Setiap tahun Forbes akan mengeluarkan senarai Hartawan di dunia. Pada senarai itu juga akan terdapat nama orang terkaya di Malaysia 2018.

Bagi tahun ini, untuk 10 hartawan Malaysia, tiada hartawan dari kalangan Melayu yang tersenarai seperti tahun sebelumnya.

orang terkaya di malaysia 2018

Imej via Pixabay

Robert Kuok Orang Terkaya Di Malaysia 2018

Robert Kuok disenaraikan sebagai individu ke-96 paling kaya di dunia berdasarkan senarai Hartawan 2018 Forbes. Ini sekali gus mengekalkan kedudukan sebagai individu terkaya di Malaysia untuk tahun ke-13 secara berturut-turut. Orang terkaya di Malaysia 2018 kini berusia 94 tahun.

Hartawan itu bergiat aktif dalam perniagaan utama sektor minyak sawit, perkapalan dan hartanah, memiliki kekayaan bernilai AS$14.8 bilion (RM57.7 bilion).

Kuok adalah pemilik kepada Kuok Group, kumpulan yang memiliki kepentingan dalam hotel, hartanah dan komoditi. Beliau juga mengasaskan Hotel Shangri-La di Singapura pada 1971 .

robert kuok

Di peringkat global, pemilik Kuok Group yang berusia 93 tahun itu menduduki tangga ke-96.

Jutawan telekomunikasi, Ananda Krishnan yang mempunyai pegangan di dalam syarikat telekomunikasi, Maxis Bhd; firma media, Astro Malaysia Holdings dan penyedia perkhidmatan lapangan minyak, Bumi Armada Bhd, berada di tempat kedua dengan kekayaannya mencecah AS$7.2 bilion (RM28.1 bilion).

Tatparanandam Ananda Krishnan adalah ahli perniagaan dan jutawan terkenal Malaysia. Ananda Krishnan dilahirkan pada tahun 1938 di Brickfields, Kuala Lumpur oleh ibu bapa Tamil yang berasal dari Sri Lanka. Krishnan memperolehi Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Harvard Business School, menamatkan pengajian pada tahun 1964.

Usaha keusahawanan pertama Krishnan adalah perunding Malaysia di MAI Holdings Sdn Bhd. Beliau menubuhkan Exoil Trading yang kemudiannya membeli konsesi penggerudian minyak di pelbagai negara.

Pada masa ini, beliau mempunyai kepentingan perniagaan dalam media (Astro, Johnston Press Plc), satelit (MEASAT, SES), minyak dan gas (Bumi Armada, Pexco), telekomunikasi (Maxis, Aircel, Axis, Sri Lanka Telecom). Beliau memiliki kepentingan di Tanjong Public Limited Company, syarikat pelaburan dengan syarikat subsidiari yang terlibat dalam penjanaan kuasa (Powertek), permainan (Pan Malaysia Pools), masa lapang (Tropical Islands, TGV Cinemas) dan hartanah (67% Maxis Tower).

Tan Sri Quek Leng Chan dan Keluarga Antara Hartawan Malaysia

Melengkapkan senarai tiga individu paling kaya di Malaysia adalah pengasas bersama Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan dengan nilai kekayaan juga berjumlah AS$7.2 bilion.

Keluarga Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menjadi keluarga ketujuh paling kaya di Asia tahun ini, dengan nilai bersih gabungan berjumlah AS$18.5 bilion, demikian menurut senarai terkini Forbes.

Lebih daripada 15 ahli keluarga mengawal Kumpulan Hong Leong, yang banyak terlibat dalam pengurusan kewangan dan hartanah. Keluarga Quek yang berpangkalan di Malaysia dan Singapura berada di kedudukan keenam paling kaya pada tahun lepas, dengan jumlah kekayaan bernilai AS$18.9 bilion.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Melayu Tunggal Dalam Senarai Orang Terkaya Di Malaysia 2018

Sementara itu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula kekal hartawan Bumiputera terkaya di negara ini dengan nilai kekayaan berjumlah AS$1.9 bilion (RM7.41 bilion).

Jutawan yang mengumpulkan kekayaannya menerusi kepentingan dalam konglomerat MMC Corp Bhd dan DRB-HICOM Bhd itu, berada di tempat ke-11 dalam senarai hartawan paling kaya di Malaysia dan ke-1,284 di dunia.

Secara keseluruhan, seramai 14 hartawan dari Malaysia menduduki senarai Hartawan 2018 Forbes.

Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2018

  1. Robert KuokAS$14.8 bilion
  2. Ananda Krishnan AS$7.2 bilion
  3. Tan Sri Quek Leng ChanAS$7.2 bilion
  4. Tan Sri Teh Hong PiowAS$6 bilion
  5. Tan Sri Lee Shin ChengAS$5.6 bilion
  6. Tan Sri Lim Kok ThayAS$4.7 bilion
  7. Tan Sri Chen Lip KeongAS$3.3 bilion
  8. Tan Sri Lau Cho KunAS$2.6 bilion
  9. Kuan Kam HonAS$2.5 bilion
  10. Tan Sri Koon Poh KeongAS$2.4 bilion
  11. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukharyAS$1.9 bilion
  12. Tan Sri Jeffrey CheahAS$1.3 bilion
  13. Tan Sri Lim Wee ChaiAS$1.2 bilion
  14. Tan Sri Tiong Hiew KingAS$1.1 bilion

Hartawan Dunia 2018

Dalam senarai terbaru dikeluarkan majalah Forbes itu, pengasas syarikat Amazon, Jeff Bezos muncul individu paling kaya di dunia, mengatasi pengasas Microsoft, Bill Gates dengan nilai kekayaan AS$112 bilion (RM437 bilion).

Bezos juga muncul individu pertama di dunia yang kekayaannya berjaya mencecah paras AS$100 bilion.

Bezos memiliki 17 peratus ekuiti dalam Amazon yang mana syarikat itu kini telah berkembang daripada tujuan asalnya sebagai peruncit dalam talian kepada firma teknologi menyeluruh.

Ia termasuklah dalam aspek perkomputeran awan, video dalam talian, perkakasan komputer dan kebijaksanaan buatan.

Baru-baru ini, syarikat itu juga mengumumkan rancangan untuk mengambil alih peruncit AS, Whole Foods yang mana ia dijangka boleh membantu Amazon berkembang dalam sektor berkenaan.

Sementara itu, Gates yang kini di kedudukan kedua mempunyai nilai kekayaan sebanyak AS$90 bilion (RM351 bilion), diikuti pelabur terkenal, Warren Buffett (AS$84 bilion).

Pengasas Facebook, Mark Zuckerbeg, 33, menjadi manusia kelima terkaya dunia bernilai AS$71 bilion serta individu paling muda dalam senarai Forbes itu.

Forbes menyenaraikan seramai 2,208 hartawan pada tahun ini daripada 72 negara.

Amerika Syarikat (AS) mendahului jumlah senarai dengan memiliki 585 hartawan diikuti China seramai 373 orang.

 

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.