Agak-agaknya, apakah pekerjaan bidang linguistik yang boleh didapati?

Kursus linguistik merupakan pengajian saintifik tentang bahasa. Berbeza dengan kesusasteraan, ianya lebih kepada pengajian bentuk bahasa, makna bahasa dan bahasa dalam konteks.

Bidang ini merupakan antara bidang terpenting dalam bidang bahasa. Jika tiada penyelidikan tentang bahasa, kamus yang kita sentiasa gunakan selama ini tidak akan wujud.

Bidang linguistik juga berbeza dengan bidang TESL. Bidang TESL ini lebih kepada mengajarkan bahasa Inggeris, manakala bidang linguistik pula lebih ke arah mengkaji bahasa.

pekerjaan bidang linguistik

Imej via Google

Tertanya-tanya pekerjaan bidang linguistik yang boleh diceburi? Berikut kami sediakan senarainya buat anda. Jadi, teruskan membaca!

#1 Penulis Sari Kata

Sedar atau tidak, sari kata merupakan perkara yang sangat dekat dengan kita. Tambahan pula jika kita tidak menguasai bahasa asing semasa menonton filem kegemaran, pasti kita perlukannya.

Kedengaran mudah, namun pekerjaan ini tidak seharusnya diambil ringan. Anda sewajibnya menguasasi kemahiran bahasa untuk memastikan kualiti sari kata yang terhasil sentiasa baik.

Bagi graduan linguistik, semestinya anda boleh mencari pekerjaan dalam bidang ini. Kepakaran seseorang pakar bahasa sangat diperlukan untuk menjadi penulis sari kata.

#2 Guru Bahasa Asing

Satu lagi kerjaya linguistik yang sangat diperlukan pada masa kini ialah guru bahasa asing. Tambahan pula dengan teknologi yang kian membangun, semestinya kemahiran menguasai bahasa asing amat dititikberatkan.

Tugas utama guru bahasa asing ialah semestinya mengajarkan bahasa asing kepada pelajar dan memastikan mereka mampu menguasai kemahiran membaca, menulis dan bercakap.

Ditambah pula dengan kemajuan teknologi zaman kini, semestinya banyak syarikat memerlukan pekerja yang menguasai bahasa asing. Jadi, ini jelas menunjukkan betapa pentingnya peranan seseorang guru bahasa asing.

#3 Pensyarah

Jika anda berminat untuk menyambut pengajian dalam bidang linguistik ke peringkat yang lebih tinggi seperti di univesiti atau kolej, kerjaya pensyarah linguistik pasti sesuai dengan anda.

Ini juga merupakan antara kerjaya yang paling popular dalam bidang linguistik. Sekiranya anda berminat dengan bidang mengajar dan bahasa, kerjaya ini boleh anda pilih.

Anda akan mengajar bahasa asing seperti Spanish, German, Perancis, Arab dan Korea kepada pelajar di universiti. Ada beberapa tahap seperti tahap permulaan, pertengahan dan profesional yang wajib dikuasai oleh pelajar.

Anda juga boleh terlibat dalam bidang penyelidikan di universiti. Anda boleh bekerjasama dengan ahli linguistik untuk mengkaji tentang bidang ini dengan lebih mendalam.

#4 Penterjemah

Bukan suatu perkara asing jika kami senaraikan penterjemah sebagai salah satu skop pekerjaan bidang ini. Kemahiran linguistik dan bahasa asing yang dikuasasi memang sangat diperlukan untuk kerjaya penterjemah.

Skop kerjaya ini juga cukup luas. Anda boleh bekerja untuk sektor kerajaan dan swasta, perniagaan, bilik mahkamah, hospital, institusi pendidikan dan banyak lagi.

Misalnya di mahkamah, jika anda menguasai beberapa bahasa asing, anda dapat menyumbangkan kemahiran anda untuk menterjemah dialog defendan atau plaintif yang menggunakan bahasa asing.

Dalam bidang perniagaan pula, sekiranya klien kurang fasih berbahasa Inggeris, khidmat seseorang penterjemah sangat diperlukan untuk menterjemah bahasa asing yang digunakan.

#5 Editor

Mungkin kerjaya editor ini kedengaran lebih kurang sama dengan penterjemah, namun perbezaannya memang ketara. Hal ini boleh dilihat dari segi tugas utamanya sendiri.

Tugas mengubah, menyusun, menambah dan membaik pulih struktur ayat bagi sesebuah dokumen merupakan antara peranan seorang editor. Hal ini memerlukan ketelitian dan kepakaran yang tinggi bagi menjamin kualitinya.

Tatabahasa yang digunakan juga merupakan aspek utama yang menjadi tanggungjawab seseorang editor. Tatabahasa untuk setiap bahasa asing juga berlainan, jadi kepakaran seseorang editor amat diperlukan untuk hal sebegini.

#6 Ahli Leksikografi

Bidang leksikografi mungkin jarang didengari, namun kepentingan bidang ini tidak dapat disangkal lagi. Ianya merupakan cabang linguistik dalam bidang penulisan kamus.

Seperti yang kita tahu, sesetengah kamus perlu digubah dari semasa ke semasa. Jadi, peranan ahli leksikografi sangat penting untuk hal sebegitu.

Seorang ahli leksikografi adalah pengarang atau editor kamus. Tetapi mereka melakukan lebih daripada sekadar mendefinisikan perkataan. Mereka membantu merancang kandungan kamus yang direka untuk pengguna tertentu.

Berdasarkan keperluan khusus ini, mereka perlu memutuskan perkataan yang perlu dimasukkan atau dikeluarkan dalam kamus.

#7 Ahli Terapi Bahasa dan Pertuturan

Pada zaman kini, pendedahan gajet melampau membuatkan sesetengah kanak-kanak mengalami masalah perututuran. Oleh itu, khidmat ahli terapi bahasa dan pertuturan memang diperlukan untuk masalah tersebut.

Gangguan pertuturan berlaku apabila seseorang mengalami kesukaran menghasilkan bunyi ucapan dengan betul atau lancar. Misalnya, masalah gagap atau lontaran suara yang tidak normal.

Ahli terapi bahasa dan pertuturan membantu seseorang memperbaiki kebolehannya berkomunikasi. Bukan sahaja pertuturan, malah aspek lain seperti kognisi dan bahasa juga turut diambil kira.

#8 Penulis

Seseorang yang mahir dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang linguistik juga layak menjadi seoang penulis. Selalunya, kerjaya menulis ini dijadikan kerjaya sampingan.

Mereka boleh menulis tentang bidang linguistik yang mereka mahir. Mereka juga akan berkongsi hasil penyelidikan yang dilakukan dalam bidang linguistik. Sangat bermanfaat!

Jenis buku yang dihasilkan juga boleh berkaitan dengan perubatan. Misalnya masalah pertuturan dalam kalangan kanak-kanak.

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah jumpa kerjaya bidang linguistik yang ingin anda ceburi? Setiap kerjaya yang kami senaraikan ini mempunyai kelebihan masing-masing, jadi jangan takut untuk mencuba.

Semoga artikel ini membantu anda untuk menambahkan pengetahuan tentang kerjaya yang kami senaraikan ini. Jangan lupa kongsikan di media sosial dan juga kepada rakan-rakan ya!

Rujukan

1. https://www.timeshighereducation.com/student/subjects/what-can-you-do-linguistics-degree

2. https://www.prospects.ac.uk/careers-advice/what-can-i-do-with-my-degree/linguistics

Penulis: hani

hani

Menulis tentang tips kerjaya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.