10 syarikat awam berjaya meraih keuntungan bersih selepas cukai yang tertinggi dari segi jumlah amaun pada suku pertama tahun ini. Syarikat di Malaysia ini merupakan antara yang untung berbanding syarikat awam lain.

Berikut adalah senarai syarikat di Malaysia yang mencatat keuntungan pada suku tahun pertama 2018.

Syarikat di Malaysia Untung Suku Tahun Pertama

Tenaga Nasional Berhad

syarikat di malaysia

Imej via BH Online

Tenaga Nasional Bhd (TNB) merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM1.24 bilion bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2018. Manakala perolehan sebanyak RM12.50 bilion.

Bagi tempoh kumulatif, syarikat itu mencatatkan keuntungan RM3.35 bilion manakala hasil berjumlah RM24.77 bilion.

Perbandingan antara suku ke suku tidak disediakan berikutan perubahan dalam tahun kewangan berakhir syarikat itu. Tahun lepas, syarikat utiliti utama negara itu mengubah tahun kewangannya daripada 31 Ogos, 2017 kepada 31 Dis, 2017.

Mengenai prospek masa depan, TNB dijangka pertumbuhan permintaan elektrik dan keputusan kumpulan itu bagi tahun kewangan 2018 kekal stabil.

IOI Corp Berhad

Syarikat gergasi Malaysia berasaskan pembuatan sumber (resource-based manufacturing) seperti kelapa sawit ini berada di tangga kedua selepas TNB. Bagi IOI Corp, pencapaian cemerlang adalah penambahan prestasi aktiviti pembuatan berasaskan sumber dan perolehan manfaat daripada kenaikan mata wang asing.

IOI Corp

Walaubagaimanapun keuntungan bersih IOI Corporation Bhd jatuh kepada RM143.8 juta. Namun adalah lebih tinggi kepada RM1.88 bilion daripada RM1.87 bilion sebelumnya.

Maybank

Maybank

Malayan Banking Bhd (Maybank), kumpulan bank keempat terbesar Asia Tenggara, mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak 13.7 peratus. Ini adalah kepada RM2.56 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2018 berbanding RM2.25 bilion tahun sebelumnya.

Prestasi memberangsangkan itu didorong peningkatan pendapatan berasaskan fi dan dana yang lebih tinggi. Serta kerugian susut nilai yang lebih rendah. Keuntungan bersih meningkat 9.9 peratus kepada RM1.87 bilion berbanding RM1.70 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Kumpulan Maybank turut merekodkan pendapatan operasi bersih berjumlah RM5.83 bilion pada suku dikaji, mewakili peningkatan 5.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Public Bank Berhad

Sebuah lagi bank yang mencatat keuntungan adalah Public Bank Berhad. Kumpulan Public Bank memulakan 2018 dengan nota positif dengan mencatatkan keuntungan bersih RM1.41 bilion pada suku pertama, Ia meningkat 12.6 peratus berbanding RM1.25 bilion dalam suku sama tahun lalu.

Keuntungan sebelum cukainya pada suku dikaji pula berkembang sebanyak 10 peratus kepada RM1.79 bilion. Pendapatan teras kumpulan Public Bank terus dipacu oleh pertumbuhan kukuh dalam perniagaan pinjaman dan deposit.

Persekitaran operasi yang positif itu adalah petanda baik bagi industri perbankan dalam negeri dengan peluang pertumbuhan yang berterusan.

Petronas Chemicals Group Berhad

Anak syarikat minyak gergasi Petronas ini tetap meneruskan rentak cemerlang dengan merekodkan keuntungan bersih terbanyak selepas cukai. Akan tetapi, rekod ini adalah menurun berbanding dengan pencapaian pada tahun lepas dengan nilai RM1.30 bilion.

Menurut syarikat ini, pencapaian rekod tahun ini adalah hasil daripada aktiviti jualan produknya yang meningkat. Purata harga produk keseluruhan adalah lebih tinggi berbanding suku sama, disumbangkan oleh harga minyak mentah yang lebih tinggi.

Hong Leong Bank Berhad

Turut tersenarai adalah Hong Leong Bank Berhad. Hong Leong Bank Bhd, bank komersial kelima terbesar di negara ini dari segi aset, merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi. Iaitu kepada RM706.92 juta merupakan antara syarikat di Malaysia yang mencatat keuntungan.

Genting Berhad

Syarikat Genting Berhad mencatat rekod keuntungan bersih pada RM603 juta pada suku pertama tahun ini. Menurut syarikat ini, keuntungan bersih ini diperoleh melalui  pelupusan pegangan aset. Di mana ia melalui Kumpulan Genting Singapore PLC dalam syarikat Landing Jeju Development Co sebanyak 50%.

Selain itu, faktor yang menyumbang kepada pencapaian ini ialah melalui pelupusan aset-aset yang lain.

Maxis Berhad

Syarikat telekomunikasi terkenal di Malaysia, Maxis Berhad dengan rekod keuntungan bersih sebanyak RM523 juta. Ini menunjukkan antara syarikat di Malaysia yang mencatat keuntungan.

Ia hakikatnya merupakan sebuah peningkatan sebanyak 4.2% daripada keuntungan bersih suku pertama tahun lepas daripada RM502 juta.

Berdasarkan kenyataan Maxis Berhad, antara penyumbang kepada rekod baik ini adalah peningkatan keuntungan dari produk post-paid sebanyak RM985 juta keuntungan.

Hong Leong Financial Group Berhad

Mereka mencatat peningkatan keuntungan bersih 11.1 peratus tahun ke tahun kepada RM505.7 juta pada suku pertama.

Semua operasi perniagaan merekodkan sumbangan kukuh, yang turut meningkatkan perolehan kepada RM1.38 bilion bagi tempoh suku yang dinilai.

Petronas Gas Berhad

petronas berhad

Imej via BH Online

Bagi syarikat Petronas Gas Berhad, prestasinya bagi suku pertama ini sudah begitu baik apabila dibandingkan dengan prestasinya pada tahun lepas. Iaitu dengan hanya catatan sebanyak RM463 juta. Maka, ia kini mampu berada di kedudukan kesepuluh dengan kenaikan dalam peratusan sebanyak 4%. Apa yang menarik, ia memberitakan bahawa punca utama kepada kenaikan keuntungan bersihnya adalah melalui aktiviti pengisian gas (regasification). Ini adalah daripada terminal barunya di Pengerang, Johor.

Menuju ke hadapan, kumpulan akan terus berusaha untuk produktiviti dan pertumbuhan, dengan sokongan pemulihan harga minyak.

Prestasi memberangsangkan pada suku pertama tahun ini disumbangkan oleh usaha transformasi berterusan. Yang menumpukan kepada penambahbaikan perniagaan keseluruhan dan kecemerlangan operasi, ditambah dengan pemulihan harga komoditi.

 

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.