Siapa kata berpendapatan sederhana dan rendah tidak boleh menyimpan? Boleh, tetapi ada caranya. Ramai yang berfikiran bahawa gaji 1,500 sehingga 2,000 sangat sedikit jumlahnya dan tidak layak untuk menyimpan.

Percayalah, kena dengan cara yang betul, tidak mustahil untuk anda memiliki sejumlah simpanan yang banyak. Terdapat banyak cara simpan duit gaji 2000 yang boleh anda ikuti.

Semuanya terbukti berkesan tetapi memerlukan kesabaran yang tinggi dan keazaman yang kuat. Mari kita lihat satu per satu.

cara simpan duit gaji 2000
Imej via [hafizshafie]

1. Lunaskan Hutang Piutang

Hutang piutang yang tertunggak dan masih ada ini sebenarnya merupakan sebab utama kenapa susah sangat untuk kita buat simpanan. Mana tidaknya, duit masuk akan keluar semula untuk membiayai hutang piutang.

Urus komitmen segera dengan cara catitkan segala hutang penting yang perlu diselesaikan. Jadualkan segala hutang tersebut mengikut tempoh bulanan atau kalendar tahunan.

Setiap kali selepas membayar hutang, tandakan pada catatan anda. Sekiranya menerima bonus atau gaji yang lebih, inilah masanya untuk anda melebihkan bayaran hutang supaya ia dapat diselesaikan segera.

2. Tambah Pendapatan Lebih

Sekiranya anda beranggapan RM 2,000 adalah gaji yang sedikit, inilah masanya anda fikirkan pendapatan sampingan yang lain. Walaupun ada yang rasa duit gaji RM 2,000 itu cukup, tetapi seeloknya anda menambah pendapatan sampingan supaya dapat membuat simpanan dengan lebih lagi.

Antara pendapatan sampingan yang boleh anda jana adalah dengan mengambil upah melakukan kerja rumah seperti mengecat, membersihkan rumah, menjual pakaian terpakai, menjual barang makanan dan lain-lain lagi.

Dengan mempunyai pendapatan tambahan, duit gaji RM 2,000 setelah ditolak hutang, pastinya akan ada lebih sedikit untuk anda simpan daripada jumlah kemampuan anda setiap bulan.

cara simpan duit gaji 2000
Imej via [babab]

3. Setkan Jumlah Simpanan Yang Tetap

Cara simpan duit gaji 2000 juga adalah dengan cara setkan jumlah simpanan tetap setiap bulan. Sekurang-kurangnya adalah 10% daripada jumlah gaji anda. Sekiranya gaji RM 2,000, maka 10% yang harus anda simpan setiap bulan adalah berjumlah RM 200.

4. Gunakan Platform Simpan Paksa

Ramai anak muda yang ingin menyimpan secara efektif sudah mula menggunakan cara ini. Sebagai simpanan paksa, kita sendiri terpaksa merelakan sejumlah wang tersebut dijadikan simpanan dan tidak boleh digunakan.

Antara platform simpan paksa yang popular adalah ASB loan autodebit. Anda boleh setkan untuk simpanan RM 200 sebulan, sehingga ia telah mencecah seperti jumlah simpanan kita mahukan, anda boleh keluarkan semuanya pada masa tersebut.

Sebagai contoh, kita ingin menyimpan sebanyak RM 25,000, hanya RM 200 akan ditolak dari akaun bank setiap bulan. Tiba masanya nanti, anda sudah boleh menuai hasilnya. Mudahnya menyimpan dengan ASB kan!

cara simpan duit gaji 2000
Imej via [redmummy]

5. Laburkan Dividen Kepada Simpanan

Seperti Asb yang akan memberikan anda dividen tahunan, anda boleh gunakan dividen tersebut untuk dilaburkan semula sebagai simpanan dalam akaun ASB untuk jangka masa yang seterusnya.

Apabila dividen yang banyak dijadika simpanan, maka dividen pada tahun seterusnya akan berkembang dengan lebih banyak lagi. Cara simpan duit gaji 2000 ini merupakan teknik menggandakan wang yang boleh anda cuba.

6. Stop Beli Barang Tak Penting

Mulai sekarang, berhenti beli barang yang tak penting. Kita tak sedar rupa-rupanya kita hanya banyak berbelanja tetapi duit masuk sangat kurang. Fokus akan menyimpan wang, bukannya mengeluarkan wang.

