Kecoh apalah yang dikatakan tentang bitcoin?

Mencari maklumat apa itu Bitcoin?

Macam itu, anda kena baca artikel ini. Kami di iLabur akan kongsikan info ringkas tentang Bitcoin.

 

Info Cara Kerja Bitcoin

Bitcoin merupakan matawang digital. Perkataan lain yang anda akan dengar dan mungkin pernah dengar ialah cryptocurrency atau digital currency.

Bitcoin dicipta oleh seorang yang diberi watak sebagai ‘lelaki Jepun’ bernama Satoshi Nakamoto pada Januari 2009. Identiti Satoshi sebanrnya sangat misteri bagi dunia Bitcoin. Sehingga kini ada beberapa orang dikaitkan dengan watak ‘Satoshi’ ini.

Antaranya adalah seperti Nick Szabo, Dorian Nakamoto dan  Hal Finney. Yang terbaru adalah Craig Steven Wright yang telah mengaku dirinya sebagai jejaka misteri Bictoin ini.

Info ringkas mengenai Craig. Craig merupakan seorang ahli saintis komputer dan juga ahli perniagaan. Menurut pembangun Bitcoin, Sergio Lerner menganggar pengasas Bitcoin ini mempunyai sekitar 1 juta Bitcoin.

Jadi berdasarkan nilai ini, kita bolehlah anggarkan RM27 Billion. Nilai yang cukup-cukup banyak untuk membangunkan negara.

Lupakan sebentar tentang Satoshi, mari kita cerita semula tentang cara kerja Bitcoin.

Bitcoin boleh digunakan sebagai medium pertukaran untuk memiliki sesuatu barang dan perkhidmatan dalam dunia sebenar. Inilah yang membezakannya dengan virtual currency. Namun, ia terhad kepada hanya yang menerima bitcoin sebagai kaedah pembayaran.

Bitcoin tidak dikawal sebagaimana Bank Negara Malaysia mengawal Ringgit Malaysia. Ia bersifat decentralized iaitu ia berfungsi dengan baik sebagai matawang melalui bitcoin mining.

Di Malaysia, bitcoin tidak dianggap sebagai matawang, malah sesetengah negara telah melarang atau tidak menggalakkan penggunaannya. Namun, bagi negara di mana penciptanya berasal, Jepun membenarkannya.

 

Apakah Kegunaan Bitcoin?

 

Kegunaan Bitcoin
Imej via geralt

Bitcoin boleh digunakan untuk tujuan pelaburan, membayar harga barang dan perkhidmatan, kaedah menghantar wang terutamanya ke luar negara dan untuk menderma. Anda juga boleh bekerja dan mendapat bayaran dalam bentuk bitcoin.

Kerja yang dimaksudkan adalah menggunakan kemahiran dan bekerja sambilan melalui internet. Contohnya, menjawab soalan kaji selidik secara atas talian oleh individu atau organisasi tertentu.

Anda boleh menukar bitcoin kepada mata wang di Bitcoin Teller Machine. Namun tiada banyak di Malaysia. Setakat ini hanya ada 2 mesin yang ada iaitu di Ipoh dan Batu Caves. Walaupun begitu, anda akan menemui banyak mesin ini di negara-negara Amerika Utara dan Eropah.

Anda juga boleh menggunakan khidmat pertukaran secara atas talian seperti Luno iaitu sebuah syarikat yang berpusat di Singapura.

Anak syarikat di Malaysia ialah Bit X Sdn Bhd yang menyokong pindahan tunai online melalu Maybank.

Walaupun begitu, berhati-hati jika anda ingin terlibat dalam dunia pelaburan Bitcoin. Antara yang menjadi isu besar adalah tentang tiadanya kawalan dan kemungkinan serangan penggodam.

Apa pun, cuba dapatkan maklumat sebelum anda memulakan sesuatu.

Anda boleh mendapatkan gambaran mengenai bitcoin menerusi ringgitohringgit.com yang ditulis oleh Suraya yang juga merupakan individu yang menjaga Bitcoin Malaysia FB pages.

Rujukan

Anda boleh mendapatkan gambaran mengenai bitcoin menerusi ringgitohringgit.com yang ditulis oleh Suraya yang juga merupakan individu yang menjaga Bitcoin Malaysia FB pages.

Copy

Penulis: Dhia Iz

Penulis tetapi di iLabur yang suka dunia saham. Suka menulis tentang saham dan juga ekonomi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.