Sebagai majikan, di antara cabaran utama yang perlu dihadapi ialah isu disiplin pekerja. Semakin ramai pekerja yang ada, semakin banyak karenah yang anda akan berdepan setiap hari. Sebagai seorang majikan atau yang berada dalam Jabatan Sumber Manusia, pastinya anda perlu mengenal-pasti dan menangani isu disiplin pekerja dengan segera dan penuh hemah. Disini kami kongsikan 10 isu disiplin pekerja yang biasa berlaku di Malaysia.

1. Tidak hadir bekerja

Isu disiplin pekerja yang pertama ialah tidak hadir bekerja tanpa sebab yang munasabah dan gagal untuk memaklumkan kepada pihak Jabatan Sumber Manusia. Bahasa mudahnya ialah ponteng kerja. Jika anda mempunyai pekerja yang kaki ponteng, ia adalah isu disiplin yang perlu ditangani dengan segera. Pekerja yang selalu tidak hadir akan menjejaskan prestasi syarikat. Sesi kaunseling mungkin membantu.

2. Selalu datang lewat ke tempat kerja

Selain tidak datang bekerja, selalu datang lewat ke pejabat juga adalah satu lagi isu disiplin pekerja yang biasa berlaku. Ada sahaja alasan yang akan diberikan sama ada:

  • Kesesakan lalu lintas
  • Keretapi tidak berjalan pada masanya
  • Hujan
  • Anak tidak sihat
  • Kereta rosak

3. Penampilan yang tidak formal dan profesional

Pemakaian ke pejabat adalah sesuatu yang penting. Sebagai seorang pekerja, seharusnya pekerja anda sentiasa berpakaian kemas, formal dan kelihatan profesional. Berpakaian selekeh ke pejabat adalah termasuk dalam kategori masalah disiplin di kalangan pekerja. Selain itu, pakaian yang  terlalu seksi dan menjolok mata juga adalah tidak sesuai. Pastikan anda memasukkan etika pakaian ke dalam surat tawaran pekerja.

4. Curi tulang semasa bekerja

Isu disiplin pekerja yang seterusnya ialah masalah curi tulang semasa bekerja. Ada pekerja yang curi-curi untuk tidur apabila tidak diperhatikan. Ada yang minum pagi atau keluar makan tengah hari bukan pada waktunya atau mengambil masa yang terlalu lama. Ada juga pekerja yang mengambil kesempatan untuk keluar membeli-belah semasa bekerja apabila boss tiada. Pekerja yang kaki bermain game pula mungkin menghabiskan masa di pejabat untuk bermain game secara online. Kesemua perbuatan mencuri tulang semasa bekerja ini akan merugikan syarikat.

5. Bergaduh dengan pekerja lain dan berpuak-puak

Sumber: Dreamstime

Bergaduh dengan rakan sekerja atau duduk berkumpulan secara berpuak-puak adalah satu lagi isu disiplin pekerja yang boleh menjejaskan syarikat anda. Pekerja yang bergaduh dan berpuak-puak akan menyebabkan kerja serta tugasan tidak berjalan dengan lancar. Malah segala urusan pejabat juga akan tergendala akibat kegagalan untuk mendapatkan kerjasama yang baik daripada semua pekerja.

6. Mencuri barang syarikat

Isu disiplin pekerja yang seterusnya ialah perbuagan mencuri barang syarikat. Perbuatan ini bukan sahaja akan menyebabkan syarikat mengalami kerugian, malah jika seorang pekerja berjaya melakukannya tanpa tertangkap, pekerja lain juga mungkin akan terpengaruh dan ingin melakukannya juga. Di antara barang syarikat yang sering dicuri ialah:

  • Kertas
  • Pen
  • Dakwat mesin pencetak
  • Kerusi
  • Meja

Jika berlaku kecurian di pejabat, anda boleh membuat repot kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Pekerja yang tertangkap boleh dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan jenayah.

7. Gangguan seksual

Masalah gangguan seksual di kalangan pekerja bukanlah satu isu kecil yang boleh dipandang ringan. Sekiranya ada pekerja yang mengadu tentang isu gangguan seksual, sebagai pihak yang berautoriti anda perlu menyiasat dengan segera. Gangguan seksual bukan sahaja membabitkan perbuatan meraba atau mencabul, malah kata-kata bersifat lucah juga dianggap sebagai gangguan seksual. Ramai yang melakukannya tanpa sedar.

8. Berniaga atau melakukan kerja lain sewaktu bekerja

Pada hari ini, ramai yang berniaga online atau melakukan kerja secara online. Tidak menjadi masalah jika ianya dilakukakn secara sambilan semasa di rumah atau hujung minggu, namun ianya adalah satu idu disiplin pekerja jika mereka melakukannya semasa bekerja. Untuk mengelakkan pekerja anda berniaga atau melakukan kerja lain sewaktu bekerja, anda boleh memantau media sosial para pekerja anda. Dengan cara ini mereka yang terlibat akan dapat dikesan.

9. Berskandal sesama rakan sekerja

Masalah skandal di pejabat bukanlah isu disiplin pekerja yang baru. Ia adalah masalah yang selalu berlaku bukan sahaja dalam sektor swasta, malah juga menjadi virus dalam sektor kerajaan. Isu skandal bukan sahaja akan menjejaskan nama baik pekerja tersebut malah akan menjejaskan prestasi dan kualiti kerja pekerja yang terbabit.

Sebagai majikan atau Jabatan Sumber Manusia, adalah menjadi tanggung jawab anda untuk membanteras masalah skandal di pejabat sebelum menjadi semakin serius. Jangan sampai pejabat anda menjadi sarang maksiat dan digunakan untuk membuat dosa.

10. Prestasi kerja yang tidak baik

Sumber: Saxons

Pastinya anda mengharapkan pekerja melakukan yang terbaik dalam menjalankan tugas. Prestasi pekerja akan sentiasa dipantau bagi memastikan kesemua pekerja melakukan tugasan dengan sebaiknya. Namun tidak dinafikan bahawa prestasi kerja yang tidak baik atau jatuh merudum boleh berlaku pada pekerja yang mempunyai masalah disiplin.

Sebagai majikan, anda perlu memanggil pekerja tersebut untuk berbincang dengan baik dan mencari jalan penyelesaian. Sekiranya prestasi pekerja tersebut terjejas disebabkan masalah yang dihadapi, bantu untuk mengatasi masalah tersebut. Jika masih berterusan, anda boleh memberikan amaran kepada pekerja tersebut.

Itulah dia info tentang isu disiplin pekerja yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang hak pekerja dan Akta Buruh.

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.