Rumah kos rendah apabila di make over semula dengan cara yang berbeza, pastinya tampil cantik ala-ala eksklusif! Renovate rumah kos rendah tidak sukar sekiranya kita jelas dengan apa yang kita inginkan.

Untuk memastikan rumah kos rendah kelihatan lebih cantik tanpa menggunakan bahan-bahan yang mahal, susunan, gaya atur, warna dan pengcahayaan merupakan faktor penting dalam ubahsuai rumah.

Jom lihat inspirasi renovate rumah kos rendah yang pastinya tak mahal dan tak mustahil untuk kita lakukan.

1. Tukarkan Lantai Biasa Kepada Lantai Vinyl

renovate rumah kos rendah
Imej via [facebook]

Lantai vinyl tidak terlalu mahal kosnya, tetapi cantik dan tahan lama pula tu. Jenis lantai ini amat sesuai digunakan bagi renovate rumah kos rendah. Ia boleh dipasang pada bahagian ruang utama dan dapur.

2. Lampu Bahagian Ruang Depan Dan dapur

renovate rumah kos rendah
Imej via [facebook]

Ambil peduli tentang faktor pengcahayaan, ia akan memudahkan urusan kita seharian berada di rumah. Salah satunya adalah lampu rumah bahagian utama dan dapur.

Terfikir juga untuk renovate rumah kos rendah tanpa keluarkan modal yang besar, gunakan lampu mampu milik dan pasang pada kawasan yang sesuai. Tak perlu membazir dengan lampu yang mahal, yang sederhana pun cantik.

3. Gunakan Keramik Lantai Besar

renovate rumah kos rendah
Imej via [insinyurbangunan]

Hanya RM 4 untuk 1 lantai keramik besar di kilang atau kedai yang menjual bahan binaan rumah. Anda boleh beli sendiri dan pasang atau upah orang pasang sahaja.

Kos tak tinggi, sesuai untuk renovate rumah kos rendah. Keramik besar lebih cantik dan kemas berbanding keramik kecil, rumah pun akan nampak lebih luas.

4. Kabinet Atas Dapur

renovate rumah kos rendah
Imej via [facebook]

kabinet atas dapur merupakan pilihan sama ada anda ingin jadikan rumah kos rendah ini berbeza dengan yang lain ataupun tidak. Dengan kabinet atas dapur, kawasan dapur akan menjadi lebih kemas kerana tidak banyak barang akan terdedah.

Semuanya boleh disimpan di dalam kabinet atas dapur yang tertutup. Kelihatan seperti rumah teres pula, sedangkan rumah kos rendah ini tidak menggunakan modal yang banyak pun tetap cantik, bukan?

5. Pasang Pagar Baru

renovate rumah kos rendah
Imej via [rumah]

Tak mahal tapi cantik, pintu pagar penting untuk tujuan keselamatan walaupun rumah kos rendah. Renovate pintu pagar baru dengan corak yang menarik dan warna yang cantik merupakan inspirasi renovate rumah kos rendah yang boleh kita ikuti.

6. Dinding Tiles Dapur

renovate rumah kos rendah
Imej via [desainrumahid]

Daripada rumah kos rendah yang banyak kerosakan, akhirnya bertukar menjadi rumah cantik mirip teres baru. Bahagian dapur yang perlu anda renovate adalah dinding dapur dan bahagian memasak.

Pasang dinding tiles dan buat table top yang ringkas, cantik dan kemas pastinya menjadikan dapur anda teratur dan terlihat indah. Macam ni, mood memasak pun senang datang!

7. Sudut Balconi Ala-Ala Rumah Semi D

renovate rumah kos rendah
Imej via [desainrumahid]

Ramai tak sangka renovate rumah kos rendah sangat berbaloi kerana ia boleh kelihatan seakan-akan rumah semi D. Mana tidaknya, bahagian balcony atau luarannya dihiasi dengan divider kaca yang cantik.

8. Table Top Dapur Berwajah Baru

renovate rumah kos rendah
Imej via [sentrarumah]

Perbezaan antara rumah anda dengan rumah orang lain yang sama kos rendah juga adalah dari segi penambahan table top!

Renovation ini sangat cantik dan menarik malah menjadikan rumah anda lebih moden dan kelihatan baru. Ia merupakan inspirasi renovate rumah kos rendah yang boleh diambil contoh.

9. Pintu Dan Tingkap

renovate rumah kos rendah
Imej via [sentrarumah]

Siapa kata rumah kos rendah tak boleh buat cantik-cantik? Renovate bahagian pintu dan tingkap dengan sedikit touch up sahaja dah nampak rumah cantik sangat umpama rumah baru.

Dari segi tingkap, tak salah untuk renovate jadikan ia sebagai tingkap sliding, bukan sahaja cantik tapi banyak kelebihannya.

10. Pembahagian Dinding

Imej via [impiana]

Rumah kos rendah seperti rumah flat juga mampu jadi cantik dan menarik. Inspirasi renovate rumah kos rendah kali ini adalah dari segi pembahagian dinding dimana anda boleh tambahkan dinding sebagai penghadang ruang sudut.

Sebagai contoh, ruang tamu dan ruang makan akan dibahagikan mengikut penghadang dinding tersebut.

11. Kayu Tempat Letak Barang

renovate rumah kos rendah
Imej via [impiana]

Selain renovate rumah, penambahan seperti kayu tempat letak barang juga boleh dipasang di bahagian ruang tamu dan dapur. Ia adalah salah satu ruang untuk anda letakkan barang.

Oleh itu, rumah akan lebih luas kerana tak perlu buat kabinet di ruang tamu atau di bahagian atas dapur lagi. Ruang untuk barang-barang dalam rumah sudah boleh dijimatkan!

12. Tandas Kos Rendah

renovate rumah kos rendah
Imej via [tukangcatkedah]

Dengan kos rendah, anda sudah boleh renovate tandas yang buruk kepada tandas yang lebih cantik, bersih dan baru. Cukuplah kotraktor akan tukarkan mangkuk tandas, tapaknya, dinding dan paip air baru. Mudah bukan?

13. Bahagian Belakang Rumah

renovate rumah kos rendah
Imej via [brilio]

Siapa kata bahagian belakang rumah tak perlukan renovation? Bahagian belakang rumah juga penting kerana kita akan melakukan beberapa kerja rumah di sana seperti menjemur pakaian, mencuci pakaian dan sebagainya.

Ruang belakang sangat sesuai juga untuk diletakkan hiasan seperti pokok bunga hidup. Ia juga harus disusun dengan baik kerana ampaian juga harus diletakkan di bahagian belakang ini.

Berikut adalah inspirasi renovate rumah kos rendah yang boleh anda ambil sebagai contoh. Jika berkenan, apa kata anda realisasikan impian renovate rumah anda! Semoga berjaya.

Jemput baca juga cara jimat duit, idea renovate rumah dan tips renovate rumah.

Rujukan:

  1. Facebook https://web.facebook.com/kakicuti/photos/pcb.1321379687930319/1321379431263678/?type=3&theater
  2. Ubah suai rumah kos rendah. https://desainrumahid.com/ubahsuai-rumah-kos-rendah.html
  3. Renovate rumah kos rendah. https://www.sentrarumah.com/2019/10/renovate-rumah-kos-rendah.html
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.