Orang kata, hidup cuma sekali. Jadi, manfaatkan masa anda terutamanya masa muda dan bujang yang penuh tenaga dan tidak mempunyai komitmen berat ini.
Antaranya ialah dengan pergi travel atau melancong makan angin.
Tapi, sebagai golongan bujang yang kebanyakannya masih muda dan baru nak mula bina hidup, berkerut juga dahi kan kalau nak merancang trip perjalanan ni.
Okay, ayuh penulis kongsikan tip-tips melancong dan perbelanjaan bagi mereka yang bujang dan muda atau “tak muda sangat.” Ketahui 7 tips travel solo.
Backpacking bermaksud anda bercuti, melancong sambil membawa barangan keperluan yang minimal. Memang takkan sorong beg luggage dengan cermin mata hitam besar lah ye.
Aktiviti backpacking ini sesuai jika anda jenis yang ingin cepat bergerak dan tidak berapa kisah tentang keselesaan sepanjang percutian.
Tujuan utamanya ialah untuk selamat pergi dan balik dan menikmati perjalanan anda. Hati mesti kental.
Terdapat banyak kumpulan sokongan Backpackers di Facebook dan Telegram yang anda boleh sertai untuk mendapatkan tips melancong secara backpacking.
Dinasihatkan jika anda ingin backpacking bersama kawan-kawan, sila kecilkan bilangan yang join trip anda itu, kalau ramai sangat ahli nanti dah jadi rombongan Cik Kiah pula, kan?
Lagi ramai, lagi banyak karenah. Pening.
Trip yang sepatutnya seronok, dah jadi lemau; tidak mencapai matlamat bercuti untuk hiburkan hati.
Bagi yang ingin backpacking secara solo pula, pastikan anda sentiasa menjaga keselamatan diri terutamanya golongan wanita.
Cara ini agak memenatkan, tapi anda masih muda dan penuh tenaga kan? Boleh explore banyak benda dan jadikan ini sebagai kenangan yang manis untuk dikenang kelak.
Berbanding mod kereta atau kapal terbang sebagai pengangkutan anda pergi melancong, apa kata anda cuba untuk memilih kereta api sebagai pengangkutan utama menuju ke destinasi pelancongan anda.
Kebiasaannya, tiket kereta api lebih murah berbanding kapal terbang dan jumlah minyak petrol atau tol kereta. Sedia maklum, perjalanan kereta api memakan masa yang agak lama, tapi anda boleh gunakan kesempatan ini menikmati pemandangan sepanjang perjalanan, merehatkan diri (pilih koc yang ada katil) dan berkenalan dengan orang baru (mungkin jodoh anda?).
Selain itu, masa perjalanan yang agak panjang dapat memberikan anda peluang untuk menilai kembali itinerari atau jadual perjalanan trip anda.
Tahukah anda, kereta api ialah pengangkutan yang paling selamat dan sangat jarang dikaitkan dengan kemalangan atau nahas seperti kereta, motorsikal dan kapal terbang.
Jika anda ingin menjimatkan perbelanjaan dari segi makanan sepanjang tempoh anda bercuti, anda boleh siapkan bekalan makanan terlebih dahulu dalam bentuk kering seperti ikan bilis, serunding dan sambal yang boleh tahan lama.
Anda juga boleh bawa bahan mentah seperti beras, makanan dalam tin dan ikan masin jika tempat tinggal anda nanti ada menyediakan dapur.
Cadangan ini adalah untuk mempelbagaikan bekalan yang biasa dibawa seperti mi segera, makanan segera, biskut, roti dan coklat bar yang kalau hari-hari anda hadap, nanti muak juga, kan?
Sebagai muslim, jika anda ke negara yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya, anda mungkin was-was dengan status halal haram peralatan dapur.
Anda boleh bawa sabun taharah iaitu sejenis sabun yang diakui JAKIM yang boleh digunakan sebagai alat sertu/samak untuk menyucikan sesuatu barang atau kawasan.
Jika anda pergi travel ke luar negara, anda perlu rajin sentiasa peka dengan perubahan mata wang dan bila waktu yang paling sesuai untuk membuat tukaran wang.
Selain itu, sila cari Money Changer yang menawarkan kadar tukaran yang lebih tinggi; outlet di IOI City Mall Putrajaya merupakan antara outlet Money Changer yang berbaloi.
Selain itu, jika anda lebih gemarkan transaksi secara cashless, anda boleh gunakan aplikasi Big Pay.
Aplikasi ini diguna pakai seluruh dunia melalui transaksi Mastercard dan Visa di semua kaunter yang menerima pembayaran secara wireless.
Dengan ini, jika anda telah kehabisan duit asing, anda boleh top up nilai dalam Big Pay daripada akaun bank sedia ada dan gunakannya untuk pembayaran.
Kalau dah berhajat pergi melancong tu mestilah anda pun dah mula menabung, kan?
Banyak strategi simpanan yang selalu dikongsi di media sosial seperti menabung setahun awal, membeli tiket kapal terbang pada musim promosi, menabung dengan sistem warna duit, main kutu dan sebagainya.
Namun, jangan terlepas pandang mengenai kedudukan kewangan anda SELEPAS balik bercuti.
Dinasihatkan, anda jangka dan rancang jumlah perbelanjaan sepanjang anda bercuti, apabila sudah cukup simpanan anda itu, sila kumpul lagi 30% daripada nilai jangkaan perbelanjaan itu untuk dijadikan sebagai “wang kecemasan travel” dan 30% lagi dari nilai jangkaan perbelanjaan itu, anda simpan di rumah anda, kiranya menanti anda selepas anda pulang.
Sebagai seorang yang bujang atau belum mempunyai komitmen yang banyak (pasangan baru kahwin), anda boleh pergi bila-bila masa sahaja untuk bercuti berbanding mereka yang bekerluarga yang perlu mengambil kira cuti persekolahan anak-anak.
Syaratnya, anda kenalah rancang permohonan cuti tahunan anda.
Matlamat anda untuk melancong biasanya untuk melihat tempat orang, merasai pengalaman berjalan ke kawasan baru dan melepaskan tekanan hidup.
Percutian semasa musim puncak seperti musim perayaan, tahun baru atau cuti persekolahan akan menyebabkan anda kurang selesa kerana kepadatan pelancong lain.
Tambahan pula, pada waktu begini, peniaga-peniaga di kawasan pelancongan suka untuk menaikkan lagi harga barangan jualan mereka.
Sikap ramah dan mesra dengan penduduk setempat boleh menguntungkan anda.
Banyak pengalaman yang dikongsikan mereka yang melancong ke tempat asing, dapat merasai pengalaman baru apabila penduduk setempat yang selesa dengan mereka, menawarkan macam-macam perkara seperti makanan, tempat tinggal percuma hinggalah wang belanja.
Selain itu, anda yang melancong ini turut membawa nama Malaysia selain bangsa dan agama. Jadilah contoh yang terbaik sebagai duta kecil negara.
*Jemput juga abca artikel tentang kepentingan takaful travel