Siapa tak kenal  Tan Sri Dr Muhammad Ali Hashim? Tan Sri Muhammad Ali Hashim iaitu seorang tokoh jihad business yang menjadi idola ramai terutamanya masyarakat melayu dan yang beragama islam. Hari ini kami akan kongsikan info tentang siapa beliau dan kejayaan yang dicapai sepanjang hidupnya.

Sumber: NST

1. Kelahiran

Beliau adalah anak kelahiran Johor. Dilahirkan pada tahun 1947, beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 31 Oktober 2017 semasa berusia 70 tahun di Hospital KPJ Damansara dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

2. Kelayakan

Pada 24 Mac 2010 Tan Sri Dr Muhammad Ali Hashim Tan Sri Muhammad Ali Hashim menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah bagi bidang Keusahawanan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena konvokesyen ke-23 UUM.

3. Pencapaian  dan sumbangan

Beliau adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Johor atau JCorp sejak tahun 1982 hingga 2013. Beliau juga adalah Presiden bagi Dewan Perdagangan Islam Malaysia  dari tahun 2014 sehingga tahun 2017.

4. Pisang Montel

Pisang Montel adalah salah satu sistem ‘intrapreneuring’ yang mula diideakan oleh beliau dan kemudiannya menjadi ikutan ramai peniaga yang lain.

5. Aktif menulis

Beliau sanga suka menulis dan aktif menulis buku dan artikel berkaitan ekonomi. Tulisan beliau selalu disiarkan didada akhbar Utusan dan Sinar Harian.

6. Johor Corporation

Beliau adalah mantan CEO Johor Corporation. Syarikat tersebut menunjukkan track record yang memberangsangkan dan sangat cemerlang sepanjang berada di bawah pimpinan  beliau. Dibawah pimpinan beliau, Johor Corporation berjaya:

  • Memiliki 280 buah anak syarikat
  • Memiliki aset berjumlah RM14 bilion pada tahun 2009
  • Berjaya menjadi sebuah organisasi korporat utama Malaysia dengan milikan 280 syarikat  di mana 8 daripanya tersenarai di Bursa Malaysia dan salah 1 adalah tersenarai di London Stock Exchange
  • Mempunyai lebih 65,000 orang pekerja

7. 28 tahun yang cemerlang bersama Johor Corporation

Tan Sri Muhammad Ali Hashim menjadi Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation selama lebih 28 tahun iaitu bermula dari Januari 1982 sehingga Julai 2010 iaitu tahun beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

8. PKENJ

PKENJ adalan nama lama bagi Johor Corporation. Beliau adalah peneraju syarikat tersebut sebelum penjenamaan semula sebagai Johor Corporation dengan memegang jawatan sebagai Ketua eksekutif, Di bawah pimpinan beliau,  PKENJ telah mencatat keuntungan melebihi RM300 juta pada tahun 1994 dengan himpunan aset dan harta bersih melebihi RM2.5 bilion. Pada tahun 2004, RM300 juta dan RM2.5 bilion bukanlah satu angka yang kecil. Ia adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan, lebih-lebih lagi bagi seorang anak melayu.

Sumber: Theedgemarkets

9. Mengangkat nama Johor

Di bawah pentadbiran beliau, Johor Corporation telah menjadi satu nama yang gah di Malaysia dan bahkan dalam masa yang sama ia telah mengangkat sektor perindustrian di Johor. Apa yang paling penting, beliau telah berjaya menjadikan Johor sebagai salah sebuah negeri perindustrian utama di Malaysia. Begitulah betapa besarnya sumbangan beliau kepada negara.

10. Pemikiran terkedepan

Beliau berfikir dengan cara yang berbeza daripada orang lain dan itulah di antara faktor kejayaan beliau dalam bidang perniagaan. Cara beliau berfikir dalam ekonomi ialah 20 tahun terkehadapan. Beliau tidak menumpu kepada masa sekarang. Di antara contoh tindakan beliau yang melangkaui masa ialah idea membeli jenama dan syarikat ayam goreng antarabangsa KFC pada tahun 2006 melalui salah satu anak syarikat iaitu Kulim (Malaysia) Bhd.

11. Mengambil alih milikan 6 hospital swasta

Salah satu daripada tindakan berani baliau ialah dengan mengambil 5 daripada 6 hospital milik swasta di Malaysia pada tahun 1994. Pada masa tersebut, 3 daripada hospital yang diambil alih berada dalam keadaan yang sangat terjejas disebabkan oleh kemelesetan ekonomi. KPJ Healthcare Sdn Bhd dibawah teraju beliau telah berjaya memulihkan kesemua ekonomi hospital yang terjejas. Malah bukan itu saja, sehingga hari ini KPJ berjaya menjadi pemain utama dalam bidang prisihatin di Malaysia. KPJ Healthcare Bhd sekarang adalah pemimpin pasaran dalam bisnes Perubatan Pakar dengan memiliki lebih daripada 20 buah hospital pakar di Malaysia dan 2 di Indonesia.

12. Mengambil alih syarikat milikan asing

Di bawah beliau, Johor Corporation juga telah berjaya mengambil alih syarikat milik asing di Malaysia seperti Kulim(Malaysia) Berhad yang pernah disenaraikan di Pasaran Saham London.

13. Pemilik ladang terbesar di Malaysia

Johor Corporation pernah diiktiraf sebagai di antara syarikat pemilik ladang terbesar di Malaysia. Kulim Malaysia Berhad terlibat dalam industri membangunkan minyak kelapa sawit dan apa yang menarik ia juga memiliki perladangan kelapa sawit terbesar di di Papua New Guinea. Hebat kan? Jika anda peminat sukan bola sepak, pastinya  anda tahu bahawa jersi Johor FC pernah menggunakan logo Kulim pada satu masa dulu.

14. Memacu nilai modal pasaran saham

Beliau berjaya memacu nilai modal pasaran saham atau dalam bahasa ingegrisnya market capitalization dan saham-saham tersenarai milik Johor Corporation pada akhir 2011 adalah melebihi RM18.1 bilion. Manakala jualan tahunan Johor Corporation dalam tahun tersebut adalah melebihi RM8 billion  dengan keuntungan bersih pada 2010 sebanyak RM962 juta.

15. Waqaf An-Nur

Beliau adalah pengasas dan pengerusi Waqaf An-Nur Corporation Bhd (WANCorp) yang merupakan sebuah institusi wakaf korporat pertama yang ditubuhkan di Malaysia. Pada penghujung tahun 2011 nilai aset WANCorp adalah berjumlah RM502 juta.

Sumber: Krissmerah

Itulah dia info  tentang Tan Sri Muhammad Ali Hashim: tokoh jihad business yang kena tahu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang kisah susu Farm Fresh dan kisah usahawan Beras Faiza.

Rujukan:

1. Wikipedia

2. The Vocket

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.