Nobel Prize in Economics tahun 2017 dimenangi oleh Richard Thaler, seorang profesor ekonomi di Universiti Chicago yang merupakan mujtahid dalam mazhab “Behavioral Economics” (ekonomi tingkah laku).

 

Imej via Facebook

Ekonomi sebenarnya adalah sains tentang tingkah laku manusia. Pengeluaran (production), penggunaan (consumption), pengagihan (distribution) dan pertukaran (exchange) barangan ni merupakan tingkah laku manusia. Ekonomi bukan “rocket science” tapi lebih kepada “common sense”.

Tapi ahli-ahli ekonomi arus perdana suka meng-abstrak-kan manusia menjadi “homo economicus” (economic man) yang seolah-olah boleh membuat keputusan sempurna dengan rasional. Menurut mereka, pasaran bebas adalah mekanisme yang terbaik kerana ejen-ejen ekonomi “homo economicus” ni boleh buat keputusan untuk menghasil, membeli dan mengagih sumber ekonomi secara optimum dan efisien.

Jadi teori-teori ekonomi arus utama suka guna formula matematik yang rumit nak mampuih untuk menerangkan konsep-konsep ekonomi. Sebab bagi mereka, keputusan ekonomi manusia ini adalah “perfectly calculatable”.
 

Memahami Teori Tingkah Laku

Seperti Herbert Simon (pemenang Nobel 1978) dan Daniel Kahneman (pemenang Nobel 2002), Thaler ni adalah antara ahli ekonomi yang cuba melakukan tajdid terhadap ilmu ekonomi dengan teori tingkah laku.

Behavioral economics cuba membuktikan sebenarnya tingkah laku ekonomi manusia tidaklah rasional mana pun, malah lebih banyak berdasarkan “bias” yang membawa kepada pembaziran dan ketidakstabilan ekonomi.

Antara contoh-contoh bias yang disebut dalam buku-buku Thaler termasuk “herd mentality” (mentaliti ternakan). Pengguna ni sebenarnya membeli sesuatu barang atas sebab ikut-ikut orang, macam kambing ikut pengembala.

Apatah lagi pengembala tu orang yang ada pangkat Datuk terlajak kaya yang memakai dua jam tangan. Jadi pendukung “behavioral economics” ni melihat perlu adanya pihak berkuasa yang boleh mengawal peniaga yang mengguna taktik “herd marketing” untuk mencari keuntungan.
 

Endowment Effect

Satu lagi jenis bias ialah “endowment effect”. Endowment effect ni menjadikan sesuatu harga barang tidak munasabah. Keadaan ini selalunya berlaku dalam pasaran hartanah di mana orang cenderung untuk menjual hartanahnya melebihi harga pasaran berdasarkan nilai sentimental.

Akibatnya ialah harga hartanah yang asyik melambung. Tanpa campur tangan yang bersesuaian, pasaran akan hilang kawalan, membawa kepada “bubble” dan “crash”.

Bab-bab ekonomi ni saya bukan pakar sangat, lebih kepada autodidak (bukan autodedak, “autodidact” – maksudnya “belajar sendiri”).

Jadi kalau kamu ada kawan yang belajar ekonomi, bolehlah tanya pasal behavioral economics dekat mereka. Dan kamu akan sedari sebenarnya kebanyakan fenomena pelik-pelik kat Malaysia ni, Qu Hitam ke Lalaswara Empire ke scammer ke, adalah berpunca daripada manipulasi peniaga oportunis terhadap psikologi orang ramai.

Copy

Penulis: Ayman Rashdan Wong

Seorang pegawai pentadbir diplomatik di sektor kerajaan. Rajin berkongsi tentang ilmu politik dan ekonomi di status Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.