Ramai wanita kini yang bekerjaya dan mempunyai wang simpanan sendiri dengan hasil usaha sendiri. Tetapi ramai juga wanita yang selepas berkahwin, mereka akan berhenti kerja dan fokus pada keluarga dan bergantung sepenuhnya kepada duit gaji suami.

Sebenarnya, seelok-eloknya is teris perlu ada pendapatan sendiri kerana ia ibarat tabung kecemasan jika berlaku perkara yang tidak diingini. Jika suami jatuh sakit dan tidak mampu untuk bekerja lagi, isteri perlu menanggung keluarga. Maka isteri perlu ada pelaburannya sendiri. Bagaimana?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 tips buat wanita muda mengumpul wang sendiri. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

5 Tips mengumpul wang untuk wanita muda

tips mengumpul wang untuk wanita muda
Imej via Facebook

1. Jika mula kerja, 3-4 bulan pertama boleh lagi layan tudung Haya, Itik dan angsa. Jika sampai setahun asik beli bulu mata. Rugi sebenarnya.

2. Belilah sebuah rumah kecil dan sederhana. Tak perlu nampak macam istana.

3. Bila nak kahwin, boleh refinance dan dapat perbezaan nilainya. Duit itu buatlah belanja kahwin yang macam rancangan Nona. Jika dapat berjimat, lebih bahagia.(Lebih baik beli barang rumah yang anda suka guna)

4. Biarkan penyewa kekal bayar rumah anda. Ia pelaburan kecil tetap bermakna.

5. Mintak suami belikan rumah lain, jangan bermurah hati “Tak perlah bang, boleh saja duduk rumah i nanti”. Ia sumber pendapatan sampingan anda.

*Berikut adalah tips untuk wanita muda membuat pelaburan kecil untuk masa hadapan. ‘Sediakan payung sebelum hujan’ ungkapan ini kita sering dikaitkan dengan bersiap sedia sebelum menghadapi perkara yang tidak diingini. Mungkin pelaburan itu kecil sahaja tetapi ia mampu membantu anda untuk masa hadapan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang,

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.