Mencari kata-kata semangat untuk usahawan dari mereka yang pernah melalui fasa seperti anda?

Dalam usaha untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, pastinya kita akan berusaha dalam pelbagai sudut sebagai cara untuk membaiki diri. Salah satu daripada cara yang paling popular ialah dengan mengikut jejak langkah mereka yang terbukti telah berjaya dan melakar kejayaan demi kejayaan dalam bidang masing-masing.

Sebagai seorang usahawan, sumber inspirasi kita tidak terhad kepada mereka yang berada dalam bidang yang sama sahaja. tokoh terkenal dari bidang yang lain juga boleh kita jadikan sebagai contoh.

Hari ini kami akan kongsikan kata-kata semangat untuk usahawan yang pernah diucapkan oleh tokoh terkenal dunia dari pelbagai bidang yang boleh kita ambil dan jadikan sebagai sumber inspirasi. Jika kita berasa lemah semangat atau hilang arah, insya Allah kata-kata semangat ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk mencari semula kekuatan diri dan pemangkin untuk kita bangkit semula dan menjadi seorang yang sentiasa bersemangat.

Sumber: Maskulin

1. Bill Gates

“It’s fine to celebrate success but it is more important to heed the lessons of failure.”

Maksudnya: “Tidak apa-apa untuk merayakan kesukejayaan  tapi adalah lebih penting untuk mengutip pengajaran dari kegagalan.”

Apa yang cuba disampaikan di sini ialah meraikan kejayaan akan menaikkan motivasi diri namun dalam masa yang sama kita harus sedar bahawa kegagalan yang pernah kita alami adalah guru yang paling besar buat kita. Jika kita mengalami kegagalan, teliti semula kegagalan tersebut. Kenal-pasti puncanya dan dapatkan pengajaran supaya tidak diulangi lagi pada masa hadapan. Adalah sangat rugi kalau anda membiarkan kegagalan tanpa mengutip sebarang pengajaran daripadanya.

2. Soichiro Honda, tokoh perniagaan

“There is a Japanese proverb that literally goes ‘Raise the sail with your stronger hand’, meaning you must go after the opportunities that arise in life that you are best equipped to do.”

Maksudnya: “Ada pepatah Jepun yang mengatakan ‘Angkat layar dengan tangan Anda yang lebih kuat’, maksudnya anda harus mengejar peluang yang muncul dalam hidup dengan kemampuan diri yang terbaik.”

Kata-kata semangat ini adalah sebagai panduan buat kita yang sedang berada di persimpangan dilema dan tidak tahu untuk membuat keputusan. Sebagai contoh, mungkin anda dilama dilema untuk membuat pilihan sama ada terus menjadi usahawan separuh masa sambil bekerja atau terus meletak jawatan dan menumpukan kepada perniagaan secara 100%. Untuk membuat keputusan, apa yang paling penting ialah kenal-pasti kekuatan diri. Adakah anda seorang yang lebih sesuai untuk bekerja sendiri atau akan lebih berjaya jika terus bergelar seorang pekerja yang mempunyai majikan.

Sumber: Thoughco

3. Henry Ford, tokoh perniagaan

“Enthusiasm is the yeast that makes your hopes shine to the stars. Enthusiasm is the sparkle in your eyes, the swing in your gait. The grip of your hand, the irresistible surge of will and energy to execute your ideas.”

Maksudnya: “Antusiasme adalah ragi yang membuatkan  harapan anda bersinar hingga ke bintang. Antusiasme adalah kilauan di mata anda, ayunan dalam gaya berjalan anda. Cengkeraman tangan Anda, gelombang kehendak dan energi yang tak tertahankan untuk menjalankan idea anda.”

Menurut kata-kata semangat ini, antuasiasme atau semangat yang jitu adalah segala-galanya. Oleh itu, untuk menjadi seorang yang berjaya, perkara utama yang wajib ada di dalam diri ialah semangat jitu yang takkan pernah pudar. Selagi anda bersemangat, selagi itulah harapan untuk menjadi seorang yang berjaya akan sentiasa ada. Sekali anda hilang semangat dan putus asa, tiada cara untuk berjaya melainkan cari semula semangat yang hilang dan bangkit dengan lebih gagah.

4.  Albert Einstein, tokoh ilmuan

“Try not to become a man of success, but rather try to become a man of value.”

Maksdunya: “Cuba untuk tidak menjadi orang berjaya, tetapi cuba untuk menjadi seorang yang berharga.”

Bukanlah beliau melarang anda daripada menjadi seorang yang berjaya dalam hidup dan apa jua bidang yang diceburi, namun beliau mengingatkan agar menjadi seorang yang berjaya dan memberikan nilai kepada orang lain. Jadilah seseorang yang bermanfaat dan mampu untuk menambah baik kehidupan orang lain, bukannya sekadar berjaya seorang diri. Sebagai contoh, semakin banyak duit semakin banyak sedekah yang kita berikan.

5. Charles Darwin. tokoh ilmuan

“The highest possible stage in moral culture is when we recognize that we ought to control our thoughts.”

Maksudnya: “Tahap tertinggi dalam budaya moral adalah ketika kita menyedari bahawa kita mampu mengawal pemikiran sendiri.”

Charles Darwin adalah seorang individu yang bijak serta mempunyai iq dan eq yang tinggi. Setiap kata-kata yang diucapkan oleh beliau selalunya mempunyai mesej yang sangat baik serta memberikan impak yang besar kepada mereka yang mendengarnya. Seperti contoh, ayat di atas adalah peringatan bahawa kita adalah apa yang kita fikirkan. Jangan benarkan kata-kata orang lain mempengaruhi jati diri kita. Jangan biarkan kata-kata orang lain melemahkan jiwa kita dan menyebabkan kita hilang semangat untuk meneruskan usaha yang sedang dilakukan. Sekali kita benarkan kata-kata orang lain mempengaruhi pemikiran kita, ia adalah permulaan kepada sebuah kegagalan.

Akhir sek

Sumber: Kepogaul

Akhir sekali, ingatlah bahawa sebaik mana usaha kita, akhirnya Allah jua penentu segala. Oleh itu segala usaha kita haruslah didiringi dengan doa dan tawakal kepada Allah. Itulah dia info tentang kata-kata semangat untuk usahawan dari tokoh terkenal yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang kata-kata nasihat Jack Maa dan Warren Buffet.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.