Bezakan antara keperluan dan kehendak. Kita boleh jimatkan kos untuk setiap barang keperluan yang kita beli.

Sebagai contoh, bajet untuk beli barang dapur adalah RM 300, selepas jimatkan kos dan mencari barang yang lebih murah, barang dapur anda mungkin berjumlah RM 190 sahaja. Jelas anda sudah boleh jimat banyak di situ.

7. Buka Tabung Wajib

Jangan biar kita dikawal oleh duit, tetapi kawallah segala duit yang ada pada kita. Alasan duit tidak cukup menunjukkan duit yang memanipulasikan kita.

Sebaliknya, anda boleh buka tabung wajib seperti berikut:

  • Tabung Haji
  • Amanah Saham Bumiputera
  • Takaful / Perlindungan insurans
  • Emas
  • Akaun Simpanan Tetap (Fixed Deposit)
  • Pelaburan Saham

Dengan gaji RM 2000, sememangnya mustahil untuk kita lengkapkan tabung-tabung wajib berikut. Namun ia boleh dilakukan mengikut tempoh yang bersesuaian.

cara simpan duit gaji 2000
Imej via [themalaysianreserve]

8. Disiplin Terlalu Tinggi

Nak tak nak, disiplin harus ketat! Kalau dulu kita jenis beli apa sahaja setiap kali gaji masuk, kini kita perlu fikir 2 kali dan membeli barang yang penting sahaja.

Inilah yang dinamakan pengorbanan untuk mendapatkan hasil yang sangat manis, indah dan untung. Pernah dengar kisah Shafieqah Alya yang bergaji bawah 2000 tetapi mampu memiliki aset rumah dan kereta mewah asbab membuat simpanan?

Itulah salah satu contoh disiplin terlalu tinggi sehingga menyebabkan beliau berjaya simpan duit gaji 2000.

9. Bina Pendapatan Pasif

Biarpun dengan gaji sejumlah 2000 itu membolehkan anda menyimpan, jangan sesekali limitkan pendapatan anda. Cari dan binalah pendapatan pasif dengan mudah untuk menambah simpanan anda hari demi hari.

Cara simpan duit gaji 2000 amat berkesan jika anda mengambil peluang untuk menyimpan serta menjana pendapatan pasif yang lain dalam masa yang sama. Mulai hari ini, carilah sumber pendapatan pasif yang akan memberikan wang kepada anda.

cara simpan duit gaji 2000
Imej via [startupnation]

10. Simpanan 50% (Sakit Tapi Berbaloi)

Minimum jumlah simpanan yang harus dibuat adalah 10% tetapi simpanan 50% amat berbaloi untuk anda lakukan walaupun agak sakit sedikit. Bukan sampai tahap catu makanan, tetapi simpanan 50% dari gaji anda memerlukan anda menjadi sangat disiplin untuk mengasingkan simpanan tersebut.

Cara simpan duit gaji 2000 dengan menggunakan 50% setiap bulan ini memerlukan anda menyediakan akaun simpanan yang tidak boleh disentuh dan diusik. Sebagai contoh, masukkan simpan ke dalam Tabung Haji dan biarkan ia beranak di dalam akaun tersebut. Pasti ia amat menarik untuk anda cuba!

Itulah dia 10 cara simpan duit gaji 2000 yang mudah boleh anda ikuti. Letakkan matlamat dan disiplin terhadap objektif utama penyimpanan anda, tidak mustahil untuk anda kecapi simpanan yang sangat besar!

Jom baca juga cara simpan duit, bisnes online shopee dan idea bisnes online.

Rujukan:

  1. Gaji bawah RM2,000, begini cara simpan 30% gaji dengan efisyen. Dapat RM27,800 selepas 3 tahun. https://gilahartanah.com/cara-simpan-gaji-dapat-rm27800-selepas-3tahun/
  2. Siapa kata gaji bawah RM2,000 tak boleh kumpul banyak duit? Buat tip ini dan simpan RM27,000 dalam masa 5 tahun. https://gilahartanah.com/gaji-bawah-rm2000-tak-boleh-kumpul-banyak-duit/
  3. Ini 7 Cara Terbaik Simpan Duit Ribuan Ringgit Walau Gaji ‘Ciput’. Take Note Semua! https://says.com/my/seismik/share-ini-7-cara-terbaik-untuk-simpan-duit-walaupun-gaji-ciput-take-note-semua

Penulis: rinazul

rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.