Tan Hock Eng amat terharu dalam menceritakan kisah hidupnya di Oval Office pada 2 November yang lalu dimana beliau telah mengatakan bahawa beliau asalnya hanyalah seorang budak kurus yang miskin.

Beliau turut berkata bahawa beliau amat bertuah kerana telah mendapat peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan terbaik di Amerika Syarikat iaitu di MIT.

Tambahnya lagi, ibu bapanya tidak mampu menghantar Tan hock Eng ke kolej, lebih-lebih lagi dengan MIT, tetapi institusi pendidikan Amerika Syarikat telah memberikan biasiswa untuk Tan Hock Eng mengejar impiannya.

Pendidikan Tan Hock Eng

tan hock eng
Imej via [bharian]

Pengajian Tan Hock Eng amat bagus semasa menuntut ilmu di MIT. Beliau telah memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan mekanikal dari MIT pada tahun 1975. Kemudian, beliau juga turut mendapat ijazah sarjana pada tahun yang sama. 

Kemudiannya, Tan Hock Eng memperolehi MBA dari Harvard University dan kembali ke Malaysia. Di Malaysia, beliau telah mengendalikan Hume Industries diantara tahun 1983 dan 1988 sebelum berpindah ke Singapura. Di Singapura pula, Tan Hock Eng telah berkhidmat sebagai pengarah urusan Pacven Investment. 

Pada tahun 1992, beliau telah berpindah kembali ke Amerika Syarikat sebagai naib presiden kewangan untuk pembuat PC Commodore International. Beliau kemudiannya bekerja sebagai eksekutif kewangan kanan di PepsiCo dan sebagai eksekutif kanan di General Motors. Apa yang menariknya, beliau juga telah memperolehi kewarganegaraan Amerika Syarikat.

Pengalaman Dan Kerjaya Tan Hock Eng

Pada awal ledakan teknologi global yang hebat ketika tahun 1999, Tan Hock Eng telah diupah untuk memimpin Sistem Litar Bersepadu dimana syarikat tersebut merancang, mengembangkan dan menjual alat pemasa silikon kepada industri peralatan komunikasi dan elektronik.

Tan Hock Eng kemudiannya berkhidmat sebagai ketua firma teknologi lain iaitu di Integrated Device Technology, yang membuat sensor dan peranti masa untuk industri elektronik. 

Dalam dua pekerjaan yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya membawanya ke Silver Lake Partners, pemilik Avago Technologies, yang meletakkan Tan Hock Eng sebagai ketua syarikat.

CEO Bergaji Tinggi, Ini Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Beliau

Percaya atau tidak, kini, Tan Hock Eng adalah pemegang saham di Broadcom dan merupakan CEO bergaji tertinggi di Amerika Syarikat. Mari kami kongsikan perkara yang anda tidak ketahui mengenai Tan Hock Eng.

1. Membiayai Penyelidikan Autisme

Tan Hock Eng telah diketahui membiayai puluhan juta dolar untuk membantu penyelidikan autisme. Ia adalah kerana Tan Hock Eng dan isterinya Lisa Yang juga mempunyai dua orang anaknya yang menghidapi penyakit autisme.

Salah seorang anaknya mempunyai tahap autisme yang sangat teruk sehingga dia harus tinggal di dalam rumah. Sementara itu, seorang lagi anaknya mempunyai tahap autisme yang lebih ringan dan tidak menghalangnya untuk pergi ke sekolah dengan mendapat banyak sokongan daripada Tan dan Lisa.

2. Mendapat Jawatan Daripada Broadcom Corporation Melalui Pembelian dan Penggabungan Syarikat

Tan Hock Eng adalah Ketua Pegawai Eksekutif Broadcom Corporation terkini. Sangat menarik untuk diperhatikan bahawa beliau tiba di syarikat tersebut melalui beberapa siri pembelian dan penggabungan syarikat.

Ringkasnya, beliau adalah CEO Integrated Circuit Systems tetapi menjadi Pengerusi Integrated Device Technology Inc. ketika yang pertama dijual kepada yang terakhir. 

