Terdapat ramai tokoh wanita Malaysia yang ternama di peringkat antarabangsa. Sumbangan mereka terhadap negara tidak dapat disangkal lagi. Jom kami kongsikan 10 tokoh wanita Malaysia.

1. Dr Siti Hasmah Mohd Ali

Sumber: Themalaysianreserve

Dr Siti Hasmah isteri kepada Tun Mahathir Mohamad. Beliau adalah wanita Melayu pertama yang berjaya mengikuti kursus perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura. Beliau juga merupakan salah seorang doktor wanita pertama di Malaya. Malah beliau juga adalah wanita pertama yang dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak. Pada tahun 1974, beliau adalah wanita pertama yang dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Kanak-kanak dan Ibu Negeri.

Sumbangan beliau sebagai isteri kepada Tun Mahathir tidak dapat dinafikan lagi. Beliau sentiasa ada di sisi suaminya dalam mentadbir negara. Tidak pernah walau sekali pun kita mendengar gosip, skandal, atau berita buruk tentang beliau.

2. Dr Wan Azizah Wan Ismail

Isteri kepada Anwar Ibrahim ini bukan sebarangan wanita. Beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pertama di Malaysia. Beliau sangat tabah dan tegas dalam bidang politik dan dalam masa yang sama juga merupakan seorang doktor yang hebat. Beliau merupakan lepas Royal College of Surgeons di Ireland dan pernah mendapat pengiktirafan pingat emas dalam bidang obstetric dan ginakologi. Beliau berkhidmat sebagai doktor di hospital kerajaan selama 14 tahun sebelum berhenti kerja apabila suaminya menjadi Timbalan Perdana Menteri.

3. Tan Dr Nik Zeti Akhtar

Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz adalah Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke-7 dan merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Gabenor di Malaysia.. beliau pernah dipilih sebagai Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance kerana kejayaan beliau dalam mengawal inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah. Beliau juga menerima Anugerah Diraja 2018 bersempena dengan Forum Kewangan Islam Global 2018 (GIFF 2018) kerana sumbangan beliau dalam menaikkan sistem kewangan Islam ke tahap yang lebih tinggi.

4. Datuk Nicol Ann David

Datuk Nicol Ann David adalah  pemain skuasy profesional Malaysia yang juga wanita Asia pertama yang menduduki tangga No. 1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Sumabngan beliau dalam bidang sukan tidak dapat dinafikan lagi. Beliau memegang rekod sebagai pemain nombor satu dunia selama 109 bulan bermula 2006 hingga 2015. Beliau pernah memenangi pelbagai kejuaraan termasuklah:

  • Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008
  • Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010

5. Tan Sri Dr. Aishah Ghani

Sumber: Melayuada

Beliau adalah wanita yang pertama menjadi senator di Malaysia. Malah beliau juga adalah wakil wanita Malaysia yang pertama ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).  Pada tahun 1973, wanita hebat ini telah dilantik sebagai Menteri Kebajikan Masyarakat sehingga tahun 1984.

6. Tun Tan Sri (Dr) Hajah Fatimah binti Hashim

Beliau adalah wanita pertama yang menjawat jawatan Menteri Kabinet. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Menteri Kebajikan Am selama empat tahun. Ketahuilah bahawa beliau adalah pengasas Hari Wanita di Malaysia dan banyak menabur jasa dalam memperjuangkan hak-hak wanita di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (National Council of Women’s Organisations, NCWO) dan memegang jawatan tersebut selama 24 tahun sebelum bersara.

7. Dr Jemilah Mahmood

Dr jemilah Mahmood adalah sinonim dengan MERCY Malaysia iaitu sebuah pertubuhan amal perubatan yang banyak melakukan kerja amal perubatan dan kerja-kerja menyelamat di luar negara. Beliau adalah orang kuat MERCY Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua sekretariat Sidang Kemuncak Kemanusiaan Dunia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York sebelum berkhidmat di International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC) sebagai sebagai Setiausaha Agung di bawah Perkongsian (Under Secretary General for Partnerships).

8. Datin Paduka A. Mangalam A/P S. Iyaswamy Iyer

Beliau lebih dikenali sebagai “Malaysian Mother Teresa” atau “Mother Mangalam” merupakan pengasas bersama the Pure Life Society yang  sangat aktif dalam  kerja-kerja amal membantu anak yatim piatu sejak tahun 1950an lagi. Di antara anugerah yang pernah diterima bagi mengenang jasa beliau ialah:

  • Kesatria Mangku Negara (KMN)
  • Pingat Jasa Kebangsaan (PJK)
  • Pingat Emas Tun Fatimah Gold Medal daripada National Council of Women’s Organisations (NCWO) Malaysia

9. Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim

Namanya mungkin tidak begitu biasa kita dengar namun beliau bukanlah seorang wanita sembarangan. Beliau pernah bekerja di Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA). Apa yang membanggakan, beliau dilantik sebagai Principal Investigator bagi projek NASA Small Satelit yang dinamakan SporeSat yang dilancarkan pada tahun 2014.Pada hari ini beliau berkhidmat sebagai Penyelidik Bioteknologi merangkap Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

10. Datuk Dr Mazlan Othman

Sumber: Talentmatters

Wanita hebat ini banyak menyumbang dalam bidang astrofizik Malaysia. Malah beliau jugalah yang bertanggungjawab dalam mewujudkan kurikulum bidang astrofizik di universiti tempatan di negara ini.Datuk Dr Mazlan Othman adalah seorang Ahli astrofizik Malaysia dan memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Angkasa Lepas (UNOOSA) di Vienna oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di antara anugerah yang pernah diterima ialah Tokoh Melayu Terbilang Malaysia 2011.

Itulah dia info  tentang tokoh wanita Malaysia yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang artis Malaysia, Tan Sri Muhammad Ali Hashim dan kata-kata semangat untuk usahawan.

Rujukan:

1. Malaysiancoin

2. Theasianparents

3. Freemalaysiatoday

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.