Di dalam dunia jaguh-jaguh atau superstart matawangkripto, ianya agak jarang atau sukar untuk mencari satu watak penting dalam dunia tersebut yang tidak terlalu dilanda kontroversi dan polarisasi. Roger Ver merupakan contoh yang tepat untuk individu yang tidak lepas daripada kontroversi seperti yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas. Beliau dilahirkan di California dan sekarang merupakan warganegara Saint Kitts dan Nevis dan juga penduduk negara Jepun, Ver mempunyai sejarah yang panjang dan berliku dalam matawangkripto.

Ver mula berminat dengan matawangkripto lebih awal di dalam sejarah bitcoin. Beliau melaburkan satu jumlah wang yang besar di dalam syarikat-syarikat baru yang berkait dengan matawangkripto semasa industri tersebut baru sahaja muncul. Sebagai salah seorang individu terawal dan penyokong paling vokal untuk bitcoin, beliau mendapat gelaran “Bitcoin Jesus” atau dalam bahasa Melayunya, “Tuhan Bitcoin”. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pendapat Ver berkenaan matawangkripto semakin menjadi polarisasi, begitu juga dengan kehidupan peribadi beliau.

Latar Belakang Perniagaan Dan Waktu Dipenjara

Berdasarkan laman web Ver, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sepenuh masa untuk MemoryDealers.com untuk tempoh lebih dari sepuluh tahun. Beliau tidak lagi menjadi CEO MemoryDealers.com bermula dari tahun 2012 dan seterusnya.

Di bawah pimpinan Ver, beliau mendakwa perniagaan tersebut telah membangun untuk menjadi peneraju dunia dalam penggunaan memori Cisco (Cisco memory) dan industri kelengkapan jaringan (networking equipment industry). Walaupun begitu, sejak tahun 2011, Ver telah banyak dikaitkan dengan pelbagai projek bitcoin dan projek-projek yang berkait dengan kripto.

Pada tahun 2002, Ver dikenakan hukuman penjara 10 bulan kerana menjual bahan letupan melalui eBay. Ver menyatakan bahawa kisah beliau dipenjarakan di dalam biografi peribadi beliau sebagai satu cara untuk menggambarkan beliau daripada sisi negatif.

Imej via Bitcoinist

Isu Kewarganegaraan Dan Isu Visa

Satu lagi sebab mengapa Ver dianggap mempunyai banyak kontroversi  adalah disebabkan oleh permasalahan berterusan berkenaan kewarganegaraan dan visa beliau. Walaupun dilahirkan di Amerika Syarikat dan dibesarkan di California, Ver berhijrah ke Jepun pada tahun 2006.

Pada tahun 2014, Ver membatalkan kewarganegaraan Amerika Syarikat beliau, dan menjadi warganegara Saint Kitts dan Nevis semasa proses pembatalan warganegara Amerika Syarikat beliau. Ver melalui proses (pembatalan kewarganegaraan) ini sebagai sebahagian daripada program kewarganegaraan melalui pelaburan (Citizenship by Investment) oleh Saint Kitts dan Nevis, yang mana merupakan sebuah pelaburan di dalam hartanah yang ditetapkan, atau caruman kepada Yayasan Kepelbagaian Industri Gula, yang membenarkan individu yang kaya untuk membeli kewarganegaraan.

Pada tahun 2015, apabila beliau cuba mendapatkan visa untuk kembali memasuki Amerika Syarikat untuk satu persidangan, kemasukan Ver ditolak oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Barbados (sebuah negara di Carribean) atas kebimbangan bahawa beliau tidak akan pulang selepas tiba di sana (Amerika Syarikat). Selepas itu pada tahun 2015, permohonan visa beliau diluluskan oleh Kedutaan Amerika Syarikat yang lain, dan beliau dibenarkan untuk memasuki Amerika Syarikat pada tahun 2016 untuk berucap pada sebuah persidangan di Colorado.

