Tuhan biasanya menemukan seseorang untuk melengkapkan hidup kita. Jika suami jenis gila modified kereta saja memanjang, isterinya mesti bijak menguruskan kewangan.

Jika isteri asyik beli baju sampai tak muat almari, suaminya mesti power dalam mengawal kewangan. Kalau dua-dua ada kesedaran maka untung lah. Rezeki sungguh itu.

Jadi, apa yang kita boleh buat untuk ajar dan bagi kesedaran kepada pasangan kita tentang pengurusan kewangan?
Mari baca tulisan di bawah ini.

7 Cara Ajar Pasangan Menguruskan Kewangan

menguruskan kewangan pasangan

Imej via Wisebread

1. Ajar Cipta Matlamat Kewangan

Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang. Untuk permulaan, bina matlamat paling senang dicapai. Contohnya RM 600 dalam sebulan. Jadi, RM 20 setiap hari. Bila sudah capai apa yang dibuat, ia akan rasa semangat nak menyimpan lebih lagi.

2. Ajar Simpan Sebelum Berbelanja

Ajar si dia untuk simpan sebelum berbelanja. Contohnya gaji RM 2000. Simpan siap-siap RM 200. Kalau rasa berat, cuba simpan RM 100 sebulan. Jika membelanjakan semua pendapatan terlebih dulu dan kalau ada lebih baru simpan, itu boleh menciptakan masalah kewangan yang kronik pada masa akan datang.

Ajar dia gunakan formula ini: Pendapatan – Simpanan = Belanja.

3. Ajar Supaya Tangguhkan Kehendak

Jika si dia menggelupur teringin IPhone X, korang banyakkan azan di telinga dia. Korang ingatkan dia sudah lah ada PTPTN tertunggak. Hutang peribadi pun tak habis bayar lagi. Ajar dia supaya ada tabiat “delay gratification” iaitu menangguhkan kepuasan. Tangguhkan seketika. Simpan duit dan belilah. Harga pun makin turun. Dah jimat berapa da

4. Ajar Supaya Berbelanja Dengan Bijak

Ajar dia buat bajet belanjawan bulanan. Catat segala perbelanjaan. Berbelanja dengan bijak boleh dibuat dengan membandingkan harga. Beli masa promosi atau dengan harga borong. Buat senarai barang yang nak dibeli, tak ada lah anda dua tiga kali ke pasar raya.

5. Ajar Tentang Keperluan VS Kehendak

Keperluan asas hidup ini seperti makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan. Kehendak pula macam nak kereta mewah, telefon canggih, iPhone X, travel luar negara ataupun lepak minum setabak. Ramai pasangan tidak tahu beza antara keperluan dengan kehendak.

6. Ajar Tentang Risiko Kewangan

Risiko kewangan adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Bagi kesedaran tentang kepentingan takaful dan risiko pelaburan. Tentang bahaya tunggakan hutang kad kredit. Jadi, tak perlu guna kalau boros. Ajar dia untuk mengenali penipuan skim cepat kaya dan MLM haram. Kalau dia banyak hutang apa jadi. Terangkan tentang CCRIS. Kalau dia tak bayar hutang apa akibatnya. Apa itu muflis dan kesan muflis.

7. Ajar Tentang Pelaburan Yang Bijak

Ajar dia tentang pelaburan yang senang seperti melabur di ASB dan Tabung Haji disebabkan unit berharga tetap. Jadi, anda tidak akan rugi. Bila tengok duit makin bertambah dan membiak, keseronokan itu ada. Rasa sayang nak belanja sakan.

***

Itulah sedikit sebanyak yang anda boleh ajarkan pada pasangan anda tentang pengurusan kewangan yang lebih bijak.

Jika pasangan anda ada masalah kewangan, bukan dia saja yang terbeban. Anda pun akan terbeban sama juga. Jadi, sama-sama belajar ke arah menguruskan kewangan yang lebih baik.

Kalau mahu lebih lagi pergi seminar ajak dia sekali. Golongan macam ni memang tak nak baca buku tentang pengurusan kewangan. Benda yang aku tulis ini pun merungut kata panjang. Apa yang anda boleh buat ialah ajar melalui teladan. Kah!

Kongsikan kepada insan yang tersayang.

Copy

Penulis: Amir Syahir

Rajin berkongsi ilmu hartanah, pengurusan kewangan, tips ASBF dan ilmu yang bermanfaat. Ikuti lagi tips-tips menarik tentang ASBF terutamanya di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.