mana-mana ATM CIMB yang terdapat diluar negara. Jika anda melancong ke Indonesia, terdapat banyak mesin ATM CIMB di sana. Mengeluarkan duit dari ATM adalah lebih menguntungkan berbanding anda membuat tukaran matawang semasa berada diluar negara.

Apa yang perlu anda lakukan ialah maklumkan kepada pihak bank yang anda akan melancong ke negara mana dan minta pihak bank untuk mengaktifkan oversea withdrawal. Anda juga boleh aktifkan sendiri oversea withdrawal melalui CIMBclicks. Pengeluaran duit dari ATM adalah pilihan kami sekiranya kekurangan duit semasa melancong.

Jika anda keluarkan duit dari ATM bank yang sama, anda tidak akan dikenakan sebarang caj transaksi. Namun jika anda mengeluarkan duit dari ATM bank lain, anda akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM10.00 hingga RM20.00 untuk setiap pengeluaran.

7. Periksa setiap duit yang diperolehi dari money changer

Setelah membuat tukaran matawang, pastikan anda memeriksa setiap helaian wang yang anda perolehi. Pastikan semuanya berada dalam keadaan yang baik, tiada yang terkoyak. Ini kerana terdapat negara yang tidak menerima duit yang rosak, walau pun koyak sedikit. Ini akan menyebabkan anda kerugian. Malah sewaktu anda ingin menjual semula matawang asing. Kebanyakan money changer tidak akan menerima wang yang rosak, walau pun wang itu kita perolehi daripada mereka semasa membeli.

Selain itu, pastikan juga anda mendapat mata wang dalam not yang besar seperti RM100.00, dan bukannya not yang kecil seperti RM1.00. Ini kerana anda mungkin akan mengalami kesukaran untuk menggunakan not kecil semasa berada di negara luar, lebih-lebih lagi jika anda mengalami kesukaran untuk membuat kira-kira dan menukarkan kepada nilai Ringgit Malaysia. Oleh itu, jika anda diberikan not yang kecil, tukar kepada not yang besar.

Itulah dia info  tentang tips tukaran wang asing supaya dapat nilai berbaloi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang negara dengan nilai matawang tertinggi di dunia , apa itu kad Big Pay dan kelebihan kad Big Pay

Rujukan:

1. Deardeasha

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.