Mungkin ramai yang risau dengan keadaan semasa. Tambahan lagi dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan. Dengan keadaan sekarang, sebagai pelabur saham boleh lakukan? Tindakan pelabur ketika waktu genting ini perlu bijak. Jangan tersilap langkah.

Ramai orang boleh cakap. Bila pasaran jatuh, sabar. Nanti pasaran akan melantun naik balik.

Orang juga boleh cakap, pasaran jatuh kita kena sabar. Tunggu, boleh naik balik.

Ada juga yang cakap, ketika pasaran jatuh adalah masa yang terbaik untuk tambah aset  pegangan.

Sebenarnya di dalam saham, memang boleh buat profit ketika harga sedang jatuh. Ini dipanggil short selling.

tindakan pelabur

imej via Pixels

Selama ni, profit yang kita buat apabila harga sedang naik, itu dikenali sebagai long trading. Kita beli pada harga murah, kita tunggu harga naik dan kemudian kita jual utk menghasilkan untung.

Dengan short selling, ianya terbalik. Kita buat profit apabila harga sedang jatuh. Kita tahu bahawa harga akan jatuh, kita enter market pada harga tinggi, kita tunggu harga jatuh dan kemudian kita exit utk menghasilkan untung.

Untuk long trade, konsepnya mudah faham. Kerana itulah juga cara yang biasa dilakukan utk meraih untung, sama ada di dalam mahupun di luar dunia saham.

Dalam dunia saham, ketika anda short sell, anda sebenarnya meminjam share daripada broker anda. Anda tahu share tersebut akan jatuh harganya, lalu anda jual dahulu ketika sedang mahal. Kemudian, apabila harga share tersebut jatuh, anda beli semula pada harga yang murah. Setelah anda dapat semula share tersebut, anda pulangkan kembali kepada broker anda.

Membeli pada harga murah dan menjual pada harga mahal itulah yang menghasilkan profit kepada anda, walaupun harga jatuh!

Itulah short sell.

Tindakan Pelabur – Short Sell?

Jika kita mengkaji sejarah indeks Dow Jones selama 100 tahun secara keseluruhannya menaik. Sebab apa?

Pertamanya ialah kerana inflasi. Dengan bilangan populasi manusia yang semakin ramai, aktiviti perniagaan, pelaburan, perdagangan dan kewangan semakin lama semakin rancak. Lalu menolak harga untuk mendapatkan barangan dan servis semakin tinggi.

Pada masa yang sama, inflasi juga menyebabkan nilai wang kita semakin susut.  Mahu tak mahu, manusia sentiasa akan cuba terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti ini. Demi mengekalkan atau meningkatkan harta mereka agar berjaya berlari lebih laju daripada inflasi.

Keduanya ialah kerana fundamental yang mendasari ekonomi itu sendiri. Lumrahnya, fundamental akan sentiasa bergerak ke arah lebih baik kerana manusia bersikap inovatif.

Sentiasa akan ada ciptaan baru, sentiasa akan ada permasalahan baru, sentiasa akan ada trend baru. Maka market semakin lama semakin sofistikated.

Oleh itu, peluang untuk long trade sentiasa ada.

Memang tidak dinafikan, dalam perjalanan market yang terus menaik. Sekali sekala menjunam jua sebelum kembali naik semula.

Dalam 100 tahun ini, adalah beberapa ketika market crash, seperti pada lingkungan tahun 1930-an iaitu ketika Great Depression, atau seperti pada lingkungan tahun 1970-an iaitu ketika krisis minyak. Atau seperti pada lingkungan tahun 2000-an iaitu ketika krisis dot com.  Ini juga seperti pada lingkungan tahun 2008-an iaitu ketika krisis subprime mortgage.

Itu semua adalah bubble yang pecah dengan cepat, malah ada yang terlalu cepat, sehingga memerangkap ramai orang ke lembah kemuflisan.

Ya, hanya ketika ini sahajalah peluang untuk short selling muncul.

Apa Itu Short Selling?

Kita ulang semula apa itu short selling.

