Forex mendapat reputasi yang agak tinggi dalam kalangan pedagang dalam talian di seluruh dunia pada masa kini. Dalam pasaran yang makin berkembang kini, mata wang setiap negara kebanyakannya ditukar antara satu sama lain dengan serta-merta.

Apa Itu Forex

Forex merupakan jalan bagi kecairan tinggi dagangan matawang dengan jumlah yang mencecah USD5 trilion sehari. Aliran Forex ini tidak pernah berhenti, ia juga menawarkan margin rendah, serta memberi manfaat kepada pasaran kewangan yang lain.

Namun begitu, apa yang dibuat oleh forex sangat menarik dan istimewa. Untuk pengetahuan anda, Forex tidak diperkenalkan sebagai pasaran jenis Over the Counter (OTC).

hukum forex
Imej via [martem]

Apa Itu Dagangan Forex?

Pedagang-pedagang Forex biasanya tidak terhad kepada sesuatu masa atau zon tertentu dan mereka boleh berdagang mata wang pada masa atau di tempat pilihan mereka yang tersendiri.

Sejauh mana kadar penilaian dipertimbangkan, forex merupakan tempat asal untuk matawang negara yang dibeli atau dijual dengan kadar tertentu. Pedagang-pedagang Forex membeli dan menjual pelbagai jenis matawang yang mereka semua inginkan dan ia termasuk pasaran matawang seperti EUR / USD serta GBP / USD. 

Dagangan Forex sudah tentu terjejas akibat banyak perkara, sama ada semula jadi ataupun sebaliknya. Dengan kata lain, nilai matawang dipengaruhi oleh kejadian yang telah berlaku di setiap negara.

Para pelabur akan mengambil kesempatan menggunakan pergerakan matawang untuk mengaut keuntungan daripada pelaburan Forex tersebut. 

Apa Itu Kadar Pertukaran Forex?

Kadar pertukaran Forex merupakan operasi penyimpanan ataupun pengeluaran wang untuk memindahkan kedudukan nilainya ke hari berikutnya.

Dalam Forex, sistem perdagangan marginal akan digunakan. Ia sering menggunakan wang pinjaman dalam bentuk yang besar. Oleh itu, apabila kedudukan nilainya dipindahkan pada keesokan harinya, peraturan pengkreditan antara bank-bank akan mula berkuat kuasa.

Pertukaran Forex secara langsung bergantung kepada kadar faedah bank pusat untuk setiap nilai mata wang yang didagangkan. Boleh dikatakan bahawa semakin besar perbezaan antara kadar mata wang dalam pasaran, semakin besar nilai pertukarannya.

Risiko Forex

Risiko adalah perkara paling penting dalam aktiviti perdagangan matawang. Tahukah anda, 90% pelabur gagal dalam perdagangan Forex. Antara sebab kenapa mereka gagal adalah kerana tidak mempunyai protokol pengurusan yang betul.

Selain itu, mereka tidak memahami bahawa kerugian perdagangan adalah sebahagian daripada pelaburan Forex. Dalam perdagangan, anda boleh mendapatkan kerugian yang lebih tinggi daripada apa yang anda perolehi dan ia juga masih boleh membawa kepada keuntungan.

Apa yang perlu diketahui adalah pengurusan risiko mesti menjadi strategi  bagi setiap para pelabur Forex.

hukum forex
Imej via [phintas]

Apa Itu Pengurusan Risiko?

Pengurusan risiko bermaksud anda mengetahui dengan lebih tepat berapa banyak wang yang dapat dilaburkan dalam suatu masa.

Ia adalah antara usaha yang perlu dilakukan untuk menilai kemungkinan kerugian dalam sebarang perdagangan. Kemudian, pelabur perlu mengambil langkah yang tepat berdasarkan toleransi risiko anda. 

Antara Risiko Yang Terlibat

Jeles kita mungkin sudah mengetahui serba sedikit mengenai risiko Forex dan pengurusan risiko Forex tersebut. Kini, jom kita ketahui antara risiko yang terlibat daripada pelaburan Forex pula.

1. Leverage

Kesan leverage membolehkan anda memperdagangkan jumlah wang yang lebih besar daripada deposit. Walau bagaimanapun, leverage boleh berlaku pada pihak anda ataupun sebaliknya. Pada masa yang sama, faktor psikologi memainkan peranan penting dalam segala-galanya.

