Pernah anda terlintas untuk membuat Semakan Wang Tidak Dituntut?

Anda memiliki bank akaun yang sudah dilupakan? Atau deposit tetap yang sudah matang dengan arahan pembaharuan automatik yang tidak pernah anda semak untuk tempoh yang lama? Kemungkinan dana tersebut diklasifikasikan sebagai wang tak dituntut (WTD) dan berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara sebagai pemegang amanah.

semakan wang tidak dituntut

Imej via Google

Anda sudah semak WTD? Mungkin ramai yang belum tahu bagaimana untuk semak WTD.

Untuk mendapatkan WTD ini, anda perlulah menyemaknya terlebih dahulu. Pastikan  anda layak, boleh dan mempunyai wang tak dituntut menerusi Jabatan Akauntan Negara.

Anda perlu memastikan kewujudan wang tersebut daripada agensi atau sumber terbabit. Agensi tersebut seperti bank, syarikat insurans/takaful, pelaburan dan sebagainya.

Perkara penting paling utama perlu anda lakukan sebelum menuntut wang berkenaan ialah membuat semakan.

Definisi Wang Tidak Dituntut

Sebelum itu anda perlu tahu apakah Wang Tidak Dituntut. Menurut Jabatan Akauntan Negara Malaysia  WTD ialah wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:

  •         gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  •         dividen;
  •         keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  •         tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  •         draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  •         simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  •         cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
  •         Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:

  •         akaun simpanan;
  •         akaun semasa;
  •         Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.

  •         akaun pemiutang dagangan
  •         akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD)

 

Semakan Wang Tidak Dituntut boleh dibuat secara rasmi menerusi Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara. Cara membuat semakan adalah cukup mudah. Apa yang perlu anda buat ialah pergi ke mana-mana kaunter Pejabat Jabatan Akauntan Negara di seluruh negeri di Malaysia.

Anda kemudiannya perlu menyerahkan kad pengenalan anda untuk semakan WTD dibuat. Semakan WTD akan dibuat oleh pegawai berkaitan menerusi sistem simpanan Wang Tak Dituntut.

Jika anda menyemak untuk seseorang yang telah meninggal dunia, anda perlu bawa sijil kematian selain pengesahan anda sebagai waris.

Pegawai berkenaan kemudian akan tunjukkan anda jumlah WTD dan sumber ianya datang seandainya ada.

Langkah Dan Proses Untuk Tuntut WTD Dari Jabatan Akauntan Negara

Secara amnya, proses atau langkah untuk mendapatkan Wang Tak Dituntut ini adalah seperti berikut:

  1. Sila hadirkan diri ke pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Untuk ketahui senarai lokasi Pejabat Jabatan Akauntan berhampiran anda, sila klik laman sesawang JANM
  2. Bawa kad pengenalan diri atau passport. Pegawai Jabatan Akauntan akan buat semakan WTD atas nama anda jika ada.
  3. Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, sila bawa samada sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.
  4. Jika ada wang tak dituntut atas nama atau waris, sila isi borang UMA-7 dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk salinan kad pengenalan dan surat pengesahan bank berkenaan, selain buku bank anda yang aktif bertujuan memudahkan bayaran balik melalui kredit terus (bank-transfer).
  5. Anda wajib pergi ke bank yang telah dinyatakan untuk buat pengesahan. Contoh surat pengesahan akan diberikan oleh pejabat jabatan akauntan. Hanya berikan kepada bank sahaja.
  6. Hantar borang UMA-7 berserta dokumen ke Pejabat Jabatan Akauntan Negara. Wang WTD anda akan dimasukkan secara terus ke akaun bank anda seperti dinyatakan dalam borang dalam tempoh 30 hari.

Penutup

Perlu diingatkan Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut.

Jadi pastikan anda berhati-hati sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba memanipulasi WTD dengan mengenakan sebarang caj tambahan.

Cuma sekarang kita menunggu perlaksanaan eGUMIS iaitu sistem semakan secara online. eGUMIS adalah singkatan Electronic Government Unclaimed Money Information System

Semoga sistem ini dapat dilaksanakan secepat mungkin. Lagi mudah untuk kita membuat semakan Wang Tidak Dituntut. Tidak perlu nak beratur panjang.

 

Artikel Menarik Lain

Anda sukakan artikel semakan wang tidak dituntut ini. Jemput juga baca artikel menarik lain tulisan kami. Janagn lupa untuk share dan komen ya.

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.