Mata Asas yang diterjemahkan secara lansung daripada perkataan bahasa Inggeris, “Basis Points (BPS)”, merupakan satu unit yang digunakan untuk menunjukkan perubahan dalam instrumen kewangan. Formula BPS adalah satu unit bersamaan dengan 1/100 daripada 1%. Ia biasanya menunjukkan perubahan di dalam sekuriti pendapatan tetap. BPS biasanya juga digunakan untuk mengira perubahan dalam kadar faedah, indeks ekuiti dan hasil daripada sekuriti pendapatan tetap.

Di bawah ini adalah contoh pengiraan atau bagaimana proses menukar perubahan peratusan dalam mata asas atau BPS dilakukan;

1% perubahan = 100 mata asas (BPS), dan 0.01% perubahan = 1 mata asas (BPS).

Oleh itu, bon yang hasilnya meningkat daripada 5% kepada 5.5% akan disebut meningkat sebanyak 50 mata asas (BPS). Sekiranya kadar faedah meningkat 1%, mereka telah meningkat sebanyak 100 mata asas (BPS).

Rujukan

Penulis: safwanrazali

safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.