Bitcoin dan ethereum menjadi tumpuan bagi kebanyakan para penggemar mata wang digital. Selain itu, para pelabur amatur mungkin mengetahui tentang matawangkripto (cryptocurrency) yang lain seperti ripple atau EOS, dan mereka juga mungkin biasa dengan token-token palsu (gimmick) seperti dogecoin. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa mata wang digital yang sering diabaikan. Antara matawangkripto yang sering diabaikan adalah litecoin.

Setakat tahun 2019, litecoin menduduki tangga ke-7 di dalam senarai mata wang digital terbesar mengikut permodalan pasaran, dengan jumlah pengedaran sebanyak lebih daripada $9 bilion token. Namun demikian, bagi sesetengah penggemar yang berdedikasi, litecoin kekal sebagai dasar untuk mata wang digital, dan pengasas litecoin, Charlie Lee telah memperoleh penghormatan yang biasanya dikhaskan untuk Vitalik Buterin ataupun Satoshi Nakamoto. Artikel ini akan menceritakan siapakah Charlie Lee dan bagaimana beliau membentuk litecoin.

Awal Kehidupan Dan Permulaan Kerjaya

Charlie Lee dilahirkan di barat negara Afrika, iaitu di Ivory Coast, di mana ibu bapa beliau telah menetap di sana untuk selama beberapa dekad. Lee dan keluarga berpindah ke Amerika Syarikat sewaktu beliau berumur 13 tahun. Beliau menamatkan sekolah tinggi (high school) pada tahun 1995 dan menyambung pelajaran di MIT. Lee mendapat ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana di dalam bidang sains komputer, dan menamatkan pelajaran beliau pada tahun 2000.

Sejak dari peringkat permulaan kerjaya profesional beliau, Lee telah menunjukkan minat dan kebolehan terhadap teknologi komputer. Pada awal 2000-an, Lee menghabiskan beberapa tahun bekerja untuk beberapa buah syarikat teknologi terkenal, termasuklah Google dan Guidewire Software. Beliau mula membangunkan litecoin semasa beliau bekerja sebagai jurutera perisian (software) untuk Google.

Kerja-kerja Lee semasa bersama Google termasuk projek-projek seperti YouTube Mobile dan Chrome OS. Pada tahun 2011, ketika bekerja di Google, Lee mendapat tahu tentang bitcoin ketika membaca sebuah artikel di dalam laman web Silk Road. Pembacaan ini terbukti menjadi saat penting kepada Lee, kerana bermula pada saat itu, beliau telah mencari jalan untuk melibatkan diri dalam perdagangan emas.

Latar belakang dan kepercayaan ekonomi beliau telah menyebabkan untuk menggunaka Sistem Rizab Persekutuan dengan keraguan. Dalam pencarian beliau tentang cara untuk melabur yang kurang bergantung kepada kuasa kewangan biasa, Lee menjadi sangat berminat dengan bitcoin dan teknologi blockchain baru (new blockchain technology) yang mendokong bitcoin.

Imej via bitcoinist

Daripada Miner Kepada Pemaju

Bersama-sama dengan ramai lagi pengguna awal bitcoin yang juga merupakan saintis-saintis komputer yang berbakat, Lee mula bereksperimen dengan perlombongan (aktiviti mendapatkan mata wang digital dengan menggunakan rekod transaksi dalam sistem mata wang digital tertentu). Beliau juga bertemu dengan pemaju yang menghasilkan teras perisian pelanggan blockchain (core blockchain client software), Mike Hearn.

Pertemuan dan minat beliau di dalam bitcoin telah mendorong beliau untuk cuba membangunkan mata wang digital sendiri, yang dimodelkan sempena bitcoin. Lee bukanlah satu-satunya saintis komputer dan jurutera perisian yang membuat percubaan ini, di mana pada awal kemunculan bitcoin, terdapat banyak pemaju berharap untuk membangunkan bitcoin yang baru.

Projek matawangkripto pertama Lee dipanggil Fairbix. Beliau membangunkan matawang ini pada bulan September 2011, yang dimodelkan sempena bitcoin dan Tenebrix, satu matawang yang telah dilancarkan lebih awal pada tahun yang sama.Malahan, Lee dan ahli-ahli pasukan pembangun beliau telah menggunakan banyak bahagian kod sumber (source code) Tenebrix.

Walaupun Fairbix tidak mendapat kejayaan yang diharapkan disebabkan masalah pra-perlombongan (pre-mining) dan kesilapan perisian yang menyebabkan matawang itu terdedah kepada 51% attack (serangan ke atas blockchain), ianya bukanlah usaha yang sia-sia sepenuhnya. Ini kerana, Lee telah menggunakan pengalaman daripada kegagalan Fairbix ini untuk pembangunan beliau yang seterusnya, litecoin.

Litecoin

Lee memperkenalkan litecoin hanya beberapa minggu selepas kegagalan FairbixLitecoin dimodelkan bersempena dengan teras kod bitcoin, dengan beberapa pengubahsuaian yang beliau rasakan akan menambahbaik bitcoin. Ianya termasuklah protokol hashing (ringkasan menggunakan angka yang boleh digunakan untuk memberikan integriti mesej kerana ia adalah mudah dan kecil), transaksi masa untuk blok dan jumlah nilai modal bekalan maksimum, dan lain-lain lagi.

Walaupun litecoin dimodelkan sempena bitcoin, Lee telah berusaha untuk memperkenalkan matawangkripto tersebut sebagai satu alternatif kepada bitcoin, berbanding sebagai satu pesaing. Lee percaya bahawa litecoin lebih berguna dalam urus niaga yang lebih kecil seperti membeli-belah dalam talian, manakala bitcoin lebih berguna dalam urus niaga utama antarabangsa.

Semenjak pelancaran litecoin, Lee telah bekerja di Coinbase, sebuah bursa mata wang digital yang terkenal. Pada bulan Jun 2017, Lee meninggalkan Coinbase untuk memberi lebih banyak tumpuan kepada litecoin. Walaupun litecoin telah mencapai kejayaan besar, terdapat khabar angin yang mula tersebar pada musim bunga tahun 2018 bahawa Lee merancang untuk meninggalkan matawangkripto beliau sendiri.

Lee telah menyatakan bahawa beliau akan tetap meninggalkan matawangkripto beliau itu kerana beliau percaya bahawa penglibatan beliau sebagai ketua rangkaian tersebut akan menghalang litecoin daripada menjadi pencar sepenuhnya (fully decentralized). Selepas awal bulan Mei 2018, Lee tidak memberikan apa-apa maklumat lanjut tentang perancangan masa depan beliau berkaitan dengan litecoin atau projek-projek mata wang digital yang lain, atau tidak juga menunjukkan bila beliau akan meninggalkan matawangkripto beliau sendiri, litecoin.

Jemput juga baca apa itu Bitcoin

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.