Perancangan persaraan adalah salah satu proses yang melibatkan matlamat pendapatan persaraan, tindakan dan keputusan yang diperlukan bagi mencapai tujuan perancangan persaraan tersebut.

Perancangan persaraan merangkumi sumber pendapatan, perbelanjaan, melaksanakan program simpanan dan menguruskan aset serta risiko. Aliran tunai masa depan merupakan tunjang utama dalam menentukan apakah matlamat perancangan persaraan akan tercapai.

Memahami Perancangan Persaraan

perancangan persaraan
Imej via [aia]

Dalam pengertian yang paling sederhana, perancangan persaraan adalah perancangan yang harus dilakukan oleh seseorang untuk menjalani kehidupan setelah pekerjaan bergaji telah berakhir.

Ia bukan hanya dari segi kewangan, tetapi juga dalam semua aspek kehidupan. Aspek bukan kewangan merangkumi pilihan gaya hidup seperti bagaimana menghabiskan masa dalam persaraan, tempat tinggal, waktu berhenti sepenuhnya dan lain-lain lagi. 

Jangka Masa Perancangan Persaraan

Penekanan yang diberikan pada perubahan perancangan persaraan sepanjang peringkat kehidupan haruslah berbeza. Pada awal kehidupan kerja seseorang, perancangan persaraan adalah untuk menyimpan wang yang cukup untuk persaraan.

Sepanjang pertengahan kerjaya anda, mungkin juga termasuk menetapkan sasaran pendapatan atau aset tertentu dan mengambil langkah-langkah untuk mencapainya. Sebaik sahaja anda mencapai usia persaraan, anda tidak lagi akan menyimpan, sebaliknya, simpanan puluhan tahun anda akan digunakan oleh anda.

Disini kami senaraikan 7 perancangan persaraan kena tahu sebelum anda mula pencen.

perancangan persaraan
Imej via [aia]

1. Akaun Persaraan, Terutamanya Sumbangan Tambahan

Sekiranya boleh, tingkatkan caruman persaraan anda sehingga maksimum yang dibenarkan dalam KWSP atau rancangan persaraan anda yang lain.

Sasarkan untuk memasukkan jumlah yang mencukupi ke dalam KWSP bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan sebarang peluang maksimum yang mungkin ditawarkan oleh majikan anda.

Sekiranya anda berumur 50 tahun ke atas, peraturan untuk sumbangan tambahan akan membolehkan anda mendapat manfaat lebih daripada sumbangan biasa.

Apabila hampir bersara, penyatuan akaun akan memudah pengurusan pelaburan anda dan memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai jumlah aset persaraan anda. Juga, tinjau mana-mana akaun KWSP yang mungkin anda miliki dengan bekas majikan anda terdahulu.

2. Hitung Anggaran Pendapatan persaraan anda

Anggarkan pendapatan yang dapat diramalkan dari sumber seperti pencen dari majikan anda. Selebihnya dana persaraan anda akan datang dari akaun gaji, simpanan dan pelaburan.

Untuk menjadikan aset anda kekal sepanjang hayat, perlu diketahui bahawa anda mampu menghabiskan 4% portfolio anda setiap tahun semasa bersara.

Oleh itu, jika anda mempunyai aset persaraan bernilai $ 1 juta, anda mungkin akan membelanjakan kira-kira $ 40,000 daripada jumlah itu setiap tahun semasa anda bersara.

Kelebihan Menganggar Pendapatan

Kelebihan melihat sumber pendapatan sebelum persaraan adalah dapat memberi masa untuk menyesuaikan diri dengan perancangan persaraan. Antara pilihan untuk meningkatkan pendapatan persaraan anda termasuklah :

  • Menangguhkan tarikh persaraan anda dan bekerja lebih lama.
  • Mengurangkan perbelanjaan mengikut kemampuan diri sendiri.

Semakin lama anda menunda untuk bersara, semakin besar kemungkinan simpanan anda akan bertahan atau bertambah.

perancangan persaraan
Imej via [news.usc]

3. Pertimbangkan Kos Perubatan Masa Depan

Jika anda bersara pada usia 65 atau lebih tua, pihak kesihatan akan menanggung sebahagian besar kos rawatan kesihatan anda.

