Usahawan selebriti bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Pada hari ini ramai artis Malaysia yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Mereka bukan sahaja berjaya dalam dunia hiburan yang glamour malah sangat menyerlah dalam bidang perniagaan yang diceburi. Jom kami kongsikan 10 artis Malaysia yang bergelar usahawan berjaya.

1. KRU

Sumber: Thevocket

Siapa tak kenal dengan KRU. Anak-anak yang lahir pada tahun 1990an pastinya tergila-gilakan lagu mereka. Pada hari ini KRU sudah tidak menyanyi lagi. Mereka sibuk dengan kerjaya baru sebagai usahawan dalam industri hiburan. KRU Studios yang terletak di Cyberjaya adalah berkeluasan 15.39 ekar lengkap dengan kemudahan canggih dengan sistem penataan kesan khas dan imej janaan komputer (CGI) yang terkini. Di antara kemudahan yang ada di sana termasuklah:

  • Studio penerbitan audio
  • Studio suntingan
  • Studio pengimejan digital
  • Studio animasi visual kesan khas
  • Satu pentas persembahan berkeluasan 2, 500 kaki persegi
  • Satu pentas persembahan khas berkeluasan 10, 000 kaki persegi
  • Ruang set penggambaran luar
  • Ruang pejabat untuk disewa syarikat produksi, perfileman dan pengiklanan
  • Bilik pakaian
  • Bilik solekan
  • Bilik artis

Pada hari ini KRU telah menghasilkan banyak filem berkualiti tinggi dan juga dokumentari yang dipasarkan ke 22 buah negara dan telah memenangi satu anugerah di Bali, Indonesia. Bermula dengan modal sebanyak RM2, 000 sahaja, hari ini KRU Studios mempunyai aset bernilai jutaan ringgit termasuk bangunan sendiri yang berharga RM4.8 juta.

2. Neelofa

Baru-baru ini Hajjah Neelofa menggemparkan negara dengan keputusan untuk berniqab. Wanita hebat yang bermula sebagai artis ini adalah seorang usahawan hebat yang bergelar jutawan. Malahan perniagaan beliau telah melebarkan sayap ke luar negara. Neelofa memulakan perniagaan dengan menjual kasut tumit tinggi secara online di blog Neelofaheels.blogspot.com. Kini Neelofa juga menjual tudung dan minuman kesihatan dengan jenamanya sendiri. Neelofa adalah contoh usahawan wanita yang hebat di Malaysia.

3. Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza adalah penyanyi nombor satu di Malaysia. Beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan melancarkan kosmetik jenama Simplysiti dengan rangkaian produk SimplySiti C Bright, SimplySiti New Age dan SimplySiti Acne Solution, dan Krim Simply 5. Bukan sahaja di Malaysia, produk keluaran beliau kini telah menembusi pasaran Singapura, Brunei, Indonesia, dan Timur Tengah. Apa yang menarik, produk beliau mendapat sijil halal dari Jakim.

4. Fasha Sandha

Chinta Hair Salon & Beauty adalah salun rambut milik Fasha Sandha yang terletak di Wangsamaju. Fasha Sandha yang terkenal sebagai pelakon cantik yang berbakat tinggi juga memilih untuk terjun dalam dunia perniagaan. Salun beliau sangat berjaya dan mendapat sambutan dari kalangan artis dan para peminat.

5. Dynas

Pelakon yang cantik dan popular Dynas juga adalah seorang lagi artis yang bergelar usahawan berjaya, Beliau telah membuka Dynas Nursing Attire di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara, Selangor. Butik tersebut menjual pakaian untuk ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak. Pakaian yang ditawarkan adalah sangat selesa dan trendy. Ibu-ibu masih boleh bergaya walau pun sedang mengandung dan menyusukan anak.

6. Ezany Nizariff

Bergelar sebagai seorang pelakon yang pernah popular pada satu masa dulu, kini  Ezany Nizarifff adalah usahawan belacan dengan jenama Belacan Ezany. Beliau bermula secara kecil-kecilan dengan menghasilkan belacan dan pada hari ini beliau mempunyai dua buah  kilang di Seri Kembangan, Selangor dan Perlis. Bermula dengan belacan, hari ini kilang beliau menghasilkan produk lain seperti:

  • Kicap
  • Serbuk kunyit
  • Rempah kari ikan
  • Rempah kurma
  • Sos tomato
  • Sos cili

Kesemua produk keluarannya boleh didapati di pasaraya terkemuka seperti Giant, Mydin dan Jaya Jusco. Malah artis ini kini mempunyai kilang di Lestary Perdana, Seri Kembangan, Selangor. Selain produk makanan, Ezany juga mengeluarkan pakaian dengan jenama Grassjeans yang boleh didapati di Jaya Jusco.

7. Fizo Omar

Selain berlakon, Fizo Omar juga mempunyai beberapa perniagaan iaitu:

  • Fizo Omar Channel adalah perniagaan dalam bidang pengiklanan.
  • Fizo Omar Centre ialah dewan serbaguna yang lengkap dengan kemudahan dan peralatan diperlukan bagi menjalankan aktiviti seperti seminar, kelas keusahawanan dan sebagainya.
  • Fizo Omar Catering pula menguruskan Fizo Mawar Kitchen dan Hot Burger.
  • Fizo Omar Consultancy ditubuhkan bagi membimbing usahawan dan bakal usahawan kecil dan besar. Beliau menawarkan khidmat seminar dan ceramah keusahawanan.

8. Dato’ Fazley Yaakob

Pada hari ini beliau tidak menyanyi lagi kerana sibuk dengan perniagaan baru. Hari ini beliau adalah seorang  usahawan, pakar motivasi, dan chef selebriti. Selain itu beliau juga mempunyai beberapa buah  restoran iaitu SukaSucre Bistro, Mamanda dan Bunga Telang.

9. Datuk Rosyam Nor

Tahukah anda bahawa selain memiliki pasaraya ST Rosyam Mart yang dibuka 24 jam sehari, beliau juga memiliki ladang seluas 70 hektar yang ditanam dengan 6,000 pokok nangka madu dan 10,800 batang pokok durian belanda. Kini beliau sangat berjaya dalam bidang pertanian.

10. Hairul Azreen & Hanis Zalikha

Sumber: Gempak

Selain bergelar pelakon popular, pasangan suami isteri selebriti ini mempunyai empat perniagaan iaitu:

  • Stesen permainan Captain VR
  • Hello Studio
  • Kemeja dan topi jenama Ma.lead yang dijual secara online
  • Tudung jenama Cakenis

Itulah dia info  tentang artis Malaysia menjadi usahawan hebat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang pendapatan artis dan biodataNeelofa.

Rujukan:

1. Usahawan

2. Rojakdaily

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.