Minat Awal Beliau Di Dalam Bitcoin

Ver mendakwa telah menemui bitcoin pada awal tahun 2011, dan memanggil bitcoin sebagai sebuah ciptaan yang paling penting di dalam dunia selepas penciptaan internet. Beliau merupakan penerima awal mata wang digital pertama, beliau menyatukan pembayaran bitcoin ke dalam MemoryDealers.com, yang mana membenarkan para pelanggan untuk membuat pembayaran menggunakan bitcoin.

Dengan beralih kepada mengumpul bitcoin sewaktu awal kemunculan bitcoin, apabila setiap coin dinilaikan pada satu pecahan dalamm harganya pada awal tahun 2018, Ver telah mengumpul sejumlah lebih daripada 400,000 bitcoin berdasarkan daripada beberapa anggaran. Di dalam proses menghebahkan bitcoin kepada dunia, ianya berkemungkinan mengurangkan koleksi beliau melalui pembayaran dan pembiayaan projek-projek beliau.

Sokongan kewangan Ver telah membantu beberapa buah projek bitcoin yang terkenal dan juga pelancaran syarikat baru. Beliau merupakan pelabur awal kepada BitInstant, syarikat yang diasaskan oleh jutawan bitcoin dan bekas rakan dipenjara, Charlie Shrem.

Selain itu, Ver juga merupakan pelabur awal di dalam beberapa projek yang berkaitan dengan rantai blok (blockchain), termasuklah Kraken dan Ripple. Pada tahun 2012, Ver melancarkan bitcoinstore.com, menawarkan ribuan barangan untuk dijual dengan para pelanggan diberi kemudahan untuk berurus niaga menggunakan bitcoin.

Sepanjang proses beliau menyokong bitcoin dan projek-projek berkaitan, Ver mendapat gelaran “Bitcoin Jesus” oleh kerana orang ramai melihat beliau sebagai penyebar ataupun “pendakwah” bagi pihak matawangkripto.

Projek Berikutnya Dan Pandangan Kontroversi Beliau

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Ver masih kekal melibatkan diri di dalam projek-projek bitcoin. Sebagai salah seorang daripada pengasas Yayasan Bitcoin (Bitcoin Foundation), Ver telah mendorong penerimaan di seluruh dunia dan melalui perniagaan-perniagaan arus perdana atau utama. Beliau juga telah mengadaptasikan sebuah pandangan yang dianggap mundur oleh sesetengah pendokong baru.

Dalam satu temubual pada tahun 2017, Ver menerangkan bahawa beliau benar-benar sangat memikirkan tentang masa depan matawangkripto, dan merasa kesal dengan apa yang beliau lihat dengan begitu banyak kepentingan spekulasi terhadap bitcoin untuk kekal berdaya maju sebagai sebuah mata wang.

Pada musim panas tahun 2017, Ver menyesuaikan pandangan beliau dengan sebilangan kecil pemaju-pemaju kripto apabila beliau menyuarakan sokongan kepada tunai bitcoin (bitcoin cash). Menurut beliau, perkara yang menjadi isu sekarang ini adalah kerosakan penggunaan bitcoin.

Selain itu, beliau mendorong untuk satu peningkatan dalam had saiz blok (blocksize limit), satu perubahan yang beliau rasakan akan membenarkan para pengguna untuk membayar barangan dan perkhidmatan melalui bitcoin sambil mengurangkan caj (fees). Para pengkritik percaya bahawa langkah sedemikian mengganggu proses desentalisasi (decentralization) bitcoin dan memberikan kesan negatif kepada prosedur memproses urus niaga.

Di samping itu, Ver juga telah sanggup pergi sejauh mungkin dalam memberikan cadangan dalam usaha untuk memajukan bitcoin. Beliau telah mencadangkan bahawa perdagangan orang dalam (insider trading) terhadap tunai bitcoin di dalam bursa Coinbase yang terkenal bukanlah merupakan satu kesalahan atau jenayah. Tanpa mengira apa yang akan berlaku kepada bitcoin mahupun matawangkripto di masa akan datang, dapat diandaikan bahawa Roger Ver akan terus menjadi pendokong serta penyebar bitcoin yang sangat kuat dan lantang.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.