Ketika pembelian Integrated Device Technology Inc., ianya telah membawa kepada penciptaan Avago dan Tan Hock Eng adalah orang yang dipilih untuk menjadi CEO tersebut. Akhirnya, ketika Avago digabungkan dengan Broadcom Corporation, beliau akhirnya menjadi CEO syarikat tersebut juga. 

3. Alamat Perniagaannya Telah Dipindahkan Ke Amerika Syarikat

Pada tahun 2016, Tan Hock Eng memindahkan alamat sah Broadcom daripada Singapura ke Amerika Syarikat. Ini dilakukan kerana disebabkan oleh penggabungan yang diusulkan dengan Brocade Communications Systems telah ditunda untuk ditinjau oleh beliau.

Selain itu, kejadian yang sama telah menyebabkan Broadcom Ltd. dinamakan semula sebagai Broadcom Inc.

4. Bermula di Malaysia Sebelum Berpindah Ke Singapura

Setelah tamat pengajian, kerjaya perniagaan Tan Hock Eng dimulakan di tanah airnya iaitu di Malaysia. Pendidikannya yang memberangsangkan telah memberikannya peningkatan yang tinggi.

Akhirnya, dia menuju ke Singapura yang merupakan kekuatan ekonomi utama di Asia Tenggara pada masa itu kerana lokasinya yang strategik serta sejumlah faktor lain yang berpengaruh.

5. Bermula Daripada Latar Belakang Keluarga Yang Tidak Kaya Raya

Tan Hock Eng berasal daripada latar belakang keluarga yang tidak kaya. Ini dapat dilihat pada bagaimana dia mengatakan bahawa ibu bapanya tidak dapat membayar wang pendidikan untuknya.

Namun, beliau nampaknya merupakan seorang pelajar yang cukup bertuah kerana dapat belajar di Amerika Syarikat kerana mendapat bantuan biasiswa.

6. Membesar Di Pulau Pinang

Tahukah anda bahawa Tan Hock Eng berasal daripada Pulau Pinang? Kita akui bahawa Pulau Pinang sememangnya salah satu lubuk emas dalam melahirkan insan-insan yang berjaya.  Dan, Tan Hock Eng adalah salah seorang daripadanya.

tan hock eng
Imej via [moneyinc]

Latar Belakang Keluarga Tan Hock Eng

Untuk pengetahuan anda, Tan Hock Eng yang kaya ini mempunyai seorang anak perempuan dan dua anak lelaki. Tan Hock Eng dan keluarganya berpindah ke Philadelphia daripada Singapura setelah salah seorang anak lelaki mereka disahkan menghidap autisme.

Douglas yang kini berusia 31 tahun tinggal di rumah dan anak perempuannya, Eva juga turut menghidap autisme. 

Eva walau bagaimana pun pergi ke Harcum College dan kini bekerja di syarikat perisian Jerman, SAP SE. Anak lelaki Hock Tan yang satu lagi bekerja sebagai jurubank pelaburan di California. 

Pendapatan Tan Hock Eng 

Sebagai presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Broadcom Limited, Hock Tan memperoleh anggaran gaji sebanyak USD24,692,047, seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg pada tahun 2016. Beliau telah menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut sejak Mac 2006 sehingga kini.

Kaya sungguh kan? Itulah dia CEO bergaji tertinggi di US tetapi kelahiran Malaysia. Bolehlah kita jadikan kisah beliau sebagai inspirasi, mana tahu kita juga mampu berjaya seperti beliau suatu hari nanti.

Jom baca juga cara buka akaun KWSP, cara bermain saham, cara tuntutan perkeso dan forex.

Rujukan

  1. Hock Tan Wiki: Net Worth, Education & Facts About Broadcom’s CEO https://pandagossips.com/posts/990

2. Tan Hock Eng https://en.wikipedia.org/wiki/Tan_Hock_Eng

3. Cover Story: From skinny Penang boy to global tech leader https://www.theedgemarkets.com/article/cover-story-skinny-penang-boy-global-tech-leader

Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.