Rumah yang cantik dan menarik pastinya menjadi idaman semua orang tambah-tambah mereka yang sudah ada rumah sendiri. Kos untuk renovate rumah haruslah bersesuaian dengan tema atau konsep ubah suai yang ingin anda lakukan.
Terdapat banyak idea renovate rumah yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan rumah idaman yang menarik. Kos pun tak tinggi sangat, tetapi ia akan buat rumah anda tampak lebih kemas, cantik dan eksklusif.
Kita mulakan dengan renovate rumah bahagian dapur dahulu. Ini merupakan kesukaan para wanita khasnya isteri-isteri yang rajin memasak atau menjemput kawan datang rumah!
Sangat kemas dan menjimatkan dimana anda tidak perlu membeli meja makan lagi. Cuma tambahkan kerusi di bahagian bar table yang disediakan.
Ia cukup simple dan mudah, nak masak pun semuanya teratur. Selepas renovate rumah siap dari segi table top, anda boleh fikirkan jenis tingkat atau lantai dapur pula.
Adakalanya dapur G shape ini kelihatan terlalu padat. Namun, ia sesuai untuk sesetengah rumah bergantung kepada ruangnya juga. Jika rumah sempit, akan berlaku masalah sekiranya mempunyai ruang dapur sebegini.
Renovate rumah dengan mengutamakan dapur berbentuk selari ini membuatkan ia kelihatan sangat kemas dan teratur. Banyak rumah semi D atau bangalow mempunyai bentuk dapur seperti ini.
Renovate rumah bahagian ruang tamu adalah yang paling mudah dilakukan oleh kontraktor. Mereka cuma fokus kepada lantai, dinding dan ruangan sahaja. Disini anda juga perlu ketahui:
Tukarkan kepada pattern dan jenis pintu yang lebih baru berbanding pattern sebelumnya. Pastinya pintu tersebut adalah bahan berkualiti dan tak mudah berkarat.
Renovate rumah secara keseluruhan termasuklah pintu rumah sekali. Pilih mana-mana design pintu yang anda suka. Zaman sekarang, pintu sebegini menjadi pilihan ramai.
Paling kurang pun kita wajib tukar tingkap baru apabila renovate rumah. Barulah puas hati. Pilihlah tingkap sliding untuk lebih berkualiti dan selamat.
Terdapat banyak jenis lantai yang boleh kita pilih untuk renovate rumah. Bak kata orang, renovate rumah biarlah berbaloi sebab ia akan digunakan sehinggalah beberapa tahun lamanya. Bahan berkualiti dan nampak cantik, siapa yang tak nak kan!
Sekiranya anda memilih lantai jenis kayu, ketahuilah bahawa sebenarnya banyak jenis pohon-pohon kayu berkualiti yang sesuai untuk dijadikan lantai rumah. Antaranya adalah kayu jati, merbau, oak dan sonokeling.
Selain itu, banyak lagi jenis lantai yang boleh anda pilih seperti lantai ubin kayu dan lantai batu. Antara lantai batu yang sering menjadi pilihan untuk renovate rumah adalah seperti berikut:
Idea renovate rumah bukan sahaja dari segi jenis lantai, warna cat dan sebagainya, tetapi juga dari susun atur atau kekemasan sesebuah rumah tersebut.
Bermula dari masuk pintu pagar sehinggalah penjuru bilik dan pintu belakang. Semuanya perlu diberi perhatian. Mungkin anda boleh dapatkan ilham renovate rumah daripada beberapa gambar dibawah.
Kenali jenis dan warna batu yang akan digunakna untuk hasilkan table top. Warna gelap atau cerah tiada masalah, boleh dipadankan dengan tema anda. Yang penting adalah ruang dan susun aturnya.
Trend terkini, ramai orang memilih untuk menggunakan pintu papan berwarna putih berbanding kelabu. Ia tampak lebih eksklusif, klasik dan vintage.
Pasang simen di bahagian luar rumah untuk memudahkan anda parking kereta. Laman rumah juga akan lebih teratur dengan adanya proses renovate rumah bahagian luar ini.
Pintu pagar penting bagi keselamatan sesebuah rumah. Selain memilih pintu pagar yang lebih selamat digunakan, pintu pagar rumah juga haruslah bersesuaian dengan jenis rumah.
Mari kita lihat pula antara idea renovate rumah secara keseluruhan yang telah direalisasikan di luar sana. Kami sajikan anda dengan gambar sebelum dan selepas supaya anda dapat melihat sendiri kesan renovate rumah dan dapatkan idea renovate rumah anda.
Itulah dia 20 idea renovate rumah yang boleh anda lihat dan fikirkan. Mana tahu anda dapat ilham yang lebih cantik dan murah daripada kos sepatutnya. Kan lebih berbaloi!
Jom baca juga tips renovate rumah, tips simpanan 1 juta, cara jimat duit dan cara buat duit di shopee.