Short selling merupakan urus niaga menjual dahulu sebelum membeli. Kebiasaannya, pelabur perlu mempunyai pegangan saham terlebih dahulu sebelum boleh menjual.

Secara logiknya pun macam mana kita nak jual barang yang bukan milik kita betul tak.

Tetapi, dalam short sell urus niaga beli dan jual ini terbalik. Maksudnya, pelabur jual dahulu saham dan kemudian baru beli saham tersebut.

Short selling membolehkan trader membuat untung dalam keadaan pasaran yang merudum jatuh. Jadi short sell berlaku apabila pelabur meminjam saham daripada broker mereka dan jual saham tersebut.

Kemudian, pelabur mesti beli semula saham yang sama untuk menggantikan saham yang dipinjamnya tadi.

Pelabur menjangkakan harga saham akan jatuh. Jadi saham tersebut boleh dibeli pada harga yang lebih rendah daripada harga yang dijual pada mulanya.

Jika ini berlaku, maka pelabur akan memperoleh keuntungan daripada;

Harga jual – Harga beli semula

Short sell selalunya sesuai untuk trader yang berpengalaman. Newbie dan pelabur jenis mid-term atau long-term tidak digalakkan kerana short sell mesti berlaku secara intraday.

Apa Itu Intraday.

Di dalam urus niaga intraday, trader akan menerima faedah kedua-dua trend menaik serta menurun jika perkara ini di laksanakan. Dinamik market.

Jika trend itu menaik, anda akan membeli stok pada harga rendah dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi, manakala arah aliran menurun anda akan menjual stok pada harga yang lebih tinggi kemudian untuk anda akan membelinya pada harga yang lebih rendah.

Sah atau Tidak Tindakan Pelabur Untuk Short Selling

Di Malaysia pula, aktiviti short selling kepada retail trader telahpun dibenarkan sejak tahun 2018, siap patuh syariah lagi. Namun, peluang short selling di Bursa Malaysia masih terhad.

Bukan semua stock boleh short dan kalau pun boleh, hanya secara intraday sahaja. Ini kerana Suruhanjaya Sekuriti masih berhati-hati dan masih memantau dengan ketat potensi short selling dalam merancakkan Bursa Malaysia.

Risiko

Terdapat beberapa risiko yang perlu pelabur tahu. Salah satunya adalah masa.

Disebabkan short selling ini hanya boleh berlaku daripada pukul 9 pagi sehingga jam 5 petang. Tindakan ini bergantung kepada setiap broker, para pelabur harus berperang dengan masa.

Mahu atau tidak para pelabur harus membeli semula saham tersebut sebelum Bursa Malaysia tutup pada pukul 5 petang.

Contohnya, anda short sell saham X pada pagi setelah pasaran saham dibuka. Kemudian anda mesti dapat beli balik saham X sebelum pasaran ditutup pukul 5 petang iaitu pada hari yang sama.

Sekiranya gagal, pelabur perlu meminjam saham daripada pemberi pinjaman saham yang berlesen dan diluluskan oleh Bursa Malaysia. Atau dipindahkan dari akaun CDS yang lain.

Para pelabur juga akan terdedah dengan risiko harga saham tersebut naik dan kebarangkalian harga saham itu “limit up”. Para pelabur berisiko untuk hilang semua modal yang ada.

Sebagai contoh, saham dibuka pada 1.00 dan selepas beberapa jam harga saham turun kepada 0.97 sen.

Jika anda membeli pada 1.00 maka anda berada pada posisi kerugian. Manakala jika anda menjual pada 1.00 dan membelinya pada 0.97 perbezaannya akan menjadi keuntungan anda.

Rumusan

Pasaran saham sentiasa memberi peluang kepada long trade. Daripada anda mengejar short selling, cara lain yang ada utk meraih untung ialah tunggu saja market jatuh sampai lantai dan belilah ketika ia sudahpun murah.

Rujukan

Majalah Labur 

Empayar Saham

Blog Jeffry Azizi Jaafar

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.