Selepas tamat belajar di Universiti, semestinya anda akan terus kerja dan kumpul duit untuk membeli kereta baru dan yang ingin berkahwin akan mula kumpul duit untuk kahwin. Selain daripada itu, ada juga yang kumpul duit untuk pergi melancong ke luar negara kemudian baru fikir untuk membeli kereta dan rumah.

Setiap orang lain matlamatnya. Ada juga yang bermatlamat ingin membeli kereta dan dalam masa yang sama ingin membeli sebuah rumah. Adakah perkara ini mustahil atau tidak?

Jawapannya, ianya tidak mustahil. Anda boleh membeli kereta dan dalam masa yang sama bayar duit deposit rumah. Tetapi bagaimana?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai langkah-langkah untuk kumpul wang membeli kereta dan deposit rumah dalam masa 3 Tahun. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

4 Langkah kumpul duit beli kereta dan deposit rumah

kumpul duit kereta dan rumah
Imej via apakataorang.com

1. Ansuran bulanan untuk Myvi 1.3 Premium X lebih kurang RM511. Tambah kos petrol dalam RM300. Komitmen kau lebih kurang RM811 sebulan. Sebenarnya kau patut bersedia dan mampu untuk keluarkan RM811 setiap bulan kan.

Tapi tahan dulu niat nak beli kereta untuk setahun. Setahun je tak lama. Sementara tu kau boleh tumpang kereta kawan ataupun naik pengangkutan awam. Kau patut mampu bayar bulanan RM800 lebih jika kau nak beli Myvi.

Jadi, apa kau boleh buat;

Tahun pertama, mohon ASB Financing RM150K. Keuntungan bank 5.05%, tempoh pembiayaan ASB 30 tahun. Tanpa takaful. Bulanan RM810.

Selepas setahun dividen diumumkan. Andaian dividen diumumkan 7%. Jadi, 7% X RM150K= RM10,500

2. Tahun kedua, korang beli la kereta Myvi korang tu. Ansuran bulanan RM511. Setahun korang kena bayar RM6132. Ambil dividen ASB yang korang dapat tu untuk bayar ansuran bulanan.

RM10,500-RM6132=RM4368

Ada lagi lebihan RM4368. Simpan dalam ASB sebagai simpanan deposit rumah korang. Jangan kacau.

3. Bayar ansuran ASBF guna gaji korang, dan ansuran bulanan kereta guna dividen ASB. Jadi komitmen korang kekal RM810.

4. Selepas tiga tahun, korang terminate ASBF korang tu. Dan akan dapat;

✅Dividen terakhir: RM10,500
✅Pulangan prinsipal (36 bulan): RM6926
✅Duit lebihan setiap tahun: RM4368 X 3 tahun = RM13,104

✔Jumlah kasar keseluruhan: RM10,500 + RM6926 + RM13,104 = RM30,530

*Mudahkan bukan? Ini adalah idea daripada Encik Amir sendiri tentang cara untuk mengumpul duit deposit rumah. Anda boleh gunakan idea ini sebagai rujukan untuk mengumpul duit membeli kereta dan rumah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.