Anda sedang mencari hadiah untuk ibu yang tercinta? Tak pasti apakah hadiah istimewa untuk diberikan kepada ibu? Jom kami kongsikan 25 idea hadiah untuk ibu sebagai panduan untuk anda.

1. Jambangan bunga segar

Orang perempuan mana yang tak sukakan jambangan bunga segar? Semakin besar jambangan yang diberikan semakin lebar senyumannya. Anda tentu tahu bunga apa yang menjadi kegemaran ibu anda, kan?

Sumber: Carousell

2. Barang kemas

Wanita dan barang kemas tak dapat dipisahkan. Emas bukan sahaja cantik dipakai tapi juga boleh dijadikan sebagai pelaburan yang menguntungkan. Kalau anda mempunyai bajet apa salahnya kalau anda belikan barang kemas untuk ibu tersayang.

3. Tudung atau shawl

Tudung atau shawl juga sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah buat ibu. Terpulang kepada bajet anda, ada tudung atau shawl yang berharga puluhan ringgit dan ada yang berhagra mencecah ratusan malah ribuan ringgit.

4. Baju kurung

Selain tudung atau shawl, anda juga boleh belikan baju kurung sebagai hadiah untuk ibu tersayang. Sebagai anak pastinya anda mengetahui saiz yang dipakai ibu anda serta warna kegemarannya. Anda juga pasti tahu baju kurung jenis mana yang menjadi pilihan ibu anda, sama ada yang kosong atau bercorak.

5. Jubah

Anda juga boleh berikan jubah sebagai hadiah untuk ibu. Jubah adalah sejenis pakaian yang varsetil dan boleh dipakai ke mana-mana saja. Malah ia juga selesa dan menutup aurat dengan sempurna.

6. Minyak wangi

Tidak dinafikan bahawa minyak wangi adalah barang wajib ada bagi setiap wanita di dunia. Tak tahu hadiah apa untuk diberikan kepada ibu tersayang? Apa kata anda berikan minyak wangi sebagai tambahan untuk koleksi minyak wangi yang ibu anda miliki.

7. Beg tangan

Beg tangan ada;ah aksesori wajib bagi setiap wanita. Hadiahkan beg tangan buat ibu anda, pastinya dia akan berasa gembira. Untuk wanita berusia, beg tangan jenis tote adalah lebih sesuai berbanding sling bag.

8. Kuali non-stick

Ibu anda suka memasak? Apa kata hadiahkan kuali non-stick untuk ibu anda. Anda juga yang untung, pastinya ibu makin bersemangat untuk memasak makanan sedap untuk seisi keluarga.

9. Periuk Le Creuset

Periuk Le Creuset adalah alatan dapur yang menjadi idaman setiap wanita namun tak semua wanita bertuah untuk memilikinya memandangkan harganya bukan murah. Kalau anda ada bajet boleh saja hadiahkan sebiji periuk ini buat ibu.

Sumber: Delish

10. Kerongsang

Ibu anda tidak akan menolak jika anda menghadiahkan kerongsang kepadanya. Anda boleh pilih sama ada untuk membeli kerongsang mutiara atau kerongsang berbatu yang berwarna-warni.

11. Telefon bimbit

Telfon bimbit juga sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah buat ibu anda. Apa salahnya kalau anda gantikan telefon bimbit ibu anda dengan telefon baru yang lebih canggih sebagai tanda kasih sayang.

12. Kasut sukan

Memberikan kasut sukan kepada ibu pastinya memberikan semangat untuk ibu anda bersenam dan menjaga kesihatan diri. Pada usia emas adalah sangat penting untuk ibu anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif.

13. Kasut untuk berjalan dan bersiar-siar

Selain kasut sukan, kasut untuk berjalan dan bersiar-siar juga boleh dijadikan sebagai hadiah. Anda boleh belikan dan jadikan sebagai kejutan untuk ibu atau boleh bawa ibu bersama ke kedai untuk memilih kasut yang berkenan dihatinya.

14. Al-Quran

Al-Quran adalah hadiah yang sangat istimewa. Jika anda hadiahkan al-Quran kepada ibu, pastinya ibu akan terbayangkan wajah anda setiap kali membaca Al-Quran tersebut.

15. Telekung sembahyang

Telekung sembahyang adalah pakaian yang dipakai lima kali sehari untuk mengadap Allah. Apa kata anda hadiahkan telekung baru untuk ibu anda. Hari ini ada banyak telekung cantik berwarna-warni dengan renda yang dijual di pasaran.

16. Sejadah

Selain Al-Quran dan telekung sembahyang, anda juga boleh menghadiah sejadah buat ibu tercinta.

17. Sejadah mini

Sejadah mini adalah hadiah yang istimewa buat ibu kerana ia boleh disimpan di dalam beg dan dibawa setiap kali ibu anda keluar rumah.

18. Buku motivasi

Pada usia emas, buku motivasi adalah makanan jiwa yang sangat baik buat ibu anda.

19. Buku keagamaan

Selain buku motivasi, buku keagaamaan juga sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada ibu anda.

Sumber: Carousell

20. Gubahan bunga hiasan

Pening tak tahu hadiah apa untuk diberikan kepada ibu? Berikan sahaja gubahan unga hiasan untuk ibu anda. Cuba perhatikan rumah ibu anda dan pilih mana-mana ruang kosong yang sesuai untuk diletakkan bunga. Beli gubahan bunga hiasan dengan saiz yang sesuai untuk diletakkan di situ.

21. Wangian aroma terapi

Wangian aroma terapi bukan sahaja akan mewangikan malah memberikan rasa tenang buat ibu anda. Pilihlah bau yang menjadi kesukaan ibu anda.

22. Lilin wangi

Selain wangian aroma terapi anda juga boleh berikan lilin wangi sebagai hadiah buat ibu anda.

23. Perhiasan rumah

Ibu anda pasti tersenyum riang apabila anda memberikan perhiasan rumah sebagai hadiah buatnya. Anda boleh belikan pasu, rak, hiasan Kristal, karpet baru, atau apa sahaja hiasan rumah yang dirasakan sesuai.

24. Pakej spa

Ibu anda sudah bertahun-tahun berusah-payah menjaga anda. Apa kata anda hadiahkan pakej spa untuk ibu anda berehat seketika sambil menyegarkan badan yang penat.

25. Pakej facial

Akhir sekali anda boleh hadiahkan pakej facial atau rawatan muka buat ibu anda sebagai tanda kasih sayang.

Itulah dia info tentang 25 hadiah untuk ibu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang hadiah untuk suami, hadiah untuk lelaki dan hadiah untuk perempuan.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.