Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

Tentang Perakuan Deposit (Certificate Of Deposit)

Perakuan deposit atau dalam bahasa Inggeris disebut, "Certificate of Deposit (CD)" merupakan satu instrumen simpanan yang memberi jaminan untuk membayar…

perakKemas kini terakhir: 9 Mei 2021oleh safwanrazali
Ilustrasi konsep Perakuan Deposit (Certificate of Deposit) dengan simbol kewangan dan wang

Ringkasan Kunci

  • Instrumen simpanan yang menjamin pembayaran faedah dan pokok kepada pembeli
  • Mempunyai tarikh matang antara satu bulan hingga lima tahun dengan kadar faedah tetap
  • Diterbitkan oleh bank komersial dan dijamin oleh Federal Deposit Insurance Corporation (FDIC)
  • Pengeluaran dana sebelum tempoh matang mungkin menyebabkan penalti kewangan
  • Dibahagikan kepada perakuan deposit kecil (kurang RM400,000) dan besar/jumbo (lebih RM400,000)

Perakuan deposit atau dalam bahasa Inggeris disebut, “Certificate of Deposit (CD)” merupakan satu instrumen simpanan yang memberi jaminan untuk membayar faedah dan pokok (principal) kepada pembeli. Satu perakuan deposit atau CD mempunyai tarikh matang iaitu dari satu bulan sehingga lima tahun, dan mempunyai satu kadar faedah tetap yang tertentu dan diterbitkan dengan berbagai sebutan (denominations). Secara umumnya, CD diterbitkan oleh bank-bank komersial dan dijamin oleh Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan atau *“*Federal Deposit Insurance Corporation (FDIC)”. Sebuah perakuan deposit merupakan satu nota perjanjian yang diterbitkan oleh pihak bank. Ianya merupakan deposit masa yang menyekat pemegang perakuan deposit daripada mengeluarkan dana atas permintaan. Sekiranya seseorang membeli perakuan deposit sebanyak RM50,000 dengan kadar faedah yang diberikan secara tahunan sebanyak 5% dan dengan syarat satu tahun, maka pada penghujung tahun, perakuan deposit tersebut akan berkembang kepada RM52,500 berdasarkan pengiraan, RM50,000 X 1.05. Walaupun pemegang perakuan deposit boleh mengeluarkan wang sebelum tempoh matang, namun perbuatan ini mungkin menyebabkan penalti kewangan. Perakuan deposit yang kurang daripada RM400,000 dipanggil perakuan deposit kecil (small CDs) dan perakuan deposit yang lebih daripada RM400,000 dipanggil perakuan deposit besar atau jumbo (large or jumbo CDs). Hampir kesemua perakuan deposit besar dan sebahagian perakuan deposit kecil adalah boleh dirundingkan (negotiable).

Rujukan

Rujukan

Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.