Semasa musim Covid19 ini, pihak kerajaan menyarankan rakyat untuk duduk di rumah dan keluar hanya perlu sahaja seperti membeli barang rumah atau pergi kerja. Keadaan sekarang agak sukar bagi sesetengah orang kerana ada yang gaji terpaksa potong disebabkan tiada kerja dan ada yang dibuang kerja.

Pembelanjaan seharian juga perlu dikurangkan dan berjimat sementara keadaan pulih sepenuhnya. Dalam masa musim PKP ini, apa kata jika kita cuba untuk bina jati diri yang baru dan belajar menjadi insan yang lebih baik. Untuk mencapai matlamat tersebut, ada 7 jenis tabiat buruk yang perlu kita korban. Apakah itu?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 jenis tabiat buruk yang perlu dikorban dalam membina diri. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

7 Jenis tabiat buruk yang perlu dikorbankan

korban tabiat buruk
Imej via depositphoto.com

1. Korbankan Sikit Bergaya Mewah

Kau dah masuk umur 30 tahun pun langsung tak ada simpanan. Beli itu ini tapi realitinya simpanan seribu pun tak ada. Tak payah nak up-to-date, tak payah nak bergaya, tak payah nak beli iPhone guna PTPTN semata-mata nak menunjuk.

2. Korbankan Sikit Keinginan Untuk Memiliki Kereta Mewah

Kalau kau rasa nak beli kereta mewah, tahan dulu keinginan tu. Beli dulu kereta biasa. Kumpul duit untuk beli rumah dulu. Bina aset dulu, bukannya membela liabiliti.

3. Korbankan Sikit Mentaliti Kelas Bawahan

Orang kutuk, kau kutuk jugak, tapi kau tak tahu cerita sebenar. Kot dia difitnah, menjawab la kau nanti. Orang sebar hadis palsu kau menggelupur kongsi. Tak ada usaha nak selidik. Buang sampah merata-rata pun mentaliti kelas bawahan. Siap buang sampah ikut tingkap kereta. Pastu anak-anak pun tiru.

4. Korbankan Sifat Prasangka Buruk / Pandangan Negatif

Kau duk main Facebook tak boleh main molek-molek ke? Ada je nak komen berunsur negatif. Menfitnah lah. Kau tak kenal dia tak payah nak menghukum orang. Bab menghukum ni bukan tugas kau. Tu kerja Tuhan.Ini sikit-sikit nak berprasangka buruk. Orang berakal ni dia fikir dulu sebelum bertindak. Kau tak suka dia up gambar selfie 24 jam kau unfriend je. Senang.

5. Korbankan Sikit Perangai Tidak Bermoral Dalam Dunia Percintaan

Bercinta baru seminggu habis semua kau serah ke pakwe kau. Ayah kau penat nasihat suruh bertudung tapi bila pakwe kau cakap “Papa suka kalau tengok Mama bertudung”. Esok tu terus tengok tutorial Youtube cara-cara pakai shawl. Tapi malam-malam pakwe kau mesej “Papa nak gambar mama bersinglet je boleh?”. Terus menggelupur hantar ke pakwe.

6. Korbankan Sikit Masa Sibuk Untuk Bersama Dengan Orang Tua

Kita pun tak tahu Tuhan bagi kita pinjam ibu bapa kita selama mana. Tapi selama mereka masih hidup tu cubalah menggembirakan hati mereka. Ingat ibu bapa tak pernah putus mendoakan kita. Berkat hidup kita kalau kita sentiasa bahagia mereka.

7. Korbankan Sikit Ego Dalam Kehidupan

Manusia ni kadang kala terlalu ego nak menerima pendapat orang lain. Nak dengar pendapat orang lain punyalah susah. Kau je yang betul. Kau je yang pandai. Pendapat orang lain langsung kau tak peduli. Sampai bila kau tak akan belajar benda baharu jika kau terlalu ego.

*Tabiat buruk ini tidak baik untuk diri kita kerana ia boleh menyebabkan diri kita mendapat susah nanti. Jadi, cuba buang tabiat buruk ini secepat mungkin dan bina jati diri yang baru dan yang lebih baik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.