Perakaunan akruan atau accrual accounting merupakan satu kaedah yang digunakan dalam mengukur prestasi dan juga status sesebuah syarikat tanpa mengambil kira bila urus niaga tunai berlaku. Ini bermaksud urus niaga dan peristiwa kewangan diiktiraf dengan memadankan pendapatan dengan perbelanjaan (prinsip pemadanan) pada masa urus niaga berlaku, bukannya pada masa pembayaran sebenar dibuat atau diterima.

Kaedah ini membolehkan aliran masuk dan keluar tunai semasa digabungkan dengan aliran masuk dan keluar tunai dijangka pada masa hadapan untuk memberikan gambaran yang lebih tepat tentang keadaan kewangan syarikat. Perkaunan akruan merupakan kaedah perakaunan yang biasa digunakan untuk kebanyakkan syarikat besar. Ini kerana kerumitan dalam melaksanakannya merumitkan syarikat-syarikat kecil untuk melaksanakannya. Kaedah ini adalah bertentangan dengan perakaunan tunai di mana perakaunan tunai hanya mengiktiraf transaksi apabila berlaku pertukaran wang tunai.

Mengapa Perakaunan Akruan Perlu?

Keperluan kepada kaedah ini wujud kerana kerumitan transaksi perniagaan dan keperluan kepada penyediaan maklumat kewangan yang lebih tepat. Ini kerana urus niaga kredit dan penjualan projek yang memberikan aliran hasil atau pendapatan pada masa hadapan menjejaskan keadaan kewangan syarikat apabila ia berlaku.

Oleh sebab itu, ia adalah wajar untuk merekodkan urus niaga atau peristiwa-peristiwa kewangan apabila transaksi berlaku. Sebagai contoh, apabila sebuah syarikat menjual sebuah televisyen kepada pelanggan secara kredit, kaedah perakaunan tunai dan akruan akan melihat transaksi ini dengan cara yang berbeza.

Kaedah perakaunan tunai tidak mengiktiraf penjualan televisyen tersebut sehinggalah wang tunai sebenar diterima oleh syarikat di mana boleh mengambil masa selama sebulan atau mungkin lebih. Berbeza dengan perakauanan tunai, perakaunan akruan  mengiktiraf bahawa syarikat akan menerima tunai yang belum diterima lagi. Justeru, penjualan itu akan direkodkan sebagai “akaun penghutang” dan juga dalam rekod pendapatan jualan.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.