Tercari info terkini tentang tips dan cara permohonan PTPTN yang terkini.

Semua yang anda ingin tahu tentang permohonan PTPTN ada di sini.

Ia merupakan panduan lengkap bagi anda yang ingin membuat permohonan PTPTN untuk pinjaman pelajaran.

Diharapkan artikel ini dapat membantu anda yang ingin mendapatkan pembiayaan pelajaran ke kolej dan universiti.

Teruskan membaca sehingga tamat.

 

Kenapa Perlu Mohon PTPTN?

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwujudkan kerajaan pada tahun 1997. Ia sebagai menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelajar yang ingin meneruskan pengajian di institut pendidikan tinggi (IPT) tempatan.

Bukan itu sahaja PTPTN turut menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit bagi tujuan pendidikan tinggi.

Kos pinjaman ini akan membolehkan mereka membiayai sepenuhnya atau sebahagian yuran pengajian dan kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.

Inisiatif kerajaan ini sebenarnya dapat membuka lebih banyak peluang kepada golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka sama ada di peringkat diploma, ijazah, sarjana atau PhD.

Bagaimanapun peminjam perlu membayar semula kos pinjaman tersebut selepas tamat sesi pengajian.

 

semakan ptptn

Syarat-Syarat Permohonan PTPTN

Di bawah kami kongsikan syarat-syarat kelayakan untuk memohon PTPTN :

1.Mestilah seorang warganegara Malaysia

2.Umur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan

3.Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

4.Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN

5.Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon

6.Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas

7.Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;

8.Tiada penaja lain

Cara Memohon PTPTN

Sekiranya anda merupakan peminjam kali pertama, maka anda perlu membeli nombor PIN PTPTN terlebih dahulu.

Di bawah kami kongsikan panduan untuk membeli nombor PIN secara dalam talian melalui portal rasmi PTPTN:

1.Pergi ke portal belian nombor PIN PTPTN

2.Pilih ‘Beli No PTPTN & Mohon Ponjaman’

3.Isi borang permohonan dan klik ‘Daftar’

4.Terus ke proses pembayaran

5.Buat bayaran menggunakan perbankan Internet

Bagi anda yang merupakan peminjam sedia ada yang ingin membuat permohonan semula PTPTN, anda boleh lpg masuk ke akaun PTPTN anda dan beli nombor PIN.

 

Langkah-Langkah Permohonan PTPTN Secara Online

Terlebih dahulu anda perlu membuka akaun SSPN-I dimana-mana cawangan Bank Islam, Agrobank, Maybank, Bank Rakyat atau cawangan PTPTN berhampiran.

Selain pembelian nombor PIN boleh dilakukan menerusi portal rasmi PTPTN seperti yang dinyatakan di atas, anda juga boleh membeli nombor PIN di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berharga RM5/unit.

Untuk mendaftar PTPTN, klik pautan ini.

 

 

Untuk pemohon kali pertama – Isi No. Kad Pengenalan dan masukkan maklumat nombor PTPTN yang dibeli daripada BSN atau portal rasmi PTPTN dan klik ‘Daftar’.

Untuk pemohon kali kedua – Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan kemudian klik ‘Log Masuk’.

Isi maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan.

Tunggu permohonan diluluskan oleh PTPTN.

Semakan Permohonan PTPTN 2020

Semakan boleh dibuat di portal PTPTN dengan login masuk ke akaun.

Apabila permohonan lulus, pemohon boleh muat turun dokumen perjanjian untuk digunakan sebagai urusan universiti.

 

FAQ Permohonan Pinjaman PTPTN

  •  Bayaran Balik

Setiap peminjam wajib melakukan pembayaran balik pinjaman termasuk kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil sebagaimana dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.

Pembayaran balik boleh dilakukan menerusi pemotongan gaji, direct debit, JomPay dan myPay.

Bayaran balik mesti dilakukan dalam tempoh 12 bulan selepas tamat pengajian walaupun anda tidak menerima notis daripada PTPTN.

 

 

  • CCRIS

Kegagalan anda melakukan pembayaran balik akan menyebabkan nama anda disenarai dalam rekod CCRIS sekaligus memburukkan rekod kewangan anda dan menyukarkan urusan pinjaman belian akan datang.

  • Tangguh Bayar

Permohonan boleh dilakukan dengan PTPTN namun kos upah akan dikira sepanjang tempoh penangguhan.

Penangguhan juga bergantung kepada tempoh tertentu dan proses ini tidak menghalang anda untuk disenaraikan dalam rekod CCRIS.

 

ptptn

Maklumat Lanjut

Kemudahan PTPTN yang disediakan untuk para pelajar ini perlu digunakan sebaik-baiknya atas tujuan pengajian.

Bukan itu sahaja, pembayaran balik pinjaman mengikut jadual adalah perlu disegerakan.

Ini kerana ia dapat membantu ramai lagi pelajar yang ingin menyambung pengajian namun menghadapi masalah kewangan.

Diharapkan artikel ini dapat membantu anda yang ingin memohon pinjaman PTPTN. Kongsikan artikel ini di media sosial dan rakan-rakan anda.

Penulis: Khairul

Avatar

Menulis tentang artikel yang popular topik kewangan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.