Bank pelaburan adalah istilah yang diterjemahkan secara lansung daripada istilah bahasa Inggeris, “investment bank (IB)”. Sebuah IB merupakan sebuah perantara kewangan yang melakukann pelbagai perkhidmatan.

Kebanyakan IB pakar dalam transaksi kewangan yang besar dan kompleks, seperti menaja jamin, bertindak sebagai sebuah perantara di antara penerbit sekuriti dan pelabur awam, memudahkan penggabungan dan penyusunan semula korporat lain dan bertindak sebagai broker dan penasihat kewangan kepada institusi pelanggan.

Antara IB yang utama adalah termasuk JPMorgan Chase, Goldman Sachs, Morgan Stanley, Citigroup, Bank of America, Credit Suisse dan  Deutsche Bank. Sesetengah IB pakar dalam sektor-sektor industri tertentu. Kebanyakan IB juga mempunyai cawangan kecil yang membantu pelanggan kecil dan persendirian.

Bahagian penasihat sesebuah IB diberikan bayaran untuk perkhidmatan mereka, manakala bahagian perdagangan mengalami keuntungan atau kerugian berdasarkan prestasi pasarannya.Profesional yang bekerja untuk IB boleh mempunyai kerjaya sebagai penasihat kewangan, pedagang atau jurujual. Kerjaya IB boleh menjadi sangat lumayan, namun biasanya datang bersama dengan waktu kerja yang lama dan tekanan yang ketara.

IB paling terkenal unutk kerjanya sebagai perantara kewangan di mana IB membantu syarikat menerbitkan saham baru daripada stok di dalam tawaran awam awal (initial public offering / IPO) atau tawaran susulan. IB juga membanti syarikat mendapatkan pembiayaan hutang dengan mendapatkan pelabur untuk bon-bon korporat.

Peranan IB bermula dengan kauseling pra-penajaan jaminan dan berterusan kepada pengagihan sekuriti dalam bentuk nasihat. IB juga akan mengkaji penyata kewangan syarikat untuk ketepatan dan menerbitkan prospektus yang menjelaskan penawaran kepada pelabur sebelum sekuriti diterbitkan.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.