Selama beribu-ribu tahun lamanya, manusia memandang emas sebagai pelaburan dan simpanan kerana nilainya yang semakin hari semakin tinggi.

Ketika ekonomi goyah dan ketika pasaran saham tidak stabil, banyak pelabur mula bertanya “Adakah emas merupakan pelaburan yang baik?” dan “Perlukah saya melabur dalam emas?“.

Ya, sila pastikan anda memeriksa semula matlamat dan strategi pelaburan anda sebelum menyertai pelaburan ini.

pelaburan emas
Imej via [usahawan]

Sebelum melabur, penting untuk memahami bagaimana sistem pelaburan emas berfungsi. Sama seperti pelaburan apa pun, kita akan menghadapi risiko kerugian dan risiko tersebut akan bertambah sekiranya kita tidak mempunyai ilmu.

Jika anda berminat dengan pelaburan emas, berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu.

1. Pelaburan Emas Tidak Sama Dengan Emas Fizikal

Sebilangan pelabur suka melabur dalam pelaburan emas kerana mereka telah diberi pendedahan mengenai kebaikan pelaburan emas kepada masa depan mereka.

Walau bagaimanapun, penting untuk anda perhatikan bahawa sebenarnya melabur dalam pelaburan emas ini tidak menggunakan emas fizikal. Anda mungkin melabur dalam syarikat perlombongan emas, tetapi sebenarnya anda tidak melabur dalam syarikat emas itu sendiri. 

Jika anda suka buat duit dengan emas tetapi tidak mahu membeli komoditi fizikal, pelaburan emas boleh menjadi pilihan yang baik. Bergantung pada keadaannya, pelaburan emas mungkin bertukar arah aliran ketika pasaran lain terjejas.

Walaupun ini tidak selalu berlaku, perlu dipertimbangkan ketika membuat keputusan adakah emas adalah pelaburan yang baik untuk anda?

2. Perakuan Emas Terdedah Kepada Penipuan

‘Kertas emas’ atau sijil emas akan menyebabkan keseluruhan proses pelaburan menjadi lebih sederhana. Namun, perlu difahami bahawa apabila anda melabur dalam sijil emas, anda sebenarnya tidak melihat atau menyimpan emas tersebut.

Anda dianggap memilikinya, tetapi satu-satunya bukti anda adalah kertas. Pada masa kemerosotan ekonomi, penipu mungkin akan menggunakannya.

pelaburan emas
Imej via [twitter]

3. Dapatkan Pengesahan Broker

Berhati-hati dengan mereka yang mengaku menjual emas kertas selama ini, terutamanya jika mereka masih baru dalam perusahaan tersebut. Sekiranya anda memutuskan untuk melabur dalam sijil emas, penting untuk mendapat pengesahan broker. 

Pastikan mereka (broker) boleh dipercayai dan telus. Dengan emas kertas, ada kemungkinan syarikat yang tidak bertanggungjawab dapat menjual emas yang sama berkali-kali.

Apabila anda mahu menukarkan kepada wang semasa kecemasan, penipuan seperti ini akan terbongkar. Bahaya kan?

4. Memerlukan Tempat Selamat Untuk Menyimpan Emas Fizikal

Sekiranya anda tertanya, “Haruskah saya melabur dalam emas?“. Apabila anda melabur dalam emas fizikal, anda memerlukan tempat yang selamat untuk menyimpannya. Jadi anda harus berfikir terlebih dahulu mengenai perkara ini.

Bagi mereka yang lebih suka menguruskan simpanan sendiri, belilah peti besi yang kuat dan boleh melindungi aset fizikal emas. Bagi mereka yang tidak dapat menyimpannya di premis sendiri pula, mereka boleh gunakan peti deposit keselamatan di bank tempatan.

5. Harga Jongkong Emas Dan Syiling Emas Tidak Sama

Semasa anda melabur dalam emas fizikal, anda mungkin akan memilih antara jongkong emas dan syiling emas. Perlu kita fahami bahawa syiling emas, kandungan emas dan jisimnya adalah penting. Usia emas juga akan menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi harganya. 