Namun, anda juga mungkin ingin mempertimbangkan perlindungan tambahan untuk membantu biayai perbelanjaan rawatan kesihatan lain, yang mungkin akan meningkat seiring bertambahnya usia.

Lebih-lebih lagi, pihak kesihatan tidak akan menanggung kos penjagaan kesihatan jangka masa panjang yang kosnya tinggi. 

4. Beli Insurans Untuk Jangka Masa Panjang

Untuk membantu melindungi perancangan persaraan anda, pertimbangkan untuk membeli insurans penjagaan jangka masa panjang. Ia akan menolong perbelanjaan anda seperti mengupah pembantu kesihatan di rumah dan lain lagi.

5. Rancang Tempat Tinggal Selepas Bersara

Tempat tinggal selepas bersara boleh memberi kesan besar kepada perbelanjaan anda nanti. Sebagai contoh, anda menjual rumah yang nilai tempatnya mahal dan berpindah ke sebuah kondominium dalam keadaan cukai rendah, perbelanjaan anda akan menurun secara mendadak.

Perancangan persaraan yang terbaik adalah anda berpindah ke rumah yang lebih kecil atau tidak berada di kawasan bandar bagi mengawal kewangan sara hidup dan cukai.

Sebaliknya jika menetap di kawasan yang mempunyai kos sara hidup dan cukai yang tinggi, malah tinggal bersama anak-anak dan cucu-cucu, mungkin akan memakan kos yang lebih besar.

perancangan persaraan
Imej via [therohani]

6. Pastikan Melabur Untuk Pertumbuhan Kewangan Persaraan

Jangan rasa selamat menjauhkan diri dari pelaburan saham serta mengurangkan risiko, kerana keuntungan yang mungkin diterima daripada saham amat penting kehidupan kita.

Pertimbangkan untuk mengekalkan gabungan saham, bon, dana bersama dan aset lain yang sesuai dengan toleransi risiko, jangka masa pelaburan dan keperluan kewangan tunai anda.

Portofolio yang seimbang dapat membantu anda mengatasi kemerosotan dan berpotensi menjana pendapatan yang anda perlukan. Gunakan Merrill Edge Asset Allocator bagi memastikan portfolio anda sesuai dengan objektif pelaburan untuk perancangan persaraan.

7. Anggarkan Perbelanjaan Persaraan Anda

Sesetengah perbelanjaan, seperti penjagaan kesihatan, mungkin lebih tinggi pada hari yang mendatang. Sementara perbelanjaan yang lain, seperti kos perjalanan atau pakaian, mungkin akan menurun harganya.

Apa yang anda belanjakan bergantung kepada bagaimana hidup semasa bersara. Sekiranya anda mengharapkan perjalanan kehidupan secara berbelanja tinggi, kos yang diperlukan mungkin lebih tinggi daripada sekarang.

8. Kurangkan Hutang

Anda boleh mempertimbangkan untuk mempercepat pembayaran gadai janji sehingga pinjaman akan dilunaskan sebelum anda bersara. Untuk mengekang hutang kad kredit baru, cuba bayar secara tunai bagi pembelian utama.

Dengan menghadkan hutang baru dan mengurangkan hutang yang ada, anda dapat meminimumkan jumlah pendapatan persaraan yang akan dibelanjakan untuk pembayaran faedah. 

Itulah dia perancangan persaraan yang harus diambil tahu sebelum bersara. Jom baca juga kerja part time yang lumayan, kelebihan sedekah, formula simpan duit dan jenis-jenis sedekah.

Rujukan

  1. 7 steps to prepare for your upcoming retirement https://www.merrilledge.com/article/7-steps-prepare-for-your-upcoming-retirement
  2. Retirement planning : 9 tips for a successful retirement https://www.amp.com.au/retirement/prepare-to-retire/retirement-planning-tips
  3. Retirement Planning. https://www.investopedia.com/terms/r/retirement-planning.asp

Penulis: rinazul

rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.