Presiden Donald Trump merupakan satu personaliti media Amerika, pemaju hartanah dan seorang ahli perniagaan dengan pendapatan bersih dianggarkan $3 bilion hingga $10 bilion. Anggaran ini bergantung kepada siapa yang membuat anggaran. Senarai terkini untuk jutawan dunia yang dikeluarkan oleh Forbes pada September 2018, meletakkan Trump dalam kedudukan ke-766 dengan pendapatan bersih $3.1 bilion. Perkara ini menjadikan beliau Presiden Amerika pertama yang jutawan. Penglibatan beliau selama 14 tahun sebagai bintang rancangan realiti TV NBC, “The Apprentice” menceritakan sedikit sebanyak kisah beliau sebagai seorang ahli perniagaan.

Beliau juga merupakan pengerusi dan presiden The Trump Organization, yang diwarisi daripada bapa beliau, Fred Trump. Beliau juga merupakan pengasas Trump Entertainment Resorts, yang kini dimiliki oleh Icahn Enterprises. Beliau mewariskan operasi empayar perniagaan beliau kepada dua anak lelaki beliau selepas beliau berpindah ke Pejabat Oval pada Januari 2017.

Trump memulakan kerjaya beliau di syarikat bapa beliau yang kini dipanggil Elizabeth Trump & Son. Beliau bekerja di sama semasa menghadiri Sekolah Wharton, Universiti Pennsylvania dan menyertai perniagaan sepenuh masa setelah beliau menamatkan pengajian pada tahun 1968. Dengan bakat mendapatkan publisiti dan satu siri projek pembinaan dan pengubah suaian yang berprofil tinggi di Bandaraya New York, kerjaya Trump sangat dikenali oleh orang ramai.

Awal Kehidupan Dan Latar Belakang Pendidikan

Beliau dilahirkan pada 14 Jun 1946 di bandar Queens, sebuah bandar di bandaraya New York. Beliau merupakan anak bongsu daripada lima orang adik-beradik. Ibu beliau, Mary Anne dilahirkan di Kepulauan Lewis, di pantai barat Scotland yang kemudiannya bermigrasi ke Amerika Syarikat. Ayah beliau, Fred Trump adalah anak kepada pemilik sebuah restoran, Klondike Gold Rush dan seorang pembina rumah.

Semasa kelahiran Donald, ayah beliau sedang membina kompleks perumahan di bandaraya New York, terutama di kawasan Brooklyn, untuk para tentera yang berpendapatan sederhana yang kembali daripada Perang Dunia II bersama keluarga mereka. Dan semasa kelahiran beliau juga, Fred Trump telah menjadi seorag pemaju hartanah yang berjaya di New York selama 20 tahun.

Bakat Donald Trump

Namun demikian, ibu beliau merupakan individu yang menjadikan beliau berbeza daripada kebanyakan taikun hartanah iaitu dengan mengajar beliau tentang kuasa pandangan (power of spectacle). Sebagai seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun, ia memberikan kesan yang besar kepada beliau apabila melihat ibu beliau mendapat penobatan gilang gemilang daripada Queen Elizabeth II.

Ibu bapa beliau membesarkan keluarga besar mereka di dalam rumah dua tingkat Tudor di tanah milik Jamaica, di Queens. Semasa usia kanak-kanak, Donald dihantar ke Sekolah Kew-Forest di Forest Hills, Queens. Fred merupakan Lembaga Pemegang Amanah untuk sekolah persendirian ini. Pada usia muda beliau, beliau banyak menimbulkan masalah.

Zaman Persekolahan

Bimbang tentang kekurangan disiplin beliau, bapa beliau menghantar beliau ke Akademi Ketenteraan New York di bahagian utara Cornwall, New York untuk memulakan tingkatan lapan. Beliau kekal di sana untuk sepanjang sekolah menengah (high school). Beliau lulus dengan pangkat kapten kadet. Beliau kemudian melabelkan sekolah tersebut sebagai tempat di mana beliau belajar untuk menukarkan sifat agresif beliau kepada satu pencapaian yang baik. Pada waktu cuti dan musim panas, beliau mengikuti bapa beliau ke tapak-tapak pembinaan di Brooklyn, di mana bapa beliau melakukan pembinaan dan membeli pesaing-pesaingnya.

