Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa kita jangka seperti perumpamaan malang tidak berbau. Kita tidak akan tahu apa yang bakal terjadi kepada kita untuk masa yang akan datang.

Namun sebagai pekerja, adalah wajib untuk kita membuat caruman Perkeso ini bagi meringankan beban kelak jika terjadinya kemalangan. Caruman perkeso adalah perkara yang amat penting untuk anda lakukan.

Bagi yang bekerja dengan majikan, syarikat akan membuat potongan gaji pada setiap bulan untuk caruman perkeso pekerja. Cuba anda semak pada slip gaji anda, adakah anda melihat potongan perkeso pada slip gaji tersebut?

Sekiranya takdir menentukan bahawasanya suatu hari nanti kita ditimpa kemalangan, pasti perkara pertama ingin kita buat adalah membuat tuntutan perkeso. Jom lhat apa itu perkeso dan cara buat tuntutan perkeso kemalangan.

Apa Itu Perkeso?

cara tuntutan perkeso
Imej via [malaymail]

Perkeso adalah sebuah pelan yang memerlukan kerjasama anda untuk mendapatkan manfaat perlindungan. Sama seperti pemotongan daripada KWSP, majikan anda juga wajib membuat peruntukan Perkeso bagi pihak anda. Erti kata lain, anda peroleh manfaat.

Organisasi Kesejahteraan Sosial merupakan sebuah agensi kerajaan yang telah ditubuhkan untuk mentadbir dan melaksanakan skim keselamatan sosial bagi pekerja di negara kita.

Selain itu, organisasi ini juga dapat memberikan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka. Adalah menjadi suatu kesalahan sekiranya majikan tidak membuat potongan Perkeso untuk pekerja mereka. 

Untuk mengetahui sama ada majikan telah membuat pemotongan dalam Perkeso milik anda, anda haruslah merujuk kepada laman web eSemak atau boleh bertanya di cawangan pejabat Perkeso yang berhampiran tempat tinggal anda. Kadar caruman Perkeso pula akan bergantung kepada jumlah gaji yang anda perolehi.

Cara Tuntutan Perkeso Kemalangan Di Tempat Kerja

Apabila berlaku perkara yang tidak diingini seperti kemalangan, inilah masanya untuk anda membuat tuntutan Perkeso kemalangan di tempat kerja. Jom lihat cara-caranya dibawah.

cara tuntutan perkeso
Imej via [thevocket]

1. Laporkan Kepada Majikan Atau Human Resources Syarikat

Perkara pertama yang perlu anda lakukan sebaik sahaja sedar daripada kemalangan adalah terus melaporkan kemalangan tersebut kepada majikan ataupun Jabatan Sumber Manusia (Human Resources) syarikat anda.

Anda juga perlu maklumkan kepada majikan anda dengan segera. Adalah amat penting untuk anda melaporkan perkara tersebut supaya majikan anda dapat bertindak dengan segera dengan melaporkannya kepada pihak Perkeso.

2. Buat Laporan Polis

Untuk urusan yang melibatkan kemalangan memerlukan anda membuat laporan polis. Laporan polis akan dijadikan sebagai bukti bahawa anda telah ditimpa kemalangan. Anda tidak perlu menunggu waktu sihat untuk membuat laporan polis tetapi segeralah buat di balai polis yang berdekatan.

Sekiranya anda masih dirawat di hospital, tidak mengapa jika anda membuat laporan polis selepas anda telah keluar daripada hospital. Semakin cepat anda buat laporan polis, lebih cepat pihak Perkeso akan memberi bantuan kepada anda.

3. Isi Borang Laporan Kemalangan

Sekiranya kemalangan tersebut berlaku di tempat kerja, majikan biasanya akan menyertakan dokumen lain seperti rekod kehadiran (punch card), sijil cuti sakit (MC) dan juga kad pengenalan.

Namun, jika kemalangan berlaku selepas waktu bekerja, majikan perlu menyerahkan laporan polis berserta lakaran peta perjalanan pulang daripada tempat kerja kepada pihak Perkeso. Cara buat tuntutan Perkeso juga adalah majikan atau pekerja haruslah mengisi Borang 34.

Faedah Daripada Caruman Perkeso

Terdapat dua skim di bawah Perkeso iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan juga Skim Keilatan.

cara tuntutan perkeso
Imej via [erpschool]

Skim Bencana Pekerjaan

Skim Bencana Pekerjaan merupakan skim khas untuk kecederaan sementara yang menyebabkan pekerjanya tidak dapat bekerja kurang daripada 4 hari.

Rawatan akan diberikan kepada pekerja terbabit sehingga pekerja terbabit pulih sepenuhnya. Antara faedah yang anda boleh dapati di bawah Skim Bencana Pekerjaan adalah faedah perubatan, manfaat hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, faedah tanggungan dan banyak lagi manfaat yang boleh diperolehi.

Skim Keilatan

Untuk Skim Keilatan pula, ia didefinisikan sebagai penyakit kronik yang tidak dapat disembuhkan. Ia juga didefinasikan sebagai kehilangan sekurang-kurangnya sepertiga keupayaan yang dibandingkan dengan individu normal.

Kecederaan jenis ini akan mengakibatkan pekerja tidak dapat bekerja dan kehilangan sumber pendapatan mereka. Antara manfaat yang diperolehi di bawah Skim Keilatan adalah pencen dan bantuan ilat, elaun perkhidmatan biasa, pencen persaraan, manfaat pengurusan jenazah dan banyak lagi.

Sebagai tambahan kepada faedah daripada skim bencana pekerjaan dan keilatan, Perkeso juga telah menawarkan Program Pemeriksaan Kesihatan (HSP) percuma untuk ahli yang berusia 40 tahun ke atas. 

cara tuntutan perkeso
Imej via [blog.fvniaga]

Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Pemeriksaan kesihatan ini meliputi pemeriksaan penyakit kardiovaskular, diabetes, barah serviks, barah payudara dan sebagainya. Pemeriksaan percuma ini hanya ditawarkan di klinik panel terpilih sahaja.

Sehingga bulan Februari 2016 yang lalu, hanya seramai 450,000 orang daripada 2.1 juta ahli anggota Perkeso yang layak untuk menjalani rawatan pemeriksaan secara percuma. Oleh itu, sekiranya anda layak untuk membuat pemeriksaan secara percuma, jangan ketinggalan untuk menjalani dalam ujian tersebut.

Kesimpulannya, cara tuntutan perkeso kemalangan di tempat kerja amatlah senang. Jadi, jangan menangguh untuk membuat laporan kepada majikan anda sekiranya berlaku kemalangan kepada anda.

Bagi anda yang belum mendaftar perkeso, bolehlah memberitahu kepada majikan anda mengenai faedahnya kepada anda. Jom baca juga cara main saham, harimau malaya dan Tan Hock Eng.

Rujukan

  1. Cara Buat Tuntutan PERKESO Sekiranya Anda Terlibat Dalam Kemalangan https://nadz.my/cara-buat-tuntutan-perkeso-sekiranya-anda-terlibat-dalam-kemalangan/
  2. 4 Cara bagaimana korang nak buat tuntutan kemalangan Perkeso https://blog.maukerja.my/ms/13971/4-cara-bagaimana-korang-nak-buat-tuntutan-kemalangan-perkeso
  3. Langkah-Langkah Membuat Tuntutan PERKESO https://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/langkah-langkah-membuat-tuntutan-perkeso
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.