Membeli rumah bukan perkara yang mudah untuk dilakukan bagi seseorang yang kali pertama ingin membeli rumah. Sebelum membeli rumah, kita perlu pastikan rumah tersebut dalam keadaan yang baik dan tidak ada apa-apa kebocoran.

Jika kita terlalu cepat membuat keputusan tanpa berfikir panjang, kemungkinan kita yang akan rugi. Jadi sebelum membeli rumah, kita perlu lihat senarai semak ini untuk memastikan kita lulus untuk membeli rumah.

Apakah senarai semak tersebut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 senarai semak sebelum membeli rumah. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

7 Senarai semak sebelum membeli rumah

senarai semak sebelum membeli rumah
Imej via hafizulhakim

1. CCRIS

CCRIS (Central Credit Reference Information System) ini merupakan rekod pinjaman daripada institusi kewangan seperti pembiayaan kereta, kad kredit, pinjaman peribadi. Penting ada CCRIS ini untuk pihak bank tahu tahap disiplin pembayaran balik komitmen tersebut. Laporan CCRIS boleh disemak di Bank Negara Malaysia. Boleh juga semak guna emel.

2. CTOS

CTOS ni Sistem Informasi Rujukan. Pastikan kau bebas daripada CTOS. Bahasa lain dia disenarai hitam. Kadangkala kau tak sedar pun kau kena CTOS disebabkan menjadi penjamin pada adik beradik ataupun sedara mara. Kalau dah kena CTOS ni wajib langsaikan dulu hutang tertunggak.

3. DSR

Debt Service Ratio adalah Nisbah Hutang Kepada Pendapatan. Semakin tinggi nisbah, semakin banyak lah hutang / komitmen kau. Biasanya maksimum DSR dibenarkan bank hanya 60%-70%. Pihak bank mengambil kira faktor ini untuk menentukan berapa jumlah kelayakan pembiayaan rumah kau boleh dapat. Pengiraan DSR ini berlainan setiap bank namun konsep dia tetap sama. Kau ada DSLR belum tentu DSR kau cun. Kakakaka.

4. Kelayakan Jumlah Pembiayaan

Kalau boleh, ‘walk in’ ke bank untuk tanya berapa jumlah kelayakan pembiayaan perumahan boleh beli dengan gaji /pendapatan. Jika pegawai bank kata kau banyak komitmen. Jangan risau. Tambahkan pendapatan ataupun kurangkan dulu komitmen. Jangan putus asa.

5. Dokumen Lengkap

Pastikan sudah siap sedia dengan dokumen berikut;

1) Salinan Kad Pengenalan: Pastikan jelas depan dan belakang.

2) Penyata Pendapatan Tahunan (EA: Swasta, EC: penjawat awam) (2Tahun)

3) Surat Pengesahan Majikan (kalau kerja kerajaan boleh sertakan surat lantikan atau pengesahan jawatan)

4) Slip Gaji (3 bulan, nak letak 6 bulan pun okay kalau ada bulan tu terima bonus ataupun OT)

5) Penyata EPF (terkini)

6) Penyata Bank (3 bulan-6 bulan, ikut nombor 4)

7) Dokumen sokongan:

i. TH, ASB

ii. Unit Amanah, simpanan, saham.

iii. Surat perjanjian hutang / komitmen kena bayar pada bank tiap bulan.

Untuk perkiraan DSR.

iv. Sebarang dokumen boleh menampakkan kau mampu bayar ansuran bulanan.

v. Rekod CCRIS

6. Duit Pendahuluan

Sangat berminat tapi duit pendahuluan pun tak ada ni susah jugak. Nak beli rumah ni bukan serupa nak beli sayur kat pasar ataupun nak beli pantun je. Pastikan ada tunai dalam 15% daripada harga rumah yang kau berminat tu. Jadi tak reti-reti lagi nak menyimpan?

7. Baki Minimum Bulanan Dalam Bank

Kalau nak beli rumah tu pastikan dah dapat gaji, jangan biarkan baki minimum bulanan ada RM100 je tiap bulan. Pihak bank akan tengok kemampuan kau untuk membayar balik.

*Jadi, sebelum membeli rumah, anda perlu semak 7 senarai ini untuk tahu adakah anda layak untuk membeli rumah dan mendapatkan kelulusan daripada Bank. Kesimpulannya, jika anda ada berhutang dengan mana-mana pihak bank, anda perlu pastikan pembayaran hutang setiap bulan tidak putus. Selain itu, anda perlu ada pendapatan sampingan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.