Selepas tamat sekolah menengah, beliau menghadiri Universiti Fordham di Bronx. Selepas dua tahun di sana, beliau berpindah ke Sekolah Wharton Universiti Pennsylvania, yang menawarkan jabatan kajian hartanah, pada masa tersebut merupakan satu-satunya tempat yang menawarkan jabatan tersebut. Beliau lulus dengan B.S. dalam bidang ekonomi pada tahun 1968.

Imej via iLabur

Dunia Perniagaan

Beliau telah bersama-sama syarikat hartanah bapa beliau, Elizabeth Trump & Son untuk selama hampir sepanjang hayat beliau. Namun beliau mula bekerja sepenuh masa setelah beliau mendapat kelulusan kolej pada tahun 1968, iaitu pada usia 22 tahun. Beliau menguasai syarikat itu pada tahun 1971 dan menamakan semula kepada The Trump Organization.

Bapa beliau telah memberi tumpuan kepada pembinaan dan penyewaan pangsapuri taraf sederhana di Brooklyn, Queens dan Staten Island, namun beliau menumpukan perhatian ke Manhattan. Beliau lansung mencari projek yang berprofil tinggi. Pada mulanya, Fred tidak bersetuju namun pada akhirnya menyokong projek beliau di tengah-tengah Big Apple.

Urus niaga awal terbesar beliau adalah apabila beliau menyelamatkan Hotel Commodore yang dahulunya telah muflis dan mengubahnya menjadi Grand Hyatt. Beliau membuka hotel yang telah diubah suai tersebut pada tahun 1980 dengan bantuan cukai 40 tahun dari bandaraya New York.

Pada tahun 1983, beliau meletakkan mercu tanda beliau, menara Trump 68 di Midtown Manhattan. Bangunan pencakar langit pelbagai guna yang menggunakan permukaan kaca hitam dan hiasan tembaga itu menjadi acuan kepada kebanyakan bangunan beliau selepas itu.

Dunia Politik

Sekitar masa ini juga, beliau menggunakan kejayaan beliau dalam perniagaan untuk menceburi politik. Beliau membuat kemunculan pertama dengan pengubah suaian Wollman Rink do Central Park. Pengubah suaian telah bermula pada tahun 1980 tetapi siap pada tahun 1986. Beliau dengan secara terbuka mengkritik ketidakcekapan agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam projek pengubah suaian tersebut telah mewujudkan perbalahan dengan Datuk Bandar pada masa tersebut, Ed Koch.

Akibat daripada perbalahan tersebut, beliau menawarkan untuk menyelesaikan projek tersebut sendiri secara percuma. Beliau mengambil masa selama tiga bulan untuk menyelesaikan projek tersebut dengan kos jauh lebih rendah daripada bajet yang disediakan, sekaligus membuktikan hujah beliau.

Projek-projek pembinaan beliau dan juga sikap beliau menjadikan beliau sangat terkenal di kalangan orang awam. Pada tahun 1987, beliau memanfaatkan kemasyhuran belaiu dengan menerbitkan buku bertajuk “The Art of the Deal”, yang berada di dalam senarai buku paling laris untuk selama 52 minggu.

Kesimpulan

Donald Trump dan gaya beliau yang pelbagai mendorong beliau daripada dunia perniagaan ke mata orang ramai. Buku beliau, The Art of the Deal (1987) mendapat sambutan yang penuh hangat pada tahun 1980-an. Walau bagaimanapun, pada tahun 1991, kebankrapan memaksa beliau untuk menjual syarikat penerbangan, Trump Shuttle dan kapal layar bersaiz 282 kaki milik beliau dan juga menyerahkan sebahagian besar saham kasino beliau.

Namun, menjelang pertengahan 90-an, nasib beliau mula berubah. Trump kembali termasuk dalam senarai Forbes 400 pada tahun 1996, selepas tidak tersenarai untuk enam tahun. Pada tahun 1996 juga, beliau kembali ke mata orang ramai apabila membeli hak untuk pertandingan Miss America. Profilnya meningkat lebih tinggi apabila beliau mula memainkan peranan beliau dalam “The Apprentice” pada tahun 2004, dengan berjuta-juta penonton yang ingin menyaksikan Trump memecat eksekutif-eksekutif yang bercita-cita tinggi di dalam rancangan tersebut.

Pada tahun 2015, Trump secara terbuka mengumumkan bahawa beliau akan bertanding untuk jawatan presiden Amerika Syarikat sebagai Republikan. Beliau memenangi pilihanraya yang hangat tersebut pada 8 November 2016, dengan menewaskan calon Demokratik dan bekas setiausaha negara, Hillary Clinton.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.