Sebahagian pelabur memilih leverage yang besar untuk menangani sejumlah besar wang yang dilaburkan untuk mendapatkan keuntungan. Ini menimbulkan ilusi “peluang keuntungan tanpa had tanpa risiko” tetapi pada kenyataannya, ia tidak seperti yang digambarkan.

Sejumlah besar dana yang diperdagangkan dapat membawa keuntungan besar kerana leverage, tetapi jangan lupa bahawa kemungkinan besar kerugian juga akan berlaku kerananya.

Anda perlu membuat analisis dengan teliti dan pilih ukuran leverage yang akan membantu anda untuk mengelakkan terjadinya risiko yang tinggi.

hukum forex
Imej via [indofxg]

2. Turun Naik Yang Tinggi Dalam Instrument Kewangan

Kebanyakan instrument perdagangan yang didagangkan dalam pasaran Forex mempunyai turun naik intraday yang tinggi. Situasi ini boleh menyebabkan keuntungan atau menyebabkan kerugian yang sangat berisiko.

3. Risiko Teknikal (Risiko Yang Berkaitan Dengan Peralatan Teknikal)

Terdapat beberapa risiko yang mungkin berlaku dari pihak pelabur seperti kegagalan perkakasan dan perisian, kehilangan sambungan data internet, masalah dengan sistem komunikasi, salah konfigurasi platform perdagangan dan sebagainya.

4. Sekatan Yang Dikenakan Berdasarkan Undang-Undang (Risiko Pentadbiran)

Pelabur terpaksa menanggung semua risiko operasi yang dilarang oleh undang-undang dari negara tempat tinggal masing-masing. Setiap pelabur harus memberitahu pihak berkuasa yang berkenaan mengenai tahap pendapatan mereka sendiri. Biasanya, cukai dan caj tertentu akan dikenakan ke atas para pelabur.

5. Keadaan force majeure

Syarikat biasanya tidak akan bertanggung jawab atas kehilangan atau kerosakan dana dalam keadaan berlaku force majeure. Antara masalah yang berlaku adalah seperti bencana alam, keadaan cuaca luar biasa, ancaman perang, keganasan, revolusi, tindakan tidak sah pihak ketiga, rusuhan besar-besaran, rusuhan, keputusan badan-badan negara dan sebagainya.

hukum forex
Imej via [forexbrokerautotrading]

Hukum Forex 

Hasil kajian terperinci telah dilakukan oleh pihak agama di negara kita dimana telah menetapkan bahawa perdagangan mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platform elektronik mempunyai unsur yang sama seperti riba.

Ianya melalui pengenaan minat rollover, penentuan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage dan spekulasi yang digunakan sama seperti perjudian. Selain itu, ianya juga tidak sah di sisi undang-undang kerajaan negara kita.

Sehubungan itu, Muzakarah sebulat suara menetapkan bahawa pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram.

Ia disebabkan oleh percanggahan dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Sehubungan dengan itu, umat Islam adalah dilarang melibatkan diri dalam perdagangan mata wang forex dan yang sama sepertinya.

Muzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga, menukar mata wang dan sebagainya. Secara amnya, urusan jual beli sah sekiranya barang yang didagangkan adalah komoditi. Namun begitu, pertukaran mata wang dengan duit bukanlah komoditi yang boleh didagangkan dengan sewenang-wenangnya.

hukum forex
Imej via [nyaribisnis]

Kesimpulannya, duit adalah medium pertukaran antara dua pihak dalam urusan jual beli dan urusan urus niaga oleh kesemua pihak. Oleh itu juga, hukum forex adalah haram dalam soal ini.

Ingat, kita sebagai Islam tidak digalakkan menyertai pelaburan seumpama ini yang di nasihatkan oleh pihak Muzakarah. Pelaburan terbaik adalah pelaburan yang patuh syariah.

Jom baca juga cara buka akaun KWSP, cara bermain saham, cara tuntutan perkeso dan Tan Hock Eng.

Rujukan

  1. Apa Itu Trading Forex: Pengertian, Pasar Dan Dasar Forex https://www.seputarforex.com/belajar/forex/pengertian-dasar-forex/

2. Hukum Forex oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa https://www.mahersaham.com/hukum-forex-oleh-muzakarah-jawatankuasa-majlis-fatwa/

3. Pendedahan Risiko. https://justforex.com/ms/risk-disclosure

Penulis: rinazul

rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.