Usahawan kelahiran Sweden, Daniel Ek menjadi ahli terbaru jutawan dunia teknologi pada April 2018, selepas platform streaming muzik atas permintaan (on-demand music streaming) beliau, Spotify Technology SA, memasuki pasaran awam secara lansung.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang berusia 35 tahun itu, mengetuai perkhidmatan streaming muzik itu, yang bersaing dengan gergasi teknologi yang lain seperti Apple Inc.Alphabet Inc., dan Amazon.com Inc., mempunyai lebih kurang 9% saham di dalam syarikat yang bernilai $26.9 bilion itu, di mana saham beliau bernilai lebih kurang $2.4 bilion.

Spotify bukanlah merupakan kejayaan Ek yang pertama. Individu yang mempunyai wawasan dalam teknologi ini menjadi jutawan pada umur 23 tahun, walaupun sebelum mencipta idea berkenaan Spotify. Beliau yang membesar di kalangan penduduk kelas bekerja (working-class) di Stockholm, pengaturcara (programmer) komputer belajar sendiri (self-taught) ini memulakan perniagaan pertama beliau, mencipta dan menyelenggara laman-laman web untuk syarikat.

Dalam satu temubual pada tahun 2013, Ek memberitahu Sarah Lacy bahawa beliau menghasilkan sehingga $50,000 keuntungan dalam masa hanya satu bulan dengan mengenakan caj $5,000 kepada syarikat-syarikat tempatan, yang membawa kepada pendapatan beliau yang melebihi pendapatan bapa beliau, seorang mekanik, pada ketika umur beliau 16 tahun.

Pada masa ini, remaja itu (Ek pada usia 16 tahun), yang membeli gitar-gitar vintaj dan permainan video, telah mengenali Sean Parker, pengasas Napster, melalui ruang sembang dalam talian. Sean Parker kemudiannya menjadi pendokong terawal Spotify. Kedua-dua usahawan tersebut menyedari yang mereka telah bersembang di dalam talian menggunakan nama samaran ketika zaman remaja setelah Parker menghantar emel pujian untuk Spotify kepada Ek pada tahun 2009.

Jutawan Pada Umur 23 Tahun

Usaha Ek dari dalam bilik tidur beliau mahupun makmal komputer sekolah beliau telah mengembangkan perniagaan perseorangan beliau dengan cepat. Menurut Ek ketika temubual dengan Financial Time pada tahun 2013, pada umur beliau 18 tahun, beliau telah membimbing (dalam perniagaan) satu kumpulan seramai 25 orang dan telah terpaksa memperbadankan (incorporate) perniagaan beliau itu apabila jabatan cukai Sweden mula menanyakan dari mana semua wang tersebut datang.

Selepas menamatkan pendidikan sekolah tinggi, Ek sempat belajar bidang kejuruteraan di Institut Teknologi Diraja Sweden (Sweden Royal Institute of Technology) untuk tempoh selama lapan minggu sebelum beliau memutuskan untuk menerokai dunia teknologi. Beliau pernah memegang peranan kepimpinan di beberapa buah syarikat termasuk syarikat e-dagang, Tradera, yang mana telah dijual kepada eBay Inc. selepas itu, dan sebagai Ketua Pegawai Teknologi (CTO) kepada syarikat permainan dalam talian berkaitan fesyen, Stardoll.

Pada umur 23 tahun, Ek telah “bersara” daripada perniagaan dan menjual syarikat pemasaran dalam talian beliau, Advertigo kepada syarikat pemasaran digital Sweden, TradeDoubler dalam perjanjian yang bernilai sebanyak $1.25 juta.

Imej via Spotify

Hidup Di Dalam Sebuah Kabin

Pada tahun 2006, beliau merasa bosan dan tidak puas dengan kehidupan beliau di dalam apartmen mewah beliau di Sweden, tempat di mana beliau memandu kereta Ferrari merah beliau ke kelab-kelab malam, usahawan itu memutuskan bahawa beliau telah selesai menikmati babak kehidupan beliau yang sebegitu, lalu berpindah ke sebuah kabin di dalam hutan.

Di sana, beliau merancang projek besar beliau yang seterusnya. Di dalam sebuah temubual dengan New Yorker pada tahun 2014, Ek menyatakan bahawa gaya hidup mewah beliau membuat beliau tertekan, menyedari rakan-rakan yang dimiliki bukanlah kawan yang sebenar dan menyatakan tiada siapa yang memberitahu anda apa yang diperlukan apabila anda mempunyai kuasa kewangan.

Beliau bekerjasama dengan Martin Lorentzon, pengasas bersama TradeDoubler, dalam membangunkan sebuah syarikat yang menggabungkan kedua-dua minat beliau, iaitu muzik dan teknologi. Mereka berdua menjadikan perkhidmatan perkongsian fail internet Napster, peer-to-peer (P2p) sebagai inspirasi mereka. Mereka mengelakkan isu-isu berkaitan cetak rompak dengan bergantung kepada teknologi streaming dan mendapatkan perjanjian perlesenan dengan syarikat-syarikat rakaman.

Model perniagaan Spotify berbeza daripada perkhidmatan-perkhidmatan lain dari segi perkhidmatan itu tidak melibatkan caj untuk lagu-lagu yang dimuat turun, menawarkan muzik percuma kepada pengguna sekiranya pengguna sanggup menonton atau mendengar iklan. Pelanggan kemudian boleh memilih untuk membuat bayaran secara bulanan dalam bayaran daripada $5 kepada $15 untuk menutup iklan.

Pada tahun 2008, iaitu selepas dua tahun menghabiskan masa membangunkan perkhimatan tersebut dan meyakinkan syarikat-syarikat rakaman dan artis-artus untuk membenarkan muzik-muzik dan lagu-lagu mereka dimainkan (to be streamed) di Spotify, Ek melancarkan platform tersebut kepada pengguna-pengguna di Eropah.

Oleh sebab syarikat tersebut mengalami kesukaran dalam mendapatkan lesen-lesen antarabangsa untuk muzik, ianya mengambil masa lagi dua tahun untuk akhirnya dilancarkan di Amerika Syarikat, di mana syarikat tersebut terus menerima halangan termasuklah pemboikotan daripada ahli-ahli muzik berprofil tinggi seperti Taylor Swift, serta isu-isu dengan syarikat-syarikat rakaman yang besar dan pesaing-pesaing baru seperti Apple.

Spotify Di Dalam Pusingan Kedua

Berdasarkan kepada catatan terbaru syarikat tersebut, Spotify mempunyai hampir 160 juta pengguna bulanan, termasuk dengan 71 juta pelanggan berbayar. Pada tahun 2017, syarikat tersebut mengaut perolehan sekitar $5 bilion, namun mengalami kerugian sebanyak $1.5 bilion akibat daripada kenaikan kos royalti muzik.

Sasaran Spotify menyaksikan platform tersebut masih lagi berada pada peringkat awalnya, dan menjangkakan saham Spotify untuk menyamai saham Netflix Inc. yang mengagumkan semenjak perkhidmatan tersebut memasuki pasaran awam pada tahun 2002. Dengan pengguna semakin sanggup dan biasa dengan pembayaran “utiliti utama teknologi” seperti Netflix dan Spotify, sesetengah pihak di Wall Street melihat platform streaming muzik ini akan menggandakan bilangan pelanggan premium pada tahun 2020.

Ek pernah berkata berkenaan dengan penyenaraian yang luar biasa syarikat tersebut pada Bursa Saham New York (NYSE) di mana walaupun hari tersebut (hari syarikat beliau disenaraikan di dalam NYSE) merupakan hari yang besar dan beliau sangat berbangga dengan pekerja-pekerja beliau, beliau masih merasakan mereka hanya meraikan hari-hari di peringkat awal (permulaan), bukannya peringkat akhir seperti yang dilakukan oleh kebanyakan syarikat lain.

Beliau berkata demikian berikutan tiada penaja jamin dan harga tawaran awam awal (initial public offering / IPO) yang ditetapkan terlebih dahulu sebelum syarikat tersebut disenaraikan di dalam NYSE. Menurut beliau lagi, mereka kini satu dekad dalam perjalanan menuju ke arah kejayaan tersebut dan beliau merasakan seolah-olah syarikat beliau baru sahaja memasuki pusingan kedua (seperti di dalam perlawanan besbol).

Jemput juga baca tentang pengasas Tesla dan pengasas Facebook

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.