Selalu kita dengar virus komputer, virus penyakit dan baru-baru ini Coronavirus. Virus-virus ini sangat merbahaya dalam kehidupan seharian kita. Tetapi pernahkah anda dengar virus kewangan ?

Virus kewangan adalah virus di mana kita akan berbelanja tanpa sedar bahawa duit kita sudah habis. Virus ini sangat merbahaya kerana ia boleh memberi kesan kepada kestabilan kewangan kita. Virus kewangan ini juga mempunyai jenis-jenisnya.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai jenis-jenis virus kewangan. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Jenis-jenis virus kewangan

virus kewangan
Imej via Facebook

1) Virus Bergaya

Ciri orang yang terkena virus ini adalah sejenis orang yang suka barang yang berjenama, baru dan boleh dibanggakan. Ada yang menderita daripada virus ini hanya untuk kepuasan diri atau untuk dilihat hebat dan bergaya semata-mata. Virus ini makan banyak simpanan dan selalu orang terkena virus ini tiada simpanan.

2) Virus Menunjuk

Bagi yang terkena virus ini, mereka suka hidup dalam perhatian umum dan masyarakat. Mereka akan cuba cari perhatian masyarakat untuk dilihat, hebat dan berjaya. Contoh, merek sanggup berhutang banyak demi sebuah majlis perkahwinan yang meriah, mewah dan hebat.

3) Virus Boros

Virus ini cenderung kepada suka membeli barang bukan keperluan dan suka membeli barang jualan murah walaupun di rumah sudah ada. Virus ini menyebabkan kita tiada dana kecemasan dan hutang kad kredit semakin bertambah.

4) Virus Budaya

Dalam masyarakat kita adan budaya dan kefahaman tentang duit yang tidak sihat seperti “Biar papa asal bergaya”, “Janggut kalau dicukur tetap tumbuh”, “Duit banyak bukan boleh bawa mati”, “Kejayaan diukur dengan kereta mewah” dan lain-lain lagi.

*4 Jenis virus ini sangat merbahaya dan boleh merosakkan kewangan kita tanpa kita sedar. Dalam masyarakat kita, virus-virus ini tidak asing lagi dan telah menjadi kebiasaan dalam diri. Maka, kita perlu berhati-hati ketika berbelanja. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.