Bilik tidur adalah tempat yang paling banyak kita luangkan masa sepanjang berada di rumah. Tidur selama 8 jam dalam bilik pun memerlukan keadaan bilik yang sangat selesa. Tanpa ruang bilik yang selesa dan kemas, bagaimana kita nak harungi hari-hari kita dengan indah?
Dengan hanya kos rendah, kita boleh renovate bilik tidur macam bilik hotel. Tak perlu nak habis puluhan ribu untuk renovate bilik bagi tampak lebih mewah, cukuplah renovate bilik tidur yang ringkas dan teratur!
Jom lihat antara idea renovate bilik tidur untuk lebih cantik seperti bilik hotel.
Renovate bilik tidur untuk kelihatan seperti bilik hotel amat mudah kerana anda tak perlu keluarkan wang yang banyak.
Cukuplah sekadar cat yang cerah, susunan ruang yang kemas dan renovate tingkap. Kalau tingkap dah cantik, tak perlu letakkan langsir pun tiada masalah. Tidak dilupakan juga, lantai bilik sangat penting sebenarnya.
Jika diberi peluang, pasti kita ingin renovate bilik tidur dengan gaya seperti ini. Katil akan berada di bahagian dalam dinding ataupun hanya bina curve dinding bertutup untuk diletakkan langsir. Dengan cara ini, ruang bilik dapat dijimatkan dan bilik nampak lebih luas.
Terdapat beberapa jenis lantai boleh digunakan, salah satunya adalah lantai jenis karpet. Ia berbulu halus dan sangat indah kalau nak jadikan bilik seperti bilik hotel, tapi lantai jenis ini kena rajin buang habuk.
Selain itu, pemasangan lampu yang cantik dan sesuai juga penting dalam renovate bilik tidur jenis ini.
Kemas dan cantik seperti hotel, konsep bilik tidur jenis minimalis ini sesuai untuk anda yang bujang ataupun mempunyai bilik yang tidak berapa luas. Pintu berwarna putih merupakan pilihan terbaik untuk menampakkan ruang bilik kemas dan teratur.
Bilik tidur lengkap dengan kabinet sedia ada tidak perlukan anda masukkan almari atau kabinet asing lagi.
Kabinet sedia ada boleh dilengkapkan pada ruangan atas dan sesuai dijadikan rak buku dan sebagainya. Jom renovate bilik tidur ini dengan sesuaikan warna-warna bersama perabot yang lain dalam bilik.
Untuk mendapatkan konsep bilik yang klasik dan unik, lantai jenis kayu merupakan salah satu keistimewaan terbaik boleh anda gunakan. Renovation bilik tidur boleh dibuat bermula dari jenis lantai. Terdapat banyak juga jenis pilihan kayu yang boleh anda pilih.
Sila ucapkan selamat tinggal kepada lampu bilik biasa yang selalu anda gunakan itu. Tukarkan kepada lampu bilik cantik yang unik untuk menjadikan bilik anda lain dari sebelumnya dan umpama bilik hotel!
Lampu bilik juga boleh diletakkan dalam 2 buah lampu iaitu lampu utama dan juga lampu tidur di sebelah katil.
Pastinya kedua-dua lampu itu mestilah berbeza, satu lampu yang malap untuk tidur, satu lagi cerah sedikit untuk ruang bilik yang besar.
Siling bilik tidur merupakan faktor dimana renovate bilik tidur akan jadi seperti hotel. Dengan siling yang cantik dan unik, pastinya ia lebih menarik dipadankan dengan lampu yang indah.
Jika siling bilik besar, tidak semestinya perlu letak lampu yang besar. Ia bergantung kepada susun atur bilik anda juga sebenarnya.
Bagi mereka yang sudah siap lengkap renovate lantai bilik, tingkap juga penting untuk diubahsuai. Tak perlu guna tingkap nako lagi, ia sudah lama dan tidak wujud dalam trend sekarang. Gunakan sahaja tingkap sliding yang mudah dan cantik.
Selain renovate bilik tidur menggunakan bahan binaan, menghias bilik dengan aksesori seperti cermin, frame gambar, jam dinding dan lain-lain lagi boleh anda letakkan di bilik.
Kenali sudut atau ruang pada warna yang sesuai dan tempatkan aksesori tersebut di bilik tidur anda.
Lampu, jenis pintu, jenis lantai dan susun atur dalam bilik memainkan peranan penting bagi sesebuah bilik kelihatan cantik seperti bilik hotel.
Sesebuah bilik tidur juga akan kelihatan seperti hotel apabila menggunakan wallpaper bagi corak dan warna yang sesuai. Selalunya warna putih atau kelabu menjadi pilihan untuk menampakkan bilik berkonsep vintage, klasik dan moden.
Dengan adanya bentuk lain dari yang lain atau lebih unik, pastinya bilik tidur anda menjadi lebih menarik dan luar biasa. Ia umpama bilik hotel cantik di luar negara yang mahal. Sedangkan anda boleh buat sendiri bilik yang sebegitu rupa!
Cat bilik tidur juga haruslah mengikut tema pilihan anda. Jangan campur-campur atau cat ikut warna yang ada sahaja. Sebaliknya anda perlu tetap pendirian untuk cat bilik mengikut tema warna yang anda pilih. Barulah bilik cantik macam bilik hotel!
Berikut adalah idea renovation bilik tidur macam bilik hotel boleh anda lakukan di rumah anda. Siapa kata bilik tidur rumah biasa-biasa tak boleh jadi bilik hotel? Dengan idea yang kami kongsikan, ia pasti menjadi!
Jom baca juga renovate rumah kos rendah, tips renovate rumah, idea renovate dapur dan idea renovate rumah menarik.