Shopee adalah platform e-commerce yang menawarkan aktiviti jual beli oleh penjual dan pembeli secara percuma di seluruh dunia. Oleh itu, ramai peniaga online dan offline sudah mula berjinak-jinak dengan bisnes shopee.

Bagi anda yang masih tercari-cari bisnes online yang sesuai dilakukan di platform shopee, terdapat banyak bisnes online shopee yang boleh anda cuba. Sebenarnya, ia tidaklah susah asalkan anda tahu cara dan mengikut panduan yang betul.

Jom lihat antara bisnes online shopee yang boleh anda cuba. Mana tahu bisnes ini memberi peluang buat anda!

bisnes online shopee
Imej via [myrujukan]

#1 Pakaian Wanita

Pakaian wanita seperti tudung, aksesori, baju muslimah, baju dalam dan lain-lain lagi sangat popular dalam kalangan pembeli. Berjuta-juta wanita akan mencari barangan ini di shopee. Maklumlah kuasa membeli juga terletak di tangan wanita berbanding lelaki.

#2 Pakaian Lelaki

Lelaki juga tidak terkecuali untuk membeli pakaian mereka di shopee. Bisnes online shopee ini pastinya membuatkan anda untung kerana kebanyakan lelaki tidak sempat untuk window shopping atau membeli pakaian di luar.

#3 Barangan Kesihatan Dan Kecantikan

Produk kecantikan dan kesihatan mempunyai banyak saingannya jika dijual di pasaran luar. Namun, bisnes online shopee bagi barangan ini sangat berbaloi kerana pelanggan akan memilih dari segi harga dan kepercayaan.

bisnes online shopee
Imej via [bantumula]

#4 Mobile Dan Gadjet

Jangan terkejut rupanya bisnes online shopee ini sangat mudah dilakukan. Anda boleh menjual telefon bimbit, laptop, komputer dan lain-lain lagi di platform ini.

#5 Barangan Bayi Dan Permainan

Banyak ibu-ibu yang memilih shopee untuk mencari barangan anak mereka. Tidak hairanlah kenapa barangan bayi dan permainan kanak-kanak menjadi salah satu bisnes online shopee yang boleh anda cuba. Boleh jadi, ia lebih laris dijual di shopee berbanding anda menjual di laman sosial yang lain.

#6 Barangan Sukan

Adakalanya pembeli sukar menemui barangan yang mereka inginkan di kedai-kedai berhampiran mereka. Oleh itu, mereka akan mula cari di internet.

Inilah kelebihan anda menjual barangan sukan, kebanyakan pembeli akan mencari secara online dan bisnes online shopee ini adalah yang terunggul untuk mereka memilih.

bisnes online shopee
Imej via [destina]

#7 Beg Wanita Dan Lelaki

Bagi mereka yang cerewet, nak cari beg pun mengambil masa yang cukup lama. Paling menyedihkan lagi adalah apabila kedai yang dikunjungi tiada barang yang dicari. Nasib baik ada shopee, pelanggan akan dapatkan dari shopee. Amat berbaloi untuk anda mula lakukan bisnes online shopee ini.

#8 Barangan Haiwan Peliharaan

Bisnes online shopee yang boleh anda cuba juga adalah dengan menjual barangan haiwan peliharaan. Pencinta haiwan pastinya memerlukan anda kerana kebanyakan daripada mereka amat sibuk dan tiada masa mencari barang di kedai luar.

#9 Barangan Masakan Dan Makanan

Rupa-rupanya, shopee sangat mesra jualan. Bisnes online shopee ini juga termasuklah menjual makanan dan barang masakan. Anda boleh memilih bisnes jenis ini memandangkan ia sangat mudah.

bisnes online shopee
Imej via [shopee]

#10 Barangan Rumah

Terdapat banyak barangan rumah seperti barang dapur, bilik, perabot ruang tamu dan lain-lain lagi yang bakal menambat hati pelanggan.

Bisnes online shopee ini sangat mudah dilakukan jika anda seorang reseller ataupun dropship bagi kedai perabot dan barangan rumah. Cuma promote di shopee, submit order dan kedai terus hantar kepada pelanggan. Lebih jimat masa dan tenaga kan!

#11 Jam Wanita Dan Lelaki

Jam merupakan antara barangan yang sangat laris dijual di shopee. Apa salahnya anda memilih untuk menjual jam memandangkan kini terdapat ribuan jenis jam terbaik dan trending pilihan ramai.

#12 Kasut Wanita Dan Lelaki

Bermula dari harga murah sehinggalah harga yang mahal, bisnes online shopee pastinya tetap memberi anda ganjaran kerana prosesnya amat mudah dan targetable.

Jika kena pada gayanya, pasti ramai yang membeli di akaun shopee anda. Sebenarnya ia tidaklah susah, pilih sahaja dulu bisnes online shopee anda.

#13 Tiket Dan Baucer

Rupa-rupanya tiket dan baucer juga merupakan bisnes online shopee yang sangat sesuai dilakukan. Antaranya adalah seperti menjual topup, tiket konsert, baucer pembelian barang di pasaraya dan banyak lagi.

Sekali sekala, jom terjah bahagian pembelian tiket dan baucer ini. Jika anda mempunyai banyak baucer dan tiket, tak salah untuk berkecimpung dalam bisnes online shopee ini.

#14 Barangan Automotif

Barangan automotif ini mendapat tempat dalam kalangan kaum lelaki atau bapa-bapa. Tidak hairanlah bisnes online shopee ini menjadi pilihan ramai lelaki juga.

Antaranya adalah barangan kereta, motor dan barangan berkaitan yang lebih murah atau sukar didapatkan di kedai-kedai automotif berhampiran mereka.

bisnes online shopee
Imej via [shopee]

#15 Barangan Keagamaan Dan Kebudayaan

Bisnes online shopee juga membolehkan anda berniaga barangan keagamaan da kebudayaan. Tiada halangan. Contohnya, anda ingin menjual Al-Quran, telekung, sejadah dan sebagainya pun boleh. Dengan shopee, anda sudah mula berbisnes!

#16 Perkakas Rumah (Hardware)

Antara bisnes online shopee yang boleh anda cuba juga adalah berniaga perkakas rumah. Siapa sangka masih ada orang membeli barangan hardware di shopee atau internet berbanding kedai?

Ya, kebanyakkannya belian di shopee lebih murah dan mempunyai pelbagai pilihan produk. Bagi peminat perkakas (hardware), bisnes jenis ini boleh anda lakukan menggunakan medium shopee.

#17 Buku Dan Novel

Bagi anda yang bercita-cita membuka kedai buku sendiri, jadikanlah shopee sebagai kedai buku online anda untuk menjual. Peminat buku pasti akan menemui anda dengan mudah dan menjadi pembeli anda. Hebat bukan?

Itulah dia antara bisnes online shopee yang mudah untuk anda cuba. Jom baca juga idea bisnes online, cara simpan duit dan tempat simpanan wang anak.

Rujukan:

  1. Shopee Categories. https://shopee.com.my/
  2. 20 Hot Produk Di Shopee Wajib Tahu. https://bantumula.com/20-hot-produk-di-shopee-yang-wajib-korang-tahu/
  3. Bisnes Shopee. https://bisnesshopee.com

Penulis: rinazul

rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.