Emas juga umpama barang antik kerana nilainya dilihat berdasarkan pada usianya. Oleh itu, walaupun jongkong emas kehilangan nilai kerana penurunan harga spot emas, tetapi syiling emas yang diperakui mungkin mengekalkan nilainya atau bahkan kenaikan nilainya.

Sebelum anda membuat keputusan untuk melabur dalam jongkong atau syiling emas, fahami bagaimana masing-masing berfungsi, dan apakah matlamat anda.

pelaburan emas
Imej via [hargaemas]

6. Cukai Emas Fizikal Dikenakan Mengikut Kadar Koleksi

Salah satu kelebihan melabur ialah anda berpeluang menerima kadar cukai yang baik. Keuntungan modal jangka masa panjang sering dikenakan pada kadar yang lebih rendah daripada kadar marginal anda sendiri.

Walau bagaimanapun, kadar ini tidak berlaku untuk emas fizikal. Sekiranya anda menjual jongkong emas atau duit syiling, anda akan dikenakan cukai mengikut kadar keuntungan modal koleksi.

Untuk aset jangka masa pendek, itulah kadar cukai marginal anda. Manakala bagi aset jangka masa panjang pula, kadar cukai marginal anda dibatasi pada 28%.

Walau bagaimanapun keadaannya, anda harus ambil tahu akan kadar cukai dan bersiap sedialah jika anda memutuskan untuk menjual sebahagian daripada emas tersebut.

7. Anda Mungkin Membayar Premium Semasa Membeli Emas

Apabila anda membeli emas, anda bukan sahaja perlu membayar harga yang dinyatakan. Kadang kala anda perlu membayar jumlah premium. Termasuklah harga markup semasa membeli emas. 

Hasilnya, keuntungan tidak akan dapat dicapai sehinggalah anda mengatasi apa sahaja premium yang anda bayar. Selain itu, jika anda membayar kos bagi penyimpanan emas anda, kos tersebut ditambah dengan premium, ia akan mengurangkan nilai keuntungan anda.

Sebelum anda memutuskan sama ada emas adalah pelaburan yang baik, pastikan anda memahami kosnya, dari premium hingga penyimpanan hingga kadar keuntungan modal yang lebih tinggi. Semua itu harus difikirkan bagaimana anda harus memasukkan pelaburan emas ke dalam portfolio anda.

pelaburan emas
Imej via [investsilvermalaysia]

8. Harga Emas Biasanya Tidak Jatuh Dengan Kerap

Salah satu sebab ramai orang memandang emas sebagai pelaburan terbaik adalah kerana nilainya dilindungi terhadap risiko atau inflasi. Ramai pelabur bersetuju bahawa pelaburan emas berpotensi menjadi simpanan nilai ketika saham jatuh atau ekonomi sedang dilanda masalah.

Selalunya, emas bergerak terbalik dengan matawang yang juga menjadikannya menarik. Walau bagaimanapun, keadaan situasi emas tidak selalu terjadi seperti yang diharapkan oleh pelabur.

Kadang-kadang ia tidak bergerak secara terbalik dengan mata wang dan kadang-kadang emas turun pada masa yang sama di pasaran saham. Walaupun boleh menjadi pilihan yang baik, namun ia tidak selalu menjadi seperti yang anda fikirkan.

Kesimpulannya,

Pelaburan emas adalah salah satu cara yang baik untuk melabur dalam jangka masa yang panjang. Menariknya, nilai emas sering menaik dan jarang mengalami kejatuhan harga. Buatlah kajian dan rancangkanlah pelaburan terbaik untuk diri anda.

Jom baca juga jana pendapatan, pengiraan stamp duty LHDN, cara simpan duit gaji 2,000 dan cara simpan duit untuk pelajar.

Rujukan

  1. 5 basic facts about gold. https://investingnews.com/daily/resource-investing/precious-metals-investing/gold-investing/5-basic-gold-facts/
  2. 7 things to know before you invest in gold. https://wtop.com/news/2020/05/7-things-to-know-before-you-invest-in-gold/
  3. Why buy gold? 10 reasons to invest in physical gold bullion. https://goldsilver.com/blog/why-own-gold-top-10-reasons/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.