Masjid Sri Sendayan menjadi tumpuan orang ramai setelah dianya dibuka kepada umum. Bukan sahaja menerima kunjungan dari rakyat Malaysia yang bergama islam, malah masjid indah ini juga dikunjungi oleh rakyat berbangsa lain dengan berbilang agama. Malah pelancong asing yang datang ke Malaysia juga tertarik untuk datang sendiri dan melihat keindahan seni bina masjid yang indah ini. Jom kami kongsikan tentang kisah masjid sendayan yang boleh dijadikan motivasi kepada kita semua.

Masjid Sri sendayan

Sumber: Youtube

Masjid Sri Sendayan terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Pada hari ini, Masjid Sri Sendayan diiktiraf sebagai masjid tercantik di Malaysia. Masjid ini mula dibina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada 20 September 2019. Masjid besar ini mampu menampung sehingga 5000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini dibina di atas tanah dengan keluasan 4.5 hektar dan mempunyai kemudahan berikut:

  • Tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua yang mampu memuatkan 800 jemaah dan dewan solat wanita yang mampu memuatkan 800 jemaah
  • Bilik kuliah
  • Perpustakaan
  • Dewan serba guna
  • Bilik pengurusan jenazah
  • Bangunan pentadbiran
  • Dewan makan
  • Enam buah rumah kediaman petugas masjid

Kebanyakan seni bina dalaman masjid ini adalah ditempah khas dari luar negara. Rekaan dalam masjid ini adalah sangat indah. Di antara rekaan dalaman yang mencuri tumpuan para pengunjung masjid ialah:

  • Ukiran kayu pada dinding
  • Saduran dan cat  emas 24 karat pada dinding dan siling
  • Tulisan khat
  • Bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar
  • Bahagian dalaman kubah utama dihiasi dengan cat emas 24k.

Sementara di bahagian luar masjid pula terdapat sebuah kubah utama dan tiga kubah kecil di bahagian laluan hadapan. Terdapat juga 2 menara di bahagian hadapan masjid. Zailan Yusop iaitu arkitek yang terlibat dalam pembiaan Masjid Sri Sendayan berkata beliau telah beberapa kali terbang ke Dubai dan Turki bersama pengasas manjid untuk mencari ilham. Menurut beliau, seni bina Masjid Sri Sendayan adalah campuran seni bina beberapa masjid dari negara Timur Tengah. Hiasan tulisan khat yang ada di masjid itu adalah hasil tulisan tangan tokoh khat paling agung di dunia dari Turki iaitu Sheikh Hassan Celebi.

Siapakah yang membina Masjid Sri Sendayan?

Sumber: Yoy

Masjid yang gah ini adalah diwaqafkan oleh seorang jutawan yang juga pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain. Beliau merupakan kacukan Melayu dan Arab iaitu bapanya Mohammed Hussein dari Pulau Pinang dan ibunya keturunan Arab-Melayu. Beliau merupakan usahawan dan jutawan melayu yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia. Masjid Sri Sendayan bukanlah masjid pertama yang dibina dan diwaqafkan oleh Tan Sri Rashid Hussain. Di antara masjid lain yang pernah dibina oleh beliau ialah:

  • Masjid A’isyah di Sungai Mengulu, Pulau Langkawi
  • Masjid Hussain atau Masjid Putih di Seremban 2

Tan Sri Abd Rashid Hussain bukan sahaja aktif mewaqafkan masjid untuk kegunaan umat islam malah menurut mereka yang rapat, beliau juga banyak membantu anak yatim dan golongan asnaf yang memerlukan. Beliau adalah contoh jutawan islam yang menggunakan kekayaan kurniaan Allah ke jalan kebajikan yang pastinya akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda di syurga nanti.

Kisah dermawan Tan Sri Abd Rashid Hussain yang memebelanjakan hartanya demi agama boleh dijadikan sebagai tauladan kepada kita semua dan menjadi motivasi kepada kita untuk berusaha gigih. Kita sebagai umat islam wajib menjadi kaya agar dapat berbelanja untuk islam dan membantu saudara kita yang memerlukan.

Amalan yang membantu kita setelah meninggal dunia

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, apabila manusia meninggal dunia maka terputuslah pahala amalannya kecuali daripada tiga sumber iaitu sedekah yang berterusan faedahnya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang berdoa kepadanya. Mungkin kita belum mampu untuk mewaqafkan masjid seperti idola ramai ini namun tahukah anda bahawa selain daripada mewakafkan harta untuk membina masjid, ada beberapa lagi amalan lain yang mampu membawa kita ke syurga. Di antaranya ialah:

  • Ilmu yang bermanfaat. Sangat besar ganjaran bagi mereka yang menyampaikan, menyebar dan mengajar ilmu dunia dan akhirat yang bermanfaat kepada semua.
  • Anak yang soleh dan solehah. Ajarlah anak-anak mendirikan solat, membaca Al-Quran, berzikir dan berselawat. Bukannya bertiktok. Anak adalah saham akhirat kita.
  • Kitab-kitab keagamaan yang diwariskan. Barang siapa yang mewariskan buku-buku yang baik,pahala akan terus mengalir kepadanya selagi buku tersebut dibaca.
  • Rumah atau wakaf yang dibina untuk para musafir. Ramai yang memilih untuk menyediakan rumah atau wakaf  untuk kegunaan mereka yang sedang bermusafir sama ada untuk berehat dan tidur sebentar. Ia adalah amalan yang akan memberikan pahala berterusan kepada kita.
  • Harta yang disedekahkan. Bersedekah bukan sahaja akan memanjangkan umur malah akan memurahkan rezeki dan diberikan hidup yang berkat. Bersedekah tidak akan menjadikan kita miskin. Malah sedekah yang berterusan akan menyalurkan pahala kepada kita selepas meninggal dunia.

Itulah dia info  tentang kisah masjid sendayan yang boleh dijadikan motivasi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang biodata Ustaz Kazim Elias.

Rujukan:

1. Berita Harian

2. Sinar Harian

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.