Anda suka bermain teka teki? Dah biasa dengan teka teki lawak, dah biasa dengan teka teki binatang, malah teka teki gila-gila pun dah habis anda cuba? Apa kata anda cuba jawab teka teki paling susah yang kami sediakan ini. Kita tengok berapa banyak teka teki yang anda mampu jawab. Kemudian, bolehlah anda tanya kepada orang lain pula.
1. Ada 10 ekor burung di atas pokok. Seekor mati ditembak pemburu. Berapa ekor yang tinggal?
Jawapannya: Seekor. Seekor yang ditembak pemburu mati, jatuh ke tanah. Tinggal di situ. Lagi 9 ekor dah terbang pergi ke tempat lain bila terkejut dengar bunyi tembakan pemburu.
2. Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling pandai Tae kwan do?
Jawapan: Kuda belang. Tengok badannya, ada berapa banyak tali pinggang hitam yang dia ada.
3. Saya ada 3 kepala, 4 tangan, 5 pasang kaki, dan saya berjalan ke belakang. Siapakah saya?
Jawapan: Awak adalah seorang pembohong.
4. Kenapa orang lelaki susah dapat penyakit anjing gila?
Jawapan: Sebab lelaki kan buaya.
5. Apakah perbezaan di antara secretary yang baik dengan secretary yang kurang baik?
Jawapannya: Secretary yang baik akan ucapkan “Selamat pagi tuan!” sementara secretary yang kurang baik akan ucapkan “Dah pagi tuan!”
6. Ada satu benda. Namanya bermula dengan huruf T. Berakhir dengan huruf T. Dan ada T di dalamnya. Kalau pandai, cuba teka.
Jawapan: Teapot.
7. Orang melayu kaya dengan pelbagai makanan tradisi. Di antaranya kueh. Dalam banyak-banyak kueh, kueh apakah bungkusannya di dalam tapi isi ada di luar?
Jawapannya: Kueh yang terjatuh dan tumpah ke lantai.
8. Ayah Aminah ada 4 orang anak iaitu Ani, Ana, Ano, dan __________. Cuba teka nama anak keempatnya siapa?
Jawapan: Anak yang keempat adalah Aminah. Kerana ini adalah kisah ayah Aminah.
9. Dalam dunia ada banyak pintu. Dalam banyak-banyak pintu, pintu apakah yang kalau 20 orang tolak sekali pun, ia tak akan terbuka?
Jawapan: Pintu yang tertulis “Tarik”.
10. Ada satu benda. Senang nak dapat tapi susah nak dibuang. Apakah ia?
Jawapan: Masalah.
11. Jauh di mata, dekat di hati. Kalau anda bijak bistari cuba teka apakah bendanya?
Jawapan: Usus dalam perut.
12. Dalam setahun ada 12 bulan. Apa benda yang bulan Disember ada, tak ada dalam bulan lain?
Jawapan: Huruf D.
13. Dalam dunia ada bermacam jenis pekerjaan. Dalam banyak-banyak pekerjaan, tukang apakah yang bila kita panggil, dia akan jenguk ke atas?
Jawapan: Tukang gali kubur.
14. Awak selalu menjawab saya. Padahal saya tak pernah tanya awak apa-apa soalan. Siapakah saya?
Jawapan: Telefon.
15. Ada satu benda. Bila turun, dia lambat. Bila naik, dia laju. Cuba teka.
Jawapan: Hingus.
16. Dalam banyak-banyak binatang dalam dunia, binatang apakah yang kita biasa dengar, kita biasa jumpa, tapi dia takkan dapat tengok matahari?
Jawapan: Katak bawah tempurung.
17. Biasa tengok scorpion kan? Scorpion color apa?
Jawapannya: Kala jengkinglah
18. Dalam banyak-banyak haiwan? Haiwan apa yang takkan beratur bila tarzan bagi duit raya?
Jawapan: Beruang. Sebab dia dah ada banyak wang.
19. Dalam setahun ada 12 bulan. Dalam banyak-banyak bulan, bulan ke berapa yang orang perempuan paling kurang bercakap?
Jawapan: Bulan Febuari. Sebab dalam bulan Febuari ada paling sikit hari dalam setahun.
20. Suka makan nenas tak? Sedap kan? Cuba teka dalam nenas ada apa?
Jawapan: Dalam nenas ada Spongebob.
21. Nombor 69 dan 88. Apa persamaan yang kedua-dua nombor ni ada?
Jawapan: Bila diterbalikkan, nombornya masih sama. Tak percaya, cuba terbalikkan.
22. Dalam banyak-banyak perkataan Bahasa Melayu, perkataan manakah yang orang selalu eja salah?
Jawapan: Perkataan salah.
23. Apakah persamaan di antara kain di jemuran dan bunyi telefon?
Jawapan: Kedua-duanya “kringgggg” apabila diangkat.
24. Dalam banyak-banyak jenis burung, burung apakah yang matanya kat kaki, paruhnya kat kaki, sayapnya pun ada kat kaki?
Jawapan: Burung kena pijak.
25. Sebuah kapal layar sedang bergerak dari utara menuju ke selatan. Angin pula sedang bertiup dari arah selatan ke utara. Ke arah manakah asapnya akan bergerak?
Jawapan: Kapal layar tak ada asap.
26. Seekor ulat gonggok mempunyai 100 pasang kaki. Apabila ulat gonggok masuk ke simpang, cuma 99 pasang kaki yang bergerak. Kenapa?
Jawapan: Sepasang kaki ulat gonggok guna untuk bagi signal.
27. Kalau kat tangan kita panggil jam tangan. Kalau kat dinding kita panggil jam dinding. Kalau kat dahi kita panggil jam apa pula?
Jawapan: Jambul.
28. Ada satu benda yang pelik. Kalau kita potong, dia panjang. Kalau tak potong pun dia panjang juga?
Jawapan: Kacang panjang.
29. Di antara kereta dan motorsikal, kenderaan yang manakah lagi tua?
Jawapan: Motorsikal, sebab dia bertongkat.
30. Seekor lalat mempunyai 6 kaki. Lalat itu hinggap di atas seketul najis. Berapakah bilangan kaki yang hinggap?
Jawapan: 5 kaki. 1 kaki lagi lalat guna untuk tutup hidung.
Itulah dia 30 teka teki paling susah yang kami sediakan untuk anda. Macam mana, dapat jawab semua atau tidak? Susah kan. Kalau anda sukakan teka teki kami ini, jom baca pula perkongsian kami tentang tips kumpul duit untuk rumah dan kereta, kenapa orang perempuan perlu ada rumah sendiri, dan senarai semak sebelum beli rumah.
Rujukan: