Dalam perkembangan teknologi terkini, semakin banyak kemudahan untuk membantu pelabur saham mendapatkan informasi serta menjalankan kajian saham. Melalui kemudahan aplikasi dan web ini, ia dapat membantu anda membuat keputusan pelaburan yang lebih baik.

Internet dan pelabur sememangnya tidak dapat dipisahkan.

aplikasi dan web

Imej via Pexels

Semua perkara berkaitan saham kini hanya di hujung jari anda. Banyak web dan aplikasi disediakan untuk pelabur saham supaya mudah mendapat info terkini.

Aplikasi untuk tablet dan telefon pintar telah berkembang semakin canggih dan popular. Ini membolehkan anda melakukan analisis pasaran, mendapatkan tip dan bahkan membuat perdagangan langsung dari peranti mudah alih anda. Banyak platform dagangan saham dalam talian menawarkan versi mudah alih.

Aplikasi dan Web Untuk Pelabur Saham

Aplikasi untuk tablet dan telefon pintar telah berkembang semakin canggih dan popular, membolehkan anda melakukan analisis pasaran, mendapatkan tip dan bahkan membuat perdagangan langsung dari peranti mudah alih anda. Banyak platform dagangan saham dalam talian menawarkan versi mudah alih.

Terdapat beberapa aplikasi dan web yang sesuai untuk dipilih. Kebanyakannya adalah percuma dan sangat berinformasi.

CNBC

CNBC ni adalah antara Website atau Apps yang paling berguna untuk pelabur bagi mendapatkan info yang telah diolah dengan pantas dan mudah. Kebanyakan information dalam ni adalah mudah difahami dan berbentuk ringkas.

Jadi kalau tengah sibuk tapi masih nak tahu apa update terbaru tentang saham, CNBC adalah yang terbaik. Kelebihan CNBC:

  • Isyarat Stok
  • Berita perniagaan
  • Rancangan TV Stream pada peranti mudah alih anda dan Android TV

Investing.com

Ramai orang yang gunakan aplikasi investing.com setiap hari. Website dan apps ini untuk dapatkan berita mengenai pasaran kewangan dari seluruh dunia termasuk Malaysia. Investing.com ni adalah ibu segala website untuk pelabur sebab kita boleh jumpa pasaran saham seluruh dunia kat situ. Dari sebesar-besar United States sampai lah sekecil-kecil Malaysia semua ada.

Aplikasi ini merupakan produk luar jadi anda boleh mendapatkan berita kewangan serta Analisa saham dari seluruh dunia termasuk Malaysia. Jika anda turut melabur dalam pasaran luar seperti di Nasdaq, Dow Jones atau London Stock Exchange, aplikasi ini memang sesuai untuk anda.

Ideal Rating

Nak website yang ada status syariah di pasaran global?

Ini adalah Website yang digunakan untuk semak status syariah saham di pasaran global. Dah dapat idea nak beli apa, terus semak status kat sini. Lepas tu, baru buat kajian lebih terperinci dari segi TA atau FA.

Tips untuk guna apps ini, jangan pilih lokasi masa register atau switch on button maps di smartphone anda bila menggunakan apps ni. Sebabnya, nanti anda tak boleh akses stocks U.S. Anda akan dapat list saham Bursa Malaysia sahaja.

KLSE Screener 

klse screener

KLSE Screener merupakan aplikasi khusus yang dibangunkan untuk pasaran saham tempatan. Ia antara aplikasi terlengkap yang ada kerana menawarkan pelbagai features menarik.

  • stock screener,
  • company info,
  • price alert notification,
  • berita ekonomi dan saham semasa,
  • kalkulator saham untuk anda membuat pengiraan sama ada pelaburan yang dibuat mendatangkan keuntungan atau tidak setelah ditolak kos brokerage fee, clearing fee dan stamp duty.

Aplikasi KLSE Screener boleh membantu anda menganalisa pergerakan harga saham dengan cepat.

StockHunter

stockhunter

StockHunter juga adalah aplikasi berasaskan saham tempatan. Kelebihan utama aplikasi ini ialah ia memudahkan proses screening kerana mempunyai layout yang user-friendly dan informatif berbanding aplikasi lain. Ia turut mempunyai kemudahan watchlist dan juga market news. 

Bursa Marketplace

bursamktplc

Bursa Market Place merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Bursa Malaysia Bhd sendiri. Aplikasi ini bagi menggalakkan golongan celik saham. Paparan layout aplikasi ini lebih moden dan segar berbanding yang lain.

Dari sudut features, ia turut mempunyai market screener, ruangan berita semasa, edukasi saham dan games dimana anda boleh bersaing dengan peserta yang lain untuk mengembangkan wang secara virtual.

Fungsi paling best adalah Alpha Factor yang memberi petunjuk dalam bentuk ranking sama ada saham tersebut “bagus” atau“tidak bagus”.

Penjejak Saham Real-time + Alert

Aplikasi ini percuma. Namun hanya untuk iPhone dan iPad. Penjejakan portfolio dan makluman pasaran masa nyata. Anda boleh menjejaki lebih daripada satu portfolio dan pelbagai senarai tontonan, indeks global, niaga hadapan dan kini ada penjejakan harga masa nyata untuk Bitcoin jika anda peduli untuk menceburkan diri dalam mata wang maya.

Maklumat stok terperinci termasuk data harga dan jumlah, berita dan pendapatan untuk enam suku lalu dan tarikh pendapatan seterusnya (yang boleh anda tambah pada kalendar anda). Terdapat 10 penunjuk teknikal yang tersedia, pilihan, dan carta maju dengan sokongan untuk bursa saham AS, Kanada, Eropah dan Asia Pac.

M+ Online

Trading platform M+ Online dibangunkan oleh broker M+ bagi memudahkan client menjalankan urus jual beli saham melalui smartphone. Untuk menggunakan aplikasi ini, anda perlu membuka akaun CDS bersama M+ terlebih dahulu untuk mendapatkan username dan password.

Jika anda sudah mempunyai akaun CDS sedia ada, anda masih boleh mendaftar bersama M+ kerana kami menawarkan brokerage fee terendah berbanding pesaing yang lain.

Stock Trainer

Biasa dengar tentang paper trade? Ia merujuk kepada aktiviti simulasi pembelian dan penjualan saham atau bahasa mudahnya beli saham olok-olok menggunakan duit maya.

Kalau anda masih baru dan belum mempunyai modal permulaan yang cukup, aktiviti paper trade amat digalakkan supaya anda dapat melatih diri untuk memilih saham yang bersesuaian dan mengukur prestasi pelaburan anda. Melalui Stock Trainer anda boleh memilih kaunter saham global juga pasaran saham tempatan.

Betterman

Betterment adalah penasihat robo yang melabur untuk anda. Anda bermula dengan soal selidik mudah, dan aplikasi Betterment memilih portfolio untuk anda. Ia mengenakan yuran pengurusan yang jauh lebih kecil daripada akaun yang diuruskan secara tradisional.

Program ini menawarkan deposit automatik, pengimbangan semula pelaburan yang efisien dan pelaburan semula dividen automatik. Akaun anda adalah SIPC dilindungi sehingga $ 500,000, dan anda boleh mengeluarkan dana pada bila-bila masa.

Facebook dan Twitter

Walaupun banyak aplikasi lain, Facebook dan Twitter tak boleh dilupakan. Ramai sifu-sifu saham berkongsi ilmu di dua media sosial popular ini.

Antara yang popular adalah Empayar Saham dan juga FB Mahersaham

Rujukan

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.