Hari lahir adalah hari yang sangat istimewa bagi insan yang menyambutnya. Adalah menjadi kebiasaan bagi kita untuk meraikan atau sekurang-kurangnya memberikan ucapan hari lahir sebagai tanda bahawa kita tidak lupa akan tarikh istimewa tersebut. Ucapan hari lahir adalah cara kita menunjukkan bahawa dia adalah penting dalam hidup kita. Lebih-lebih lagi kalau yang menyambutnya adalah suami kita yang tercinta.

Ada kalanya, kita mati akal dalam memilih ucapan hari lahir yang terbaik untuk diberikan. Puas kita memerah otak untuk mendapatkan bait-bait kata yang bermakna. Namun gagal. Kali ini kami akan kongsikan ucapan hari lahir buat suami yang pastinya menyentuh perasaan dan membuatkan suami berasa terharu dan dihargai.

Sumber: Adajennifer

Ucapan hari lahir boleh diberikan dalam pelbagai cara termasuklah:

  • Kad ucapan
  • Sms
  • Whatsapp
  • Belon dan jambangan bunga
  • Ucapan semasa anda sedang berdepan
  • Emel

Walau apa pun cara pilihan anda, apa yang paling penting adalah isi ucapan yang diberikan. Ia adalah luahan hati dan perasaan anda terhadap suami tercinta.

Ucapan pertama

“Suamiku. Tiada hadiah yang lebih bernilai yang mampu ku berikan padamu selain kasih dan cinta yang tulus dari hati untukmu suamiku yang ku sayangi. Semoga kita kekal sehingga ke akhir hayat.”

Ucapan kedua

“Sanah Helwah buatmu suamiku yang tersayang. Doaku buatmu, semoga dalam kehidupan sehari-hari bersamamu, kau dianugerahkan kesihatan yang terbaik, dimudahkan segala urusan dan diberikan kebahagiaan berpanjangan hingga ke syurga.”

Ucapan ketiga

“Happy Birthday suamiku tersayang. Ketahuilah wahai suamiku, kau adalah lelaki yang paling hebat di dunia ini dan kaulah segalanya bagiku. Tanpamu hidupku tak bererti.”

Ucapan keempat

“Selamat ulangtahun untuk suamiku. Semoga kegembiraan menjadi milik kita bersama. Didoakan juga semoga dipanjangkan umur mu sayang, dikurniakan kesihatan yang baik, kejayaan yang berganda dan dimurahkan rezeki selalu hendak-Nya. Aamiin ya rabbal alamin.”

Ucapan kelima

“Terima kasih sayang di atas segala pergorbanan yang kau laksanakan demi diriku dan anak-anak. Sesungguhnya tiada apa yang lebih membahagiakan isterimu ini selain bersamamu setiap masa. Selamat hari lahir sayang.”

Ucapan keenam

“Kaulah lelaki yang telah mengubah hidupku yang dahulunya gelap dan kini terang benderang disinari mentari yang tiada padam cahayanya. Kaulah cahaya yang menerangi hidupku selamanya. Selamat hari lahir nyawaku. Semoga dikurniakan keberkatan hidup dan dirahmati Allah dunia akhirat.”

Sumber: Cafemom

Ucapan ketujuh

“Selamat hari lahir suamiku sayang. Dikau adalah ayah terbaik untuk anak-anakku dan lelaki terhebat dalam hidupku. Semoga dirimu selalu sihat dan terus dipanjangkan umur. Amiin.”

Ucapan kelapan

“Dihari yang istimewa ini, ingin kuucapkan jutaan terima kasih untuk kebahagiaan yang telah kau berikan kepadaku selama ini, sayang. Semoga aku bisa menjadi isteri terbaik untukmu. Selamat ulang tahun kelahiran suamiku. Doaku sentiasa mengiringi langkahmu.”

Ucapan kesembilan

“Kekasihku. Mimpiku menjadi sempurna saat kamu menjadi suamiku. Hidupku semakin indah tika kau hadir melengkapi kekuranganku. Terima kasih suamiku tersayang, di atas segalanya. Selamat hari lahir. Semoga cinta kita akan terus kekal hingga ke syurga.”

Ucapan kesepuluh

“Tarikh istimewa ini muncul lagi. Seperti biasa, sayang ucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat abang yang tercinta. Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi sayang selama ini. Tiada yang lain hanya abang seorang. Cinta sayang pada abang akan sentiasa mekar sampai bila-bila. Semoga hadiah tidak seberapa pemberian sayang ini akan membahagiakan abang.”

Ucapan kesebelas

“Suamiku, kau adalah lelaki yang terbaik untukku. Kaulah imamku. Kaulah teman hidupku. Kaulah belahan jiwaku. Kaulah pendengar setia segala masalahku. Tanpamu siapalah aku. Selamat ulang tahun kelahiran suamiku sayang. Bahagiamu adalah bahagiaku. Sesungguhnya kau adalah segalanya bagiku.”

Ucapan kedua belas

“Abang. Pada hari ini, apa pun impian abang selama ni, semoga Allah tunaikan. Apapun rencana hidup abang, semoga semuanya berjalan dengan lancar. Semoga kegembiraan sentiasa menemani perjalanan hidup abang. Semoga mendapat keberkatan dan sentiasa dalam redha Allah. Selamat hari lahir, abang.”

Ucapan ketiga belas

“Tiada susunan ayat yang istimewa. Hanya ucapan dan doa ringkas yang mampu isterimu ucapkan. Selamat hari lahir suamiku. Semoga Allah melindungi setiap langkahmu, moga diberikan kesihatan yang berpanjangan, dipanjangkan umur, diperluaskan rezeki, diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Aamiin.”

Ucapan keempat belas

“Selamat Hari lahir Imamku. Semoga sentiasa dalam lindungan Dan Rahmat Allah. Terima kasih kerana menjadi suami dan ayah yg terbaik buat sayang dan anak-anak. Sayang tak mampu untuk berikan hadiah mahal buat abang. Hanya ucapan dan doa sebagai tanda sebuah cinta yang dalam dan tulus ikhlas. Sayang abang dunia akhirat.”

Ucapan kelima belas

“Tiada susunan ayat yang istimewa. Hanya ucapan dan doa ringkas yang mampu dilakarkan untuk hari lahir mu. Abanglah segalanya untuk sayang. Abang adalah hadiah terbaik yang sayang dapat seumur hidup. Semoga Allah berkati abang selalu. Semoga Allah berkati rumah tangga kita selamanya.”

Sumber: Cliparting

Itulah dia 15 ucapan hari lahir buat suami yang boleh anda jadikan sebagai inspirasi. Didoakan semoga rumah tangga anda kekal bahagia selamanya hingga ke syurga. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang ilmu kewangan suami isteri, peranan suami isteri dalam membuat keputusan kewangan, dan isteri bijak menabung.

Sumber:
Bidadari

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.