Rasa dah puas duduk di Malaysia dan teringin untuk berhijrah ke negara lain? Salah satu daripada negara menarik untuk anda pilih ialah United Kingdom (UK). Ada ramai rakyat Malaysia yang sudah menetap di sana. Kali ini kami ingin kongsikan cara mendapatkan kerja di UK dan panduan tis berhijrah ke UK.

Sumber: Traveldailymedia

1. Pastikan anda mempunyai semua dokumen yang diperlukan

Perkara pertama yang anda perlukan jika ingin berhijrah ke UK ialah  dokumen yang sah. Di antara dokumen yang anda perlukan ialah:

  • Visa
  • Permit kerja
  • Permit penduduk

2. Ejen pekerjaan

Jika anda mempunyai kelayakan untuk bekerja dalam bidang profesional, anda boleh mencari pekerjaan dengan mencari tawaran pekerjaan secara online. Ianya agak mudah. Namun jika anda memilih untuk bekerja dalam bidang bukan profesional, anda memerlukan ejen pekerjaan untuk mendapatkan pekerjaan yang anda inginkan. Kos untuk menggunakan perkhidmatan ejen pekerjaan di UK ialah lebih kurang RM10,000.00 sehingga RM20,000.00. Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan ialah:

  • Pergi dulu ke UK dan dapatkan ejen pekerjaan. Ejen pekerjaan akan mencarika  kerja untuk anda. Apabila anda ditawarkan pekerjaan, anda pulang ke Malaysia untuk membuat permohonan visa bekerja. Visa bekerja  anda akan diluluskan dengan mudah sekiranya anda menunjukkan surat tawaran pekerjaan kepada pihak kedutaan. Kemudian bolehlah anda pergi semual ke UK untuk bekerja dan berhijrah ke sana.
  • Anda dapatkan visa bekerja terlebih dahulu sebelum pergi ke UK. Agak sukar untuk mendapatkan kelulusan berbanding jika anda sudah mempunyai tawaran bekerja. Selepas visa bekerja anda diluluskan bolehlah anda pergi ke UK dan cari ejen pekerjaan untuk mendapatkan kerja di sana.
  • Jika anda mempunyai kenalan yang sudah bekerja disana, anda boleh minta bantuan mereka untuk bekerja dibawah majikan yang sama. Minta majikan mereka untuk menawarkan pekerjaan kepada anda dan menguruskan segala dokumen dan permit yang diperlukan. Apabila semuanya sudah sedia, anda boleh pergi ke sana.

3. Gaji di UK

Gaji rakyat Malaysia yang berhijrah ke UK adalah lebih rendah berbanding gaji rakyat tempatan.

Secara kasar, anggaran pendapatan untuk rakyat Malaysia yang berjihrah ke UK adalah lebih kurang GBP 5-6 atau RM32.00 – RM38.40 sejam untuk pekerja bukan profesional seperti jurujual di pasaraya atau cleaner. Secara umumnya anda boleh mendapat gaji sebanyak GBP 1000 sebulan atau sebanyak RM6,400 duit Malaysia dengan bekerja sebagai cleaner di UK.

4. Sekolah Di UK

Jika anda berhijrah bersama anak-anak, pastinya anda ingin tahu tentang sekolah di UK. Mendaftarkan anak untuk bersekolah di UK adalah proses yang mudah. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan:

  • Permit pelajar akan disediakan oleh pihak Kedutaan Malaysia.
  • Pergi ke sekolah yang berdekatan kediaman anda.
  • Lihat sama ada terdapat  kekosongan untuk pelajar.
  • Pihak sekolah akan meminta anda menghubungi City Council untuk mendaftar.
  • Kemudian, wakil dari City Council akan datang ke rumah untuk melakukan sedikit temuduga ringkas  tentang maklumat  anak-anak anda. Pastikan semua dokumen berkaitan anak-anak anda telah tersedia.
  • Jika terdapat kekosongan, anak anda akan ditempatkan di sekolah tersebut.
Sumber: Britannia

5. Pakaian di UK

Seperti yang anda sedia maklum, UK merupakan negara dengan 4 musim. Maka anda perlu menyediakan pakaian untuk dipakai pada setiap musim di sana. Nasihat kami, tak perlu bawa pakaian dari Malaysia. Membeli pakaian di UK adalah jauh lebih murah daripada membeli pakaian musim sejuk di Malaysia.

6. Makanan halal di UK

Ada banyak makanan halal di UK namun harganya mungkin agak mahal, jika anda ingin makan dengan kerap di luar. Adalah lebih jimat jika anda memilih untuk masak sendiri di rumah. Bawalah segala perencah masakan dari Malaysia kalau taknak terindu-rindukan masakan Malaysia semasa berada di sana nanti.

7. Pengangkutan di UK

Di UK terdapat tube atau keretapi seperti LRT. Anda boleh membeli Oyster Card yang memberikan anda diskaun sehingga 70% untuk tambang tube di sana. Anda boleh pilih untuk menggunakan tube atau boleh juga membeli kereta untuk kegunaan sendiri. Harga kereta di UK adalah jauh lebih murah berbanding harga kereta di Malaysia. Kereta di UK biasanya dijual secara tunai.

8. Harga minyak di UK

Harga minyak di UK adalah lebih mahal daripada di Malaysia walau pun harga keretanya murah. Harga jualan petrol di UK adalah lebih kurang GBP 1.19 atau RM 7.60 hingga 1.21 atau RM 7.74 seliter. Agak mahal kan? Namun harga minyak adalah berbeza di antara satu stesyen minyak dan stesyen minyak yang lain. Oleh itu carilah stesyen minyak yang menawarkan harga yang murah.

9. Rumah sewa di UK

HArga rumah sewa di UK tidak murah. Purata sewa rumah yang mempunyai dua hingga tiga bilik di Bandar Lampeter adalah sekitar GBP 400-700 atau RM2560.00 – RM448.00  sebulan. Bandar Lampeter ialah di antara bandar dengan sewa rumah yang paling murah di UK. Di bandar-bandar lain sewanya adalah lebih mahal.

10. Carboot sales

Di UK terdapat banyak carboot sales yang menjual barangan terpakai dengan harga yang sangat murah. Jika anda berhijrah ke UK, anda boleh membeli barang di carboot sales. Barangnya masih elok dan dijual dengan harga yang murah.

Sumber: Glaucestershirelive

Itulah dia info cara mendapatkan kerja di uk (panduan tis berhijrah ke UK) yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang panduan bekerja di New Zealand dan bekerja di Australia.

Rujukan:

1. Mycambridge

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.