Apa itu kad BigPay? Mungkin ramai dah pernah dengar BigPay. Namun tak tahu cara untuk memohonnya.

BigPay adalah satu perkhidmatan kad prabayar yang dikelolakan BigPay Malaysia Sdn. Bhd. Sebuah subsidiari AirAsia Sdn. Bhd. yang dulunya dikenali sebagai TPaay Asia Sdn. Bhd.

Ia juga adalah e wallet yang membolehkan kita semua membuat transaksi dengan mengunakan kad dan juga apps di smartphone. Kad big pay ini juga merupakan kad bersifat prepaid. Anda perlu topup duit anda ke dalam kad ni untuk membuat pembelian. Di mana mana tempat yang terima mastercard di dalam dan luar negara. Selain itu anda juga boleh buat pengeluaran di mana mana ATM.

Kad BigPay

Imej via Facebook

Kelebihan utama bigpay seperti berikut :

– Dapat big point air asia sebab big pay merupakan e- wallet Air asia.

– Dapat kadar tukaran terbaik jika anda berada di luar negara

– Pendaftaran bigpay adalah percuma.

– Big pay boleh di gunakan di mana mana mesin ATM seluruh dunia. ( kadar cas RM6 local , RM10 luar negara )

– Dapat penjimatan dan offer dari Air Asia.

– Track perbelanjaan anda. Setiap transaksi boleh terus dilihat pada apps dalam masa nyata. Maka, anda dapat melihat setiap entri pembayaran mengikut kategori.

– Topup Rm50 dpt 1 point, beli brg RM20 dpt 1 point.

Keselamatan.

Bank akaun anda tidak akan didedahkan pada sesiapa dan anda hanya perlu menambah nilai amaun yang anda perlukan saja. Kemudian, apps BigPay dilindungi kata kunci serta pengimbas cap jari. Jika anda kehilangan kad BigPay, kad itu boleh dibekukan terus daripada APP.

Beli Tiket AirAsia Dengan Kad BigPay

Ada beberapa cara untuk anda beli tiket flight. Contohnya melalui perbankan internet seperti M2U / CIMBClicks / RHBNow atau melalui kad kredit MasterCard / VISA.

Kalau beli tiket AirAsia menggunakan perbankan internet seperti M2U dan CIMBClicks, anda akan dicaj RM4 setiap kali anda membayar menggunakan perbankan internet. Kalau pembelian tiket flight AirAsia menggunakan kad credit MasterCard / VISA pula, anda akan dicaj RM16 per transaksi.

Kini anda ada cara untuk membeli tiket AirAsia tanpa caj dengan menggunakan kad BigPay. Dengan menggunakan AirAsia BIGPay ini, anda hanya perlu bayar harga tiket flight saja. Zero processing fees !

Dan yang paling best, setiap transaksi pembayaran, anda akan dapat BIG Points AirAsia.

Bagaimana Untuk Dapatkan Kad BigPay

  1.  Download apps BIGPay di Google Play / Apps store
    2. Apply kad BIGPay melalui apps BIGPay
    3. Top up RM20 untuk aktifkan kad tersebut & RM20 tu akan masuk dalam BigPay wallet anda.
    4. Jangan lupa masukkan referal code JWNWPOBSY2 dan anda akan dapat RM10 secara percuma.

Kad debit BIGPay anda akan dipos dlm masa 2 minggu atau kurang daripada tu selepas kad diaktifkan. Dan anda boleh gunakan kad tersebut untuk beli tiket AirAsia serta pelbagai lagi.

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.