Pelajar universiti yang masih belum menerima bantuan pinjaman PTPTN pastinya tercari-cari jalan bagaimana untuk menjana pendapatan lebih. Sebenarnya menyimpan wang dengan cara yang betul untuk membolehkan anda mempunyai simpanan yang stabil dan banyak.

Simpan wang tidak semestinya kerana tiada duit, tetapi simpan wang adalah persediaan kewangan untuk masa hadapan. Boleh jadi berlakunya kecemasan, memerlukan sejumlah wang pada masa tertentu, mungkin juga mereka ingin mengumpul wang bermula dari sekarang untuk membeli aset, kereta dan lain-lain lagi.

Terdapat beberapa cara simpan duit untuk pelajar yang boleh kita ikuti.

cara simpan duit untuk pelajar
Imej via [sinarharian]

1. Bina Tabung Kepentingan Dan Peribadi

Cipta tabung kepentingan dan peribadi dengan mengasingkan beberapa tabung khas untuk simpanan. Antaranya adalah duit-duit yang akan digunakan khas untuk menyiapkan assignment, duit makan, duit belanja dan lain-lain lagi.

Dengan mengasingkan setiap tabung, simpanan akan lebih efektif dan mudah diuruskan. Buatlah jadual atau catatkan setiap kali adanya kemasukan duit dalam tabung-tabung tersebut. Penting sekali, jangan keluarkan duit dari tabung-tabung ini ya!

2. Kawal Perbelanjaan Dengan Rapi

Kawal setiap perbelanjaan anda dengan rapi dan teliti. Seeloknya buat buku perbelanjaan yang mencatitkan duit keluar masuk untuk setiap hari.

Sekecil-kecil wang yang anda keluarkan juga harus anda catat. Cara simpan duit untuk pelajar ini bakal menghalang daripada duit bocor oleh perkara yang tidak berfaedah.

cara simpan duit untuk pelajar
Imej via [ekrut]

3. Jana Pendapatan Tambahan

Nak duit lebih, apa kata anda jana pendapatan tambahan sambil belajar? Zaman era teknologi ini, mustahil tidak ada duit mudah! Cara pelajar simpan duit dengan mudah adalah bilamana mereka mula memperoleh pendapatan tambahan dan melaburkan untuk simpanan.

Antara contoh perkara yang boleh pelajar lakukan untuk jana pendapatan tambahan adalah mengambil upah menyiapkan assignment, reseller (beli barang dan jual semula) kepada kawan-kawan, memberikan khidmat printing buat rakan-rakan dan banyak lagi.

Bagi yang suka online pula, jadikan medium internet sebagai platform untuk anda menjana pendapatan. Anda boleh berkecimpung dalam bidang blogging, penulisan, pay per click, affiliate dan lain-lain lagi.

4. Simpanan Tabung Haji Dan ASB

Siapa kata pelajar tak perlu buat simpanan yang melibatkan agensi lain? Takkan nak bergantung harap pada tabung sahaja? Kini sudah ada cara mudah dimana pelajar boleh transfer wang simpanan terus ke dalam akaun tabung haji dan asb.

Pilih sahaja nak simpan di mana, yang pasti kedua akaun ini membolehkan mereka menerima dividen. Inilah cara simpan duit untuk pelajar yang terbaik!

5. Tabung Duit Warna

Tabung duit warna ini amat berkesan bagi mereka yang benar-benar ingin menabung dengan cara tersendiri dan berdisiplin. Cara simpan duit untuk pelajar ini sangat mudah dimana mereka perlu asingkan wang mengikut warna wang tersebut dan simpan.

Tak mustahil duit RM 5 yang disimpan lama kelamaan menjadi banyak sehingga mencecah RM 1000 dalam masa 2 hingga 3 bulan. Begitu juga dengan duit RM1 dan RM10. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Imej via [prepamar]

6. Tabung Harian

Cara simpan duit untuk pelajar supaya duit sentiasa ada dan tidak loket adalah dengan menyediakan tabung harian. Bermaksud, hari-hari pelajar perlu pastikan simpanan dibuat serendah RM 1.

Lebih elok lagi jika setiap hari, jumlah wang simpanan ditambah lebih lagi dari jumlah wang simpanan hari sebelumnya. Ia merupakan cara simpan duit untuk pelajar yang amat mudah!

7. Manfaatkan Kad Pelajar

Sebagai pelajar, kita harus tahu kelebihan dan faedah yang ditawarkan kepada kita sama ada dari institusi atau pihak kerajaan. Salah satunya adalah kelebihan kad pelajar.

Anda bukan sahaja boleh jimat untuk membeli buku dan sebagainya, tetapi turut ditawarkan beberapa kemudahan yang pastinya akan memberi kesan kepada kewangan anda. Bolehlah anda cut cost dari segi perbelanjaan keperluan dengan adanya kad pelajar ini.

8. Cut Cost Segalanya

Cara simpan duit untuk pelajar juga adalah kurangkan kos perkara yang tidak penting. Keperluan atau kemahuan, selagi mana anda boleh minimumkan kos tersebut, itulah yang perlu anda lakukan.

Secara langsungnya, anda akan mempunyai ruang dan peluang untuk simpan duit dengan lebih baik lagi. Selain itu, anda juga boleh jimatkan kos dari segi perbelanjaan barang pengajian, duit makan dan lain-lain lagi.

cara simpan duit untuk pelajar
Imej via [cermati]

9. Syiling Berharga

Jangan disangka duit syiling tidak bernilai. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit! Himpun syiling secara konsisten dan berterusan adalah cara simpan duit untuk pelajar yang membolehkan anda menjadi seorang yang berdisiplin.

Kumpul syiling juga membolehkan anda memiliki simpanan backup terakhir yang tidak anda sedari. Seandaiya simpanan lain mengalami masalah, tabung syiling adalah pilihan terbaik untuk anda dapatkan wang.

10. Asingkan Separuh Wang Pinjaman

Pelajar yang menerima pinjaman PTPTN khasnya harus tahu cara urus pinjaman pelajaran tersebut supaya tidak boros gunakannya. Adalah lebih baik untuk anda asingkan separuh daripada jumlah pinjaman tersebut ke dalam akaun ASB supaya ia tidak boleh diusik.

11. Urus Pinjaman Pelajaran

Tetapkan pendirian bahawa hanya urusan tertentu seperti membiayai pelajaran, yuran dan makanan sahaja yang membolehkan anda menggunakan pinjaman pelajaran. Jangan sesekali berani gunakan wang tersebut untuk beli-belah barangan yang tidak penting kecuali keperluan.

Sekiranya anda tidak setkan matlamat tersebut, tak mungkin anda dapat menyimpan duit dengan mudah. Pasti ada sahaja barang yang ingin dibeli.

Itulah dia cara simpan duit untuk pelajar yang boleh anda ikuti. Jangan ragu-ragu, buat sehabis baik. Jom baca juga cara simpan duit gaji 2,000, idea bisnes online dan juga bisnes online shopee.

Rujukan:

  1. Student Pun Boleh Survive Tapi Ada Caranya. https://pnews.space/student-pun-boleh-survive-tapi-ada-caranya-gadis-ini-kongsi-5-tips-menabung/
  2. 13 Cara Jimat Duit Untuk Pelajar. https://www.infopelajar2u.com/14-cara-jimat-duit-untuk-pelajar/
  3. Teknik / Tips Menyimpan Untuk Pelajar. https://www.infopelajar2u.com/teknik-menyimpan-untuk-pelajar/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.