10 Kelebihan Kad BigPay | BigPay merupakan aplikasi baharu di Malaysia. Datang dengan misi untuk menyediakan perkhidmatan kewangan dengan kadar rendah, adil dan telus untuk semua. Aplikasi BigPay adalah satu alternatif digital bagi akaun bank berserta kad yang menawarkan fleksibiliti kepada para pengguna. Sesuai untuk berbelanja di mana sahaja di dunia.

10 kelebihan kad bigpay

Imej via Facebook

Cara untuk mendaftar akaunnya juga adalah cepat, tanpa kertas dan mudah. Ini kerana semuanya dilakukan pada telefon pintar anda. Kini anda tidak lagi perlu beratur atau membuat temu janji di cawangan bank tempatan.

Setelah memuat turun aplikasinya dan mendaftar, setiap pelanggan BigPay akan menerima kad Mastercard unik. Yang membolehkan mereka berbelanja dengan selamat di lebih daripada 35 juta peniaga. Baik dalam dan luar talian. Serta mengeluarkan wang tunai daripada mesin ATM di mana-mana sahaja.

Matlamat BigPay adalah untuk menjadi pilihan utama para penggunanya. Membolehkan mereka menambah nilai daripada semua kad sedia ada mereka.

Ini untuk menguruskan perbelanjaan mereka dalam satu aplikasi dan untuk mengawal perbelanjaan mereka dengan pengalaman pengguna yang mudah dan lancar.

Sebagai sebahagian daripada ekosistem AirAsia, BigPay juga bertujuan untuk mengurangkan kadar perbelanjaan perjalanan untuk semua orang. BigPay tidak akan mengenakan sebarang caj FX untuk perbelanjaan antarabangsa.

Beberapa kad debit dan kad kredit mengenakan caj FX yang besar, caj transaksi dan mempunyai caj merentas sempadan yang tersembunyi, akan tetapi BigPay tidak mengenakan semua caj sedemikian.

Dompet elektronik BigPay juga akan menawarkan perkhidmatan pengiriman wang dan kemungkinan perkhidmatan pinjaman wang kepada pelanggan AirAsia.

Kenali 10 Kelebihan Kad BigPay

1- Kad ini datang bersama app. Jika kad hilang tak perlu kelam kabut. Tekan saja satu butang “Freeze Card”, kad itu dibekukan.

2- Boleh hantar dan terima duit dengan kawan-kawan tanpa libatkan bank.

3- Dalam app ada expense manager, boleh analisa banyak belanja kat mana.

4- Tak ada charge apa-apa. Kecuali keluarkan duit dari ATM, ada charge RM10. Jadi jangan keluarkan duit guna ATM.

5- Penggunaan di luar negara tanpa charge tambahan 2.55%. Betul-betul tukar currency saja.

6- Beli tiket AirAsia tak ada charge RM24 setiap penumpang. Jimat buat pelanggan AirAsia.

7- Beli makanan dalam AirAsia dapat diskaun RM2. Luggage pun sama. Lagi jimat kan.

8- Tiap kali belanja dapat Big Point. Bila point banyak boleh tukar dengan tiket flight percuma.

9- Daftar je dapat RM10 percuma. Tapi kena guna kod ni JWNWP0BSY2

10- Perkenalkan kepada kawan, kawan anda dapat RM10, anda pun dapat RM10.

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.