Kebelakangan ini, pelaburan saham di negara kita kian semakin popular. Setiap hari, ada sahaja iklan berkaitan saham di corong radio. Ramai orang membeli saham dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan yang sangat mudah.
Padahal, keuntungan dalam pelaburan saham bukanlah sesuatu yang mudah diperolehi dengan cara begitu sahaja.
Kita harus mengetahui terlebih dahulu teknik analisis saham dan mempraktikkannya agar tidak menyesal dan akhirnya menanggung kerugian. Penting untuk memastikan teknik analisis saham betul dan tepat.
Pada umumnya, terdapat dua teknik analisis saham iaitu secara fundamental dan teknikal. Jom kita kenali 2 teknik analisis saham ini.
Teknik analisis saham fundamental biasanya fokus kepada semua data berkaitan sesebuah syarikat. Ia termasuklah laporan tahun kewangan, laporan ekonomi, kajian sektor, penyata aset dan pegangan pasar.
Tujuan utama teknik analisis saham ini digunakan adalah untuk menganalisa semua perkara. Perkara ini dianalisa untuk melihat kesihatan syarikat, pertumbuhan keuntungan serta kajian sama ada syarikat tersebut boleh berkembang atau tidak.
Antara dokumen penting perlu ada dalam teknik analisis saham fundamental adalah:
i) Penyata imbangan
ii) Penyata pendapatan
iii) Penyata aliran tunai
Apabila kita telah melihat laporan kewangan, antara langkah yang perlu diambil kira adalah keuntungan, kadar kecairan, kecekapan, jumlah hutang dan kadar pertumbuhan.
Biasanya pelabur akan menggunakan nisbah tertentu untuk menilai perkara-perkara ini. Nisbah semasa akan digunakan untuk menilai kemampuan syarikat bagi membayar hutang jangka pendek. Hutang pendek yang dimaksudkan adalah hutang bawah 1 tahun.
Terdapat banyak lagi nisbah dan analisis yang dapat digunakan berdasarkan penyata kewangan. Selain melihat angka semasa sebagai contoh, pelabur juga harus melihat perniagaan itu sendiri.
Penting untuk mengetahui siapakah pesaingnya, apakah produk-produk perniagaan mereka dapat bertahan, seberapa besarkan pasaran yang dimiliki dan adakah ahli lembaga pengarahnya bagus dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.
Jadi, semua ini perlu anda lihat dalam menjalankan analisis saham secara fundamental.
Teknik analisis saham secara teknikal pula hanya melihat kepada sejarah harga bagi meramal pergerakan harga masa depan. Penganalisis-penganalisis teknikal forex percaya bahawa tidak perlu menggunakan analisis secara fundamental sekiranya menggunakan teknik analisis saham teknikal.
Berbeza dengan teknik analisis saham fundamental, penganalisis yang menggunakan analisis teknikal percaya bahawa harga masa lalu mempunyai kemampuan untuk memperbaiki pergerakan harga semasa.
Mereka juga percaya bahawa pergerakan harga hari ini adalah daripada sikap pelaburan berdasarkan sejarah harga yang lalu. Penganalisis teknikal kelihatan jarang melihat atau mementingkan prestasi ekonomi.
Mereka lebih cenderung akan prestasi pergerakan harga sahaja. Semua perhatian daripada penganalisis teknikal boleh dikatakan tertumpu pada grafik harga sejarah.
Mereka juga meramalkan jumlah harga yang akan diperdagangkan. Jadi pada dasarnya, seorang penganalisis teknikal lebih berminat untuk mencari tahu bagaimana harga pada jam, hari, atau minggu yang berikutnya.
Mereka tidak mempunyai rancangan jangka panjang untuk melabur dan banyak transaksi dilakukan dalam beberapa saat. Banyak syarikat broker atau peniaga profesional kini menggunakan gabungan analisis secara fundamental dan teknikal untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai prospek pelaburan mereka.
Sebelum mengambil kedudukan atau memasuki pasaran, pastikan lihat dan analisis saham tersebut terlebih dahulu. Ia bertujuan untuk membuat keuntungan dalam jangka masa yang panjang.
Sebaliknya, jika anda mencari faedah turun naik harga pasaran jangka masa pendek, maka analisis secara teknikal adalah pilihan yang mudah untuk dilakukan.
Terutama jika anda memanfaatkan kesemua petunjuk, anda pasti boleh mencari dan menentukan kemasukan kedudukan dengan sangat mudah.
Kedua-dua analisis utama ini juga sering mengelirukan dalam komuniti saham. Dalam beberapa kes, apa yang diajarkan asasnya bertentangan dengan analisis teknikal. Beberapa perbezaan yang dapat kita lihat adalah:
1. Definisi – Perbezaan antara teknik analisis saham fundamental dan teknikal adalah dari segi definisinya. Analisis secara fundamental biasanya mengkaji latar belakang syarikat menggunakan banyak faktor dari sumber ekonomi.
Analisis secara teknikal pula, ia mengkaji pergerakan harga saham berdasarkan chart ataupun graf saham.
2. Sumber Data – Dari segi sumber data pula, kedua-duanya mengunakan sumber yang berbeza. Analisis saham secara fundamental biasanya menggunakan sumber data dari berita saham, financial statement dan juga statistik industri.
Analisis saham secara teknikal pula menggunakan sumber data daripada graf dan chart saham sahaja.
3. Jangka Masa – Jangka masa yang digunakan oleh kedua-dua teknik ini juga berbeza. Analisis fundamental jangka masanya amat panjang manakala analisis saham teknikal pula jangka masa analisisnya amat pendek.
4. Konsep – Analisis fundamental dan teknikal juga mempunyai konsep yang berbeza. Biasanya konsep yang digunakan oleh analisis fundamental adalah berdasarkan daripada ROE, pengembalian aset dan juga discounted cash flow.
Sebaliknya, konsep yang digunakan oleh analisis teknikal pula adalah melalui reversal pattern, overbought dan juga trendline.
1. Objektif – Kedua-duanya inginkan keuntungan dari segi analisis saham.
2. Persamaan Cara – Kedua-duanya menjangka harga saham pada masa yang akan datang.
Itulah dia teknik analisis saham harus kita ketahui. Jom baca juga kekurangan unit trust, buku saham dan cara simpan duit untuk